Tuesday, September 27, 2016

PENGALAMAN PATAH TULANG (mental&emosi)

Assamualaikum.

Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak berblog. Padahal banyak je masa. Hahaa. Kali ni nak sambung pasal pengalaman aku yang patah tulang ni. Aku tak spesifikkan tulang apa sebab bukan patah 1, tapi dua. Tangan kiri dan kaki kiri aku ni yg patah. Tangan kat bahagian pergelangan, kaki kat tulang kering tu.

Patah tulang ni memang sakit. Terutama bila kau nak bergerak. Macam yang aku cerita kat entry yang lepas. Berapa banyak kali aku menangis sebab nak buat pergerakan. Tambahan pula aku ni perempuan, memang tu je lahh kerja aku. Menangis. Hahaa. Dan lagi 1, menjerit. Hahaa.

Seriously sangatlahh terseksa. Aku tau, kecederaan aku ni tak berapa nak serius. Ada yang lagi serius dari ni, yang koma, yang cedera organ dalaman, yang kena masuk besi tu. Tapi still, terseksa. Mental aku terseksa. Rata2 yang patah tulang ni (kes yg x serius) akan patah dibahagian pinggang kebawah, takpun, pinggang ke atas. So, bagi pinggang ke bawah, boleh bersilat guna tongkat untuk bergerak. Bagi yang patah pinggang dan ke atas, kaki masih sihat untuk bergerak. Tapi aku???? Nak pkai tongkat tak boleh. Berkerusi roda tu pun, memang nak kena dukung untuk duduk atas tu. Even nak duduk sebab dah penat berbaring pun aku dah tak mampu, kena minta bantusn orang lain. Serius, aku frust gilaa.

Aku bertambah frust bila aku ni menyusahkan mak aku. Minggu pertama tu, tiap2 hari, tengah malam dan maghrib aku akan nangis sebab sakit. Terutama kaki, sebab kedudukan kaki tak betul. So bila mak aku nak betulkan, aku akan menjerit, sebab sakit yang amat. Ok, maybe laa tak sakit sangat. Tapi aku ni jenis tak tahan sakit, so memang aku akan jerit dan menangis. Paling seksa bila dorang nak alihkan aku dari katil ke kerusi roda. Maaflahh kepada jiran2 andai suara aku yg merdu ni dah mengganggu ketenteraman. Memang aku menjerit. Mak aku pun frust, sebab dia taktau aku nak kaki aku ni dalam keadaan macam mana. Aku pun sebenarnya taktau kaki aku nak macam mana. Kalau tangan aku ni elok dan tak bersimen, memang aku dah buat sendiri. Faham tak perasaan aku macam mana?? Aku frust dan menangis lagi dan lagi.

Bab toilet. Aku memang tak pergi toilet. Segala2nya diatas katil dengan menggunakan pampers! Sapa yang cuci?? Mak aku. Sebab aku tak mampu nak tukar sendiri dengan sebelah tangan sahaja. Aku tak mampu. Bab makan, gagah lagi laa guna sudu. Air guna straw.

Minggu pertama tu memang aku akan menangis tanpa sebab. Aku menangis sebab aku nak nangis. Macam ada satu beban dalam hati ni, yang hanya boleh dilepaskan dengan menangis. So if korang berada dalam situasi yg sama macam aku ni, just menangis je k. Lepas nangis, akan rasa lega sikit dan rasa bersemangat nak sembuh. Kadang2 aku nangis sebab tengok orang sekeliling aku berjalan, baru lepas mandi, makan dengan tenang, tido dengan tenang, dapat pegang2 kucing, tapi aku tak dapat buat macam tu. Sedihhh. Serius sedihhh.

Dan kalau boleh waktu2 ni, orang2 rapat dengan aku memang tak boleh sakitkan hati ni. Alhamdulillah. Family aku memang jaga aku betul2. Terutama emosi. Layankan je semuanya. Kalau aku nangis, dorang bagi kata2 semangat (mak aku) ataupun kata2 yang panas dan menyentap jiwa (adik2 aku). Ayah aku?? Belikan makanan kesukaan aku. Hahaa. Tolonglahh. Doakan aku makin kurussss. Hahaa. Serius, orang2 yang rapat memang memainkan peranan yang penting.

Ok. Cukuplahh setakat ni dulu. Nanti aku boring aku sambung balik. Untuk santapan mata, tataplahh gambar di bawah untuk senaman pipi dan mulut.

