Tuesday, June 18, 2013

APA YANG SUDAH SELESAI?

sebelum balik rumah sewa, ada beberapa perkara yang aku nak buat bersama2 orang yang paling penting dalam hidup ! hehehee.. sweet tak?? hahahaa.. semut dah datang dah nihhh ! kerja2 dengan family, done ! lepas ni bakal disambung oleh adik pulak sementara nak tunggu aku habis belajar.. dah makan nasi ayam & pizza & sup ayam buatan air tangan mak.. air tangan aku dari hari tu deme nak rasa, tak rasa2 lagi ! hahahaa.. minum air penah le..

then, berjalan2 satu keluarga, done ! berjalan2 ke kedai kucing, done ! berjalan2 berdua2an dengan mak, done ! berjalan2 kami adik beradik, done ! berjalan2 dengan teeetttttt, done ! yeahhhhh ! done ! tengok Running Man, yang ni tak selesai lagi, episod 148 & 150 tak tengok lagi.. shopping? 50% selesai ! kali ni aku tengok barang2 yang aku beli, agak bermanfaat kepada diri aku sendiri.. hahahaa.. 1 peningkatan yang bagus !

then, cerita2 yang aku nak tengok kat wayang dah tengok dah.. ade beberapa yg aku teringin nak tengok, tapi still tak keluar lagi.. takpe2, yang tu simpan untuk roomate.. karok pun tak sempat, simpan untuk karok bersama roomate ! funfair pun tak sempat, tu pun untuk roomate ! pehhhh ! memang membazir betoi aku nihhh.. hahahaa.. takpe2, kita set 1 aktiviti utk 1 minggu ! apa2 pun, bagi laluan exam MUET & bulan Ramadhan lepas dulu.. hehehee.. nak bertukar ke digi, tak selesai ! faktor kewangan dari pihak 1 lagi.. kalo tak memang aku nak tukar dah ! hemmpppphhh.. lepas raya kot aku tukar.. okeyhhh.. selamat tinggal cuti semester ! daaaa..

Monday, June 10, 2013

SEM6

tidoo bangun tidoo bangun, tak sedar nak dekat dah aku masuk sem6.. sem akhir aku kat poli tuu.. macam2 perancangan yang aku dah buat.. cuma aku risau, nanti aku takde kat rumah ni, risau beban family makin bertambah ke bahu mak ayah.. tapi itu lah kekuatan aku nanti untuk pastikan aku berjaya dan habiskan pelajaran aku kat poli dengan jayanya.. Inshaa Allah !

setiap sem aku letakkan azam yang berbeza, sem akhir ni memang berbeza.. ada beberapa perkara yang perlu aku lepaskan, untuk memberi ruang kepada yang lebih penting.. harap2 kos lepas aku kali ni berbaloi2.. dan harap mereka berjaya membahagiakan ibubapa mereka dengan result sem akhir.. inshaa Allah aku akan cuba bantu.. tapi harap mereka faham juga situasi aku, ada beberapa situasi yang aku kena bantu diri aku sendiri terlebih dahulu..

dan aku harap, dengan umur aku yang semakin dewasa, yang mencapai tahap "-an" ni haa, aku mampu bentuk diri aku kearah lebih baik.. menjadi hamba yg lebih baik.. kerana tujuan utama kita didunia sebagai hambaNya ialah mematuhi segala perintahNya.. yuppp, aku faham, tapi kadang kala terleka jugak.. kena selalu mengingatkan diri.. dan syukur, sem akhir ni aku tempuhi bersama bulan Ramadhan.. inshaa Allah apa yang aku rancang berjalan dengan lancar.. hanya mampu merancang, tapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik :)

harap apa yang bakal aku tempuhi & bakal aku lakukan tiada halangan, melainkan ianya bercanggah dengan hukum agama, then u can stop me, i accept it ! dan MUET ! sungguh stresssssss ! (tak berapa nak stresss, sebab sekarang baru teringat! hahahaa) rasa taknak je buat ! rasa nak je tangguhkan ! tapi fikir2 balik, nak taknak, satu hari nanti aku kene hadap jugak kan? jadi aku hadap dengan hati terbuka ! :D come to mama ! 

dan sem akhir, aku melatih diri untuk menjadi diri aku yang sem 1 dulu.. hahahaa.. aku nak jadi budak nerd bolehhh?? nak jugakkkk! i dont care about what other people will think about me as long apa yang aku buat tak kacau sikit pun hal mereka! aku nerd, kau sakit ke beb? aku nerd kau rasa mcm kena gigit semut api? takkan? hahahaa.. over pulak aku.. tapi, tu lahhh.. aku nak jadi macam sem 1.. dalam otak dah terfikir apa yang nak bubuh dalam bagpack aku (alaaa2 bagpack Dora).. hemmphh.. ok, dah fikir dah ! nak pergi kemaskan bagpack sekarang ! shuuuuu~~~ *lari laju2 kat bag !

