Wednesday, December 18, 2013

SMASH SIKIT ! ! !

apasal haa?? bila aku bising pasal benda2 yg semuanya naik disebabkan vote tu, "faham2 je laa kan".
mereka2 yang " faham2 je laa kan", duk fikir lain dari yang aku cakapkan tu.

contohnya,
dah pinjam tu bayar lahh.
dah guna pkhidmatan tu, bayar lahh.
aku rasa macam,
ape ke ceteknye pemikiran kau??
kenapa kau fikir macam tu??
ni mesti,
kalau kau kat tempat aku, kau akan buat macam tu kan??
HAHAHAHAHAAA.
silap besooo la beb.
kau ingat,
yang bukan sama kepala dengan kau, maksud aku yang bukan sama "faham2 je laa kan",
MESTI diantara manusia yang,
dan pinjam ptptn, tapi tak bayooo??

silap besoooo..
silappp !
aku masih tahu halal haram.
dah pinjam duit orang, tambah2 duit kerajaan,
wajib akan aku bayar balik,
duit kerajaan, dalam tu ada duit rakyat,
gilaa kau taknak bayar??
aku taknak ilmu aku ni,
hasil dari pinjaman wang yg tidak dibayar.
sebab aku tahu mana halal mana haram la,
aku tak berapa nak setuju dengan "faham2 je laa kan".
perkhidmatan2 sume ni,
nak naik berapa??
naik laaa!
selagi aku guna, aku bayar !
walaupun sampai rabak poket aku.
ahhh, lantak.
aku taknak guna perkhidmatan yang tak berkat,
sebab tak bayar.
sesengkek2 aku, aku bayar.
tapi masalahnya,
yang diatas,
yang tak sengkek tu,
tak fikir ke org2 bawah yg sengkek ni??
dan aku tau,
ada rakan2 aku,
yg ibubapanya mungkin sebahagian dari "faham2 je laa kan".
aku tak kata ibubapa kau pun sama teruk.
if dorang buat kerja betul,
semua orang sayang,
dont worry k.

#p/s : ada yang kata, keyboard warrior, boleh laa. kau try laa lawan, kau orang bawah, lawan orang atas. kau ingat kau boleh menang?? HAHAHAHAA.. aku dah tengok dengan mata kepala sendiri. tak percaya? kau cuba lahhh, kau cuba, kau rasa, then kau sendiri akan sedar!

Saturday, December 14, 2013

TAYANG MUKA TAK BERTEMPAT

aku berada di jalan besar yang lurus,
dan ada simpang tida di depan, 

aku nak belok kanan,
ade motor di hadapan aku,
dua orang diatas motor tersebut,
kedua2nya adalah perempuan,
dan ada helmet pada mereka berdua,
tapi helmet tersebut bukan dikepala,
tapi di tangan mereka,
mereka pun nak belok ke kanan,
ada kereta di jalan yg bertentangan,
tapi jauuuhhhh lagi..
so, dengan kelajuan motosikal di hadapan aku,
aku dah analisis terlebih dahulu,
aku membuat kesimpulan,
mereka akan belok ke kanan tanpa berhenti,
then aku pun lajukan sedikit motor aku,
nak follow gak laa kan,
buat apa nak bazir masa,
tiba- tiba !
boleh pulak moto tu berhenti mengejut !
eeeeee~ aku laaaa, rasa nak sondol je..
then, dia tunggu kereta yg jauh tu lepas, 
ada pulak lg 1 moto dr arah bertentangan,
jauuuhhh lagi,
dia pi tunggu gakkkk~
sambil tersenyum2 simpul,
tutup2 muka,
konon nak bagitau laa yg dia tengah maluuu..
dengan sapa dia buat mcm tu?
rupa2nya, ada mamat berhenti gak kat simpang tiga tuu..
duk senyum2 bagai tak ingat dunia !