Tuesday, September 20, 2016

PATAH TULANG

Assalamualaikum!

Dah lama blog bersawang. Kini tuan empunya datang nak bersihkan sawang. Hahaa. So, lets begin~

Kalau diikutkan, 1 September 2016 aku dah memulakan praktikal aku. Sem ini merupakan sem terakhir aku sebagai seorang pelajar. Dan akan berkonvo pada hujung tahun depan.

Tapi perancangan Allah lebih cantik dan teratur. Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 September. Baru 3 hari kotttt, baru 3 hari start praktikal! Memang aku tak sangka jadi macam ni.

Benarlah orang kata, malang tidak berbau. Pagi tu nak hantar duit kat adik aku, duit belanja dia habis. Ayah dah suruh naik kereta, tapi aku degeiiiii~ Degei nak matiiii. Naik jugak motor! Yelahh, sebab lebih cepat dan aku yakin dengan skill aku bawak motor. Hahaa. Tapi tu lahh, kita dah bawa berhati2, tapi orang lain tak. Kita lahh yang menjadi mangsa.

Dalam perjalanan nak balik ke rumah, tiba2 ada kereta buat pusingan U secara tiba2 depan aku! Nasib baik aku bawa slow, dan aku sempat berfikir, nak langgar or nak elak?? Aku pilih untuk mengelak, sebab aku taknak buat aksi terbang2 kat situ! Haha. Aku mengelak dan langgar kereta pajero yg besi kental tu yang parking kat tepi jalan, sebab belah kanan jalan ada kenduri kahwin, tu yang banyak kereta parking tepi jalan.

Lepas langgar, motor aku melantun nak tergolek ke sebelah kanan. Aku tahan guna kaki kanan dan panggil RELA 3 ke 4 orang yang ada kat situ. Aku dibaringkan kat tepi jalan tu, atas kepala aku ni, kerata myvi yang nak buat U-turn tapi tak sempat buat. Masa aku terbaring, RELA2 ni laa yang tolong aku. Terima kasih berjuta2 aku nak ucapkan. Dorang yang tolong call ambulance. Dan aku hanya menangis je sepanjang nak tunggu ambulance sampai. Sempat call ayah, dengan bantuan RELA tu jugak untuk carikan nombor ayah dalam phone. Ada tetamu2 kenduri yang datang tengok aku, tolong packingkan barang2 aku masuk dalam beg. Nasib baik aku bukan jenis feminin sangat, beg galas belakang tu yang aku bawak, aku letakkan kat dada, sebab taknak tudung terbang2 masa naik motor. Hahaa. So semua barang2 aku selamat dalam tu, termasuk kasut aku pun dorang sumbat dalam tu. Helmet je tak muat nak sumbat.

Ambulance pun sampai. Dan aku diangkat masuk dalam van tu. Terkebil-kebil aku. 1st time naik ambulance. 1st time aku kemalangan. Semuanya 1st time! Semuanya sekelip mata berlaku.

Sampai hospital, aku dibawa ke bahagian kecemasan, unit trauma dan ape ntah tak ingat. Beberapa minit lepas tu ayah aku datang. Dan aku hanya menangissss je kat situ. Setelah lama menunggu, doktor panggil. Gunting seluar jeans aku. Seluar jeans and baju aku bersih suci dari sebarang kekotoran, sayang nak gunting. Tapi aku redhooo. Gunting2, tudiaaaa, bengkak besar penumbok kat tulang kering aku! Bawah skit dari lutut, kaki kiri aku. Aku menangis terus, sebab aku tau, kalau bengkak, besar macam tu, memang patahhhh.

Pastu bukak pulak kardigen aku, dalam t-shirt biasa je. Bukak2, tudiaaa, pergelangan tangan aku belah kiri pulakkkk, bengkak! Nangis lagi sekaliii. Hahaa. Doktor suruh pergi x-ray untuk kepastian. Azab time nak angkat aku naik atas katil dari kerusi roda tu untuk di x-ray, azab gilaaaa. Keluar dari x-ray, menangis lagi. Aku macam tak dapat terima hakikat.

Then, pergi jumpa doktor lagi sekali. Doktor kata kaki kiri aku tak patah teruk. So takdelahh istilah besi2 untuk kaki aku ni. Tapi tangan aku niii. Kena tarik, if still tak okay, masuk besi. Kos anggaran dalam 2k. K fine. Terdiam aku.