Sunday, June 9, 2013

SUBHANALLAH!!!

minggu ni aku berjalan lagi, ke Melaka pula.. nak kata berjalan tu tak juga, sebab aku mempunyai tujuan kesana sebenarnya ! dan bukan tentang kisah perjalanan aku merayap yang nak aku kongsikan, tapi kisah lain, yang buat aku rasa "wahhhhh..." haaa, sampai cenggitu sekali !

nak dijadikan cerita, perjalanan pulang ke Ipoh, singgah ke R&R mane entah, aku lupa, pergi surau.. mak solat dulu, tunggu mak habis baru aku pulak.. lebih selesa menggunakan telekung yang dibawa.. sebab tu kene beratur tunggu giliran.. lepas aku eda pulak..

masa tengah tunggu eda, aku duk kat penjuru, memerhati gelagat manusia.. dan aku lihat seorang adik ni, dia baru lepas habis solat.. taktahu kenapa, mata aku tertumpu kat dia! why?? why?? kenapa? nak kata jatuh cinta? ohhh, tidak tidak tidak ! aku masih mampu mengawal nafsu dan akal ku! aku terkesima lihat perbezaan tangan (bahagian jari-jemari) & lengannya ! perbezaan warna yg ketara ! nak kata berbelang, aku tau semua orang berbelang kan? aku pun ada juga bahagian yang berbelang..

tapi yang ini lain. tangannya warna coklat2, tapi lengannya putih ! rasa macam dia pi tukaq tangan diaa dengan tangan kawan diaa..! rasa nak pi kat dia pi tarik2 tangan diaa, nak tengok betoii kaa tak betoiii tu tangan diaa..! dan aku rasa sangatttt2.....tak tergambar perasaan aku masa tu.. rasa sesuatu perasaan yang lain.. dan perasaan malu akan diri sendiri.. malu yang amat...

Tuesday, June 4, 2013

JALAN RAYA

memandu adalah salah 1 aktiviti yang boleh buat aku jadi gilaaa!
sakit jantung pun boleh jadi juga,
berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku memandu,
kebanyakan pemandu2 jalan raya,
sangatttttt sangattttt sangattttt mementingkan diri sendiri, 
dalam otak dorang macam dah set "ahh, lantak kau lahh, janji aku lepas, janji aku sampai ke destinasi aku"
ape?? dorang fikir aku ni takde destinasi ke hape??
dan lagi satu, bawa kereta, kalau boleh nak mengalahkan kura2 kelajuannya !
membazir masa!
bukan aku nak suh dorang g pecut lelaju pulakkk..
idok le ghupe tuu..
awak tu beli kereta, tapi kelajuan umpama basikal..
baik naik basikal je!
kalau memberi ruang kat orang belakang nak potong takpe gak..
ni kalau boleh tayar kanan kereta tu nak duk betul2 atas line putih tengah2 jalan tu haaa..
amboihhhh3..
dan aku paling kecewa sekali, ade satu hari tu, aku kat tempat parking,
ade kereta parking betul2 rapat dengan aku kat sebelah kiri,
ok takpe laa, atleast aku ade ruang belah kanan untuk keluar ,
dengan sisa2 ruang yg berkongsi dengan motor nye lagi tu, aku gigihkan juga keluar dari parking tuu,
then, aku baru keluar separuh, kena kedepankan sikit kereta kehadapan untuk membolehkan badan kereta sepenuhnya keluar dari parking tu,
then ada satu kereta ni, 
datang dari arah hadapan, memang bergayalahh kereta dia,
melayu, diulangi, melayu dan Islam,
dia tetiba masuk ke ruang yang ada kat depan aku tu,
sebab dia nak masuk parking aku!
bukan dia tak nampak aku nak keluar !
dan bukan dia tak nampak aku tak boleh undur lagi sebab kekurangan ruang disebelah kiri..
dan dia memang nampak aku tengah gigih mencari ruang untuk keluar !
depan kereta dia dan kereta aku memang rapat !
padahal, dia boleh je undur dulu, bagi ruang aku keluar, sebab belakang dia memang KOSONG !
takde kereta langsung !
apa lahhh salahnya bertimbang rasa sikit..
aku punya laa gerammmm, senyum kan aje lahh kat dia..
bagi malu sikit, aku yg muda ni boleh bertimbang rasa,
kenapa dia tak boleh?
macam mana nak hormat macam tu kalau mereka pun menunjukkan contoh yg tidak baik??
sangatttt sedihhh aku tengok perangai2 mereka ni..
tambah2 lagi buat taik sesama melayu, Islam pulak tuu!
entah laa,
susah sangat ke nak bertimbang rasa kat orang lain??
memberi laluan kepada orang lain??
dan pagi tadi, aku tengok ada orang bawa kereta memang macam tengah main game kereta !
cilokkk2 kiri kanan tanpa memberi signal !
kat area2 flyover medan gopeng tu, kan sesak area tu..
aku punya laa terkejut..
rasa nak hentak2 dahi kat honnn tu !
haaaa, gerammmmnyerrr..
dah laa aku takut nak tekan hon !
entah lahhh, aku betul2 tak faham perangai sesetengah pemandu,
serius tak faham !
macam tak pernah belajar undang2,
hilang semua adap2 dan tatasusila sopan santun budi bahasa !
semua tu macam tak wujud !
kereta besar2 cantik2, tapi sayangnya sikap dan pemikiran mereka tak secantik sebesar kereta mereka..
1 je konsep aku dalam memandu,
kita memudahkan perjalanan orang, memberi laluan pada orang, menghormati orang,
Inshaa Allah, kita pun akan dapat juga layanan seperti itu..
walaupun ada yang berfikiran,
kalau buat begitu,
lagi dipijak2 orang..
tapi, bagi aku tak..
dan tak rugi pun amalkan perkara2 begitu kan? :)

lalalaa :)