kau nak duduk senyum2 kat situ sehari dua, lantak hang laaa..
tapi bagi laa laluan kat aku yg dah berhenti mengejut kat belakang hang niii..
haduihhhh..
budak2 zaman sekarang niii..
memang diakui, muka cantik..

bukan nak kata aku jeles ke hape..
tapi perangai tu,
nak tayang2 muka,
siap sanggup bukak helmet bagai..
kang eksiden terseret muka kau kat jalan,
baru kau tau~
muka cun2 duk tayang2 tak bertempat,
salah tempatnye dik nak tayang2 kat jalan raya ni.
then, bila masuk kat kwsn perumahan,
dia pakai helmet tu..
aku sampai sekarang,
tak faham2 motif dorang.
serius !

Friday, December 13, 2013

HaHa, hahahahahaa

aku jumpa HaHa,
waktu majlis perkahwinan dia,
bersama 2 lagi rakan yg lain,
HaHa tak pendek sangat rupanya,
lebih tinggi dari aku.
hahahahahaa
aku mintak izin untuk bergambar dengan dia,
dia bawa kami ke suatu tempat,
pemandangan yang agak cantik,
kami berborak2.
HaHa tidak fasih berbahasa melayu, jadi kami berborak menggunakan bahasa Inggeris,
dan kadang2 menggunakan bahasa pergerakan tubuh badan.
dia seorang yg peramah.
dan hensem + comel orangnya.
walaupun sekadar mimpi,
tapi aku rasa macam realiti !
hahahahahaa
tak tahu kenapa.
mungkin sebab aku selalu tengok runningman berulang kali.
dan aksi HaHa amat mencuit hati.
mungkin?
hahahahaa.
anyway, tahniah sebab dah kawen,
sory tak bawa hadiah time u kawen.
walaupun dalam mimpi.
hahahahaa

Thursday, December 12, 2013

PEMIKIRAN EXPRESS KE SEMPIT??

Member kau, yg result sem 1 2 3 cikai2 cakap,
wehhh, aku cadang kan, nanti aku nak sambung Master.

kau bising,
cakap, nak sambung Master, tapi result teruk ! tak berusaha !

Member kau yg sengkek yg duit dalam bank tak sampai 100 cakap,
wehhh, nanti kan, aku cadang, nak beli kapal terbang.
kau bising,
elehhh, cakap je lebih, buat nye tak.

beb, kau ingat benda tu, member kau cakap hari ni, esok boleh dapat??
tengok jenis benda jugak beb!
kalau setakat seringgit dua, dua tiga puloh ringgit.
kau nak bising macam tu, takpe gak.
nak benda2 yang jenis puloh ratus ribu ringgit,
then, kalau benda yg take time 4 5 tahun baru dapat,
dan kau jangka benda tu jadi dalam masa 2 3 tahun,
mana mau jadi beb !
cara kau  bising macam kau nak tengok benda tu jadi dalam setahun dua.
phuiiii sikit !

ok, puas !
sekarang aku nak berfikiran positif.
alaaa, kau cakap macam tu,
sebab kau dengki dia punya cita2, dia punya impian yg murni.
sedangkan kau, tak terfikir pun apa yg dia fikir.
tu kau jeles, then kau bising2.
atau mungkin dia berfikir terlebih dahulu berbanding kau,
then kau jeles,
whyyy dia fikir dulu, whyyy aku tak fikir terlebih dahulu sebelum dia??
hahahahahaa..
*ayat budak2 tak matang, aku tau*

btw, teng jugak kat kau,
kau bising2 tu,
mengingatkan kembali cita2 dan impian murni member kau tu.
boleh laa dia usaha pelan2 kearah cita2 dan impian tersebut.
mudah2an terlaksana hendak-Nya.

#siapa kau nak bising2 tentang impian dan cita2 orang lain?? nti kau sibuk duk usha cita2 & impian orang lain, kau punya cita2 & impian entah kemana pulak.. teringin pulak aku nak tengok impian kau, cita2 kau terlaksana dalam masa beberapa bulan ni.. hahahaa..

lalalaa :)