Then, bermulalah sesi simen2. Dorang mulakan dengan tangan. Masukkan ubat pelali bagi aku mamai2, 4 orang doktor lelaki datang. Dipulas2 direntap2 tangan aku ni. Aku tak boleh buat apa sebab dah mamai. Apa aku buat?? Nangis dan nangis. Hahaa. Then, dorang simen tangan tu dan kaki aku nii.

Lepas selesai simen, aku disuruh x-ray lagi sekali, nak pastikan tulang aku dalam simen tu ok. Lepas x-ray, tunggu doktor bagi ubat dan MC 10hari, aku dibenarkan balik, sebab wad penuh barangkali.

10hari lepas tu, pergi hospital balik untuk dapatkan kepastian lagi sekali, samada perlu masuk besi or tak untuk tangan aku ni. Sekali lagi, menangis masa nak naik turun katil ke kerusi roda, dari kerusi roda ke kereta, dari kereta ke kerusi roda, dari kerusi roda ke katil x-ray, dari katil x-ray ke kerusi roda dan seterusnya sampai laa ke katil rumah aku tu. Hahaa. Tu bukan sekali lagi, tu berkali2 lagi tuu. Hahaa. Aku hanya tersenyum saat doktor bagitau tangan aku ok, xperlu masuk besi. Dan aku dapat lagi MC utk sebulan.

And now, aku mengira tiap hari untuk menghabiskan sebulan tu. Tak sabar nak bukak simen! Untuk praktikal pulak, aku kena tangguh ke sem depan memandangkan tak ganggu konvo pun. So aku iyakan jelahhh.

Ouh lupa, aku ada cuba ikhtiar lain. Bagi sesiapa yang kes macam aku ni, yang bersimen tapi nak berubat, ada 1 ustaz kat bercham boleh tolong. Dia juz bagi minyak dan air je. Tapi malam tu memang azab laa. Sakit gilaa. Dia rawat secara batin. Jangan risau, okay je. Tapi kena yakin, bantuan2 yang kita dapat tu pun atas izin Allah melalui makhluk2Nya. Berkesan lahh jugak, sebab tangan ni 70/30 sebenarnya untuk masuk besi. Tapi tak perlu dimasukkan besi. Alhamdulillah.

Bila patah tulang ni, memang menduga mental dan fizikal. Sangat2 menduga. Terutama yang patah tangan dan kaki together2. Hat ni, biarlahh aku story lain kali pulak ye. Lenguh. Sebelah tangan je menaip. Hahaa.

Saturday, May 31, 2014

IJAZAH

Sejujurnya, aku tak pernah terfikir pun nak sambung belajar ke peringkat ijazah.
Fokus aku lepas habis belajar,
cuma nak cari kerja untuk pengalaman.
Then, berhenti if dapat offer yang lebih baik.
Dapat laa ringankan beban mak ayah sikit.
Itu sahaja.

Tapi sekarang,
jasad aku dah ada di U, tujuan aku untuk belajar.
Dan itu kehidupan aku sampai 2016, maybe?

U dan poli, jauh bezaaaaaa~
Beza yang amatttt amatttttt berbezaaaaa~
kalau kat poli, mengeluh, kat sini aku supperrr dupperrr mengeluh !
hahahahaaa.
aku rasa menyesal sebab tak bersyukur masa belajar kat poli dulu.
aku rasa kehidupan Dip susah.
nak study susah. 
semuanya susah!
bila masuk U,
haaaaa... baru tahu nak bersyukur!

Sekarang minggu terakhir sebelum exam.
Kalau kat poli, ada study week.
Kat sini jangan harap lahhhh.
Even study day pun takde!
Dapat pensyarah yang rajin, esok nak final, hari ni still ada kelas.

Kalau kat poli, 5 final paper dah terasa berat, 
tu lahh yang paling berat nye pun!
tapi sini, 5 final paper, tu kira yang paling sikit!
6 final paper, tu dikira normal.
tak de subjek yg penilaian berterusan.
Semuanya ada final.
SEMUANYA!

Kalau nak cerita pasal pensyarah,
kat poli, anytime boleh pergi bilik pensyarah,
pergi kaunter cakap nak jumpe pensyarah sekian sekiannn,
terus dapat jumpa if pensyarah ada kat situ.
Sini?
Jangan nak mimpi lahh.
Nak cari bilik pensyarah pun punya lah susah!
Nak jumpa pensyarah kena buat appoinment.
kalau tak buat, memang kau takkan nampak muka dia,
sebab dia busy memanjang.

Dan untuk semester pertama aku,
aku tak target tinggi2 untuk result aku.
Aku sendiri pun tak dapat bayangan tentang result aku.
3.00 keatas pun aku dah bersyukur ya amat!

Redha dan pasrah je nihh.
tak sabar nak balik rumah!
Waaaaaa~

Saturday, March 1, 2014

TANDAS

aku taktau laa sama ada aku yang konfius ke,
atau dorang yang konfius ke,
aku rasa blok aku ni,
semua perempuan yang duduk,
ke aku tak perasaan ada lelaki yang duduk blok ni??
atau ade beberapa perempuan kat sini,
yang konfius yang dorang tu sebenarnye perempuan,
bukannye lelaki.
bilik air buruk macam nak roboh,
old style,
tak pe,
aku boleh terima lagi.
ni kotor.
benda yang boleh fikir,
macam tak boleh nak fikir.
"kalau buat macam ni, nanti tersumbat"
"kalau buat macam ni, nanti melimpah2 ke lantai"
nak kata under 18, tak jugakkkk.
ke ade sape2 kat blok ni under 18,
sila angkat kaki tinggi2,
kot2 laa ada pulak, yang main kabel2 letrik,
tu yng dapat masuk sini umur bawah 18 kan..
ape2 pun, tak kesah laa nak buat apa pun,
tapi tolong laa bersihkan lepas guna.
sumbat sana sini,
dah sumbat,
carik port lain lak..
tau hangpa2 semua pandai..
nak tunjuk pandai pon bertempat gak laaa..

Friday, February 14, 2014

SATU LANGKAH LAGI KE HADAPAN


Sekarang, aku berada di bilik.
Bersenang lenang.
Sebelum menunggu hari esok yang pastinya buat aku busy memanjang.

Nak dijadikan cerita,
aku dah masuk UUM.
Sambung belajar semula.
Masa nak pergi tu, aku tak rasa apa2.
Dalam perjalanan pergi, aku rasa happy,
sebab aku rasa macam sedang bercuti-cuti Malaysia.
Bila dah sampai, aku rasa macam, "ok, dah sampai.." masih blur2.
Bila mak ayah dah balik Ipoh,
ok, baru aku start rasa nervous.
Nak dijadikan cerita lagi,
sehari sebelum pergi UUM,
aku asma, so, pergi beli ubat,
entah kenapa, aku pilih ikan talipia masak taucu untuk jadi santapan tengah hari,
lepas tu aku makan ubat.
malam, badan aku gatal2, macam kena gegata, tapi laaagiiii teruk dari itu.
Pergi klinik, doktor cakap alergik.
Aku kena stop makan ubat asma, dan habiskan ubat alergik.

Nak dijadikan cerita lagiiii,
malam orientasi tu aku rasa macam asma.
Aku nak makan ubat tak boleh!!!!
sabauuu jo laaa.
Tahan je laa sakit tu sampai dia elok sendiri.

Tu pasal erientasi.
Pasal kelas pulak,
jadual dah dapat, kawan 1 kos dah jumpa.
Tapiiii, jadual kami berbeza2 antara 1 sama lain.
Sedihhhh!!!
aku tengok gaya kat sini macam nak bagi senior campur junior.
tapi dari sudut jalinan persahabatan, macam kurang sikit.
contoh, kelas A kawan dengan orang A,
kelas B kawan dengan orang B.
bila dah habis sem, tak jumpe dah.
so baibaiii laa jawapnyer..
next sem, cari kawan baru pulak.

then, UUM ni besar gedabakkkk!
sangat sangatttt gedabakkkkk!!!
kalau kat poli, DK1, juz ada 1.
DK2, hanya ada 1.
tapi kat sini ada 6 DK.
ok, takpe lagi.
sebab aku fikir ada 6 je.
atpi silap besar.
 DK6 sahaja dah ada 30 bilik !
tu belum tengok DK yang lain2 lagi tuu..

oleh sebab kawasan terlalu besar,
kat sini memang disediakan bas.
tapi kelas aku semua jauh dari satu sama lain.
kalau ada gap, boleh lagi nak masuk kelas sharp on time.
tapi kelas yang takde gap  cemana??
nak tunggu bas lagi, nak berjalan g station bas tu pun dah take time !!

haishhh, entah laa, just wait and see je laa esok apa akan jadi.

lalalaa :)