Saturday, October 22, 2016

Tolong

Aku harap sangat, Tuhan permudahkan urusan penyembuhan kaki dan tangan aku ni. Kadang2 aku rasa penat. Penat sebab jadi beban pada orang2 sekeliling aku.

Mungkin luaran aku nampak ok. Tapi hati aku kadang2 sedih. Banyak perkara yang aku tak mampu nak buat.

Tolong aku Tuhan. Sembuhkanlahh kaki dan tangan aku ini.

Wednesday, October 12, 2016

HIKMAH

Alhamdulillah.

Emosi dah stabil semula. Kaki dah mula boleh terima benda baru yang melekat kat dia. Haha.

Anyway, bila jadi macam ni, baru la reti nak hargai masa. Barulahh terfikir nak buat lebih banyak perkara berfaedah. Haha. Sebelum ni asyik nak tidooo je. Baru lahh reti nak hargai nyawa. Dan yang paling penting, baru lahh nak sematkan dalam lubuk hati paling dalam untuk dekat lagi dengan Pencipta.

Hikmah dia yang aku nampak, mungkin aku tak sesuai ditempat praktikal aku sekarang di bahagian audit. Dan di beri peluang untuk tidoo sepuas2nya seperti yang aku nak sebelum2 nii. Hamekkk kauuu. Tido sampai lebam! Hahaa. Dan aku dapat penempatan praktikal di tempat baru dekat je dengan rumah, bahagian akaun. Syukur sangat2. Memang bidang yang aku minat gilaaa. Ot lama2 pun aku sanggup! Hahaa.

Ok. Tu je kot. Ohh lupa, lari topik sikit. Aku mimpi 1st love aku. Hahaa. 1st love apenyer, cinta monyet je nii, tu pun monyet betepuk sebelah tangan. Kahkahh. Aku taktauu laa camna leh mimpi diaaa. Aku doakan hang berjaya dunia akhirat naa.

Tuesday, October 11, 2016

PATAH TULANG (2nd checkup)

Alhamdulillah.
Checkup kali ni tidak mengecewakan. Dah boleh nampak tulang kaki aku bercantum. Tulang tangan aku tak pasti, sebab aku taktau tang mana yang patah. Hahaa.

Sekarang kaki aku masih bersimen. Tapi half. Sampai takat lutut je. So lutut aku boleh bengkok2. Tangan aku sepatutnya dah free dari segala benda. Tapi aku laa, takut sangat. So doktor buh hand bandage. Semua2 ni pakai untuk lagi sebulan.

Doa2 laa next checkup dah boleh guna tongkat. Tak sabaq aihhh.

Wednesday, October 5, 2016

PATAH KAKI (genap sebulan)

Alhamdulillah.

Hari ni genap sebulan kaki dan tangan aju bersimen. Lagi 5 hari, pergi check up balik. Dan semestinya aku tak sabar2. Harap2 simen ni boleh bukak. Aku dah tak sanggup nak baring je! Hahaa. Bosan!

So far, aku dah tak rasa sakit dah. If sakit pun sebab lenguh yang teramat or tersilap parking. Hahaa. Tapi tempat patah tu dah tak sakit dah. Kadang2 je rasa macam kena kejutan eletrik, aku just assume tulang tu nak bercantum je lahh.

Dari segi emosi, rasa macam dah stabil. Hahaa. Mula2 tu biasa lahh. Masih terkejut. Alhamdulillah family aku, bakal family (ehhh??? Hahahaa), sahabat2 aku sangat supportive! Datang melawat, wassap tanya khabar, bagi kata2 semangat. Memang buat aku lagi semangat nak cepat sembuh.

Untuk tips2 patah2 ni, tunggu dah confirm tulang ni cantum, baru aku share. Hahaa. Nak pastikan betul2 menjadi. Bagi sapa2 yg dalam situasi yang sama, jangan sedih. Masih ada harapan untuk sembuh dengan cepat. Ada yang masuk besi, minggu ke 5 dah practice jalan wehhh. Hahaa. Jeles aku.

Stakat ni tu je dulu. Doakan aku cepat sembuh! Tak sabarrrrr~

Tuesday, September 27, 2016

PENGALAMAN PATAH TULANG (mental&emosi)

Assamualaikum.

Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak berblog. Padahal banyak je masa. Hahaa. Kali ni nak sambung pasal pengalaman aku yang patah tulang ni. Aku tak spesifikkan tulang apa sebab bukan patah 1, tapi dua. Tangan kiri dan kaki kiri aku ni yg patah. Tangan kat bahagian pergelangan, kaki kat tulang kering tu.

Patah tulang ni memang sakit. Terutama bila kau nak bergerak. Macam yang aku cerita kat entry yang lepas. Berapa banyak kali aku menangis sebab nak buat pergerakan. Tambahan pula aku ni perempuan, memang tu je lahh kerja aku. Menangis. Hahaa. Dan lagi 1, menjerit. Hahaa.

Seriously sangatlahh terseksa. Aku tau, kecederaan aku ni tak berapa nak serius. Ada yang lagi serius dari ni, yang koma, yang cedera organ dalaman, yang kena masuk besi tu. Tapi still, terseksa. Mental aku terseksa. Rata2 yang patah tulang ni (kes yg x serius) akan patah dibahagian pinggang kebawah, takpun, pinggang ke atas. So, bagi pinggang ke bawah, boleh bersilat guna tongkat untuk bergerak. Bagi yang patah pinggang dan ke atas, kaki masih sihat untuk bergerak. Tapi aku???? Nak pkai tongkat tak boleh. Berkerusi roda tu pun, memang nak kena dukung untuk duduk atas tu. Even nak duduk sebab dah penat berbaring pun aku dah tak mampu, kena minta bantusn orang lain. Serius, aku frust gilaa.

Aku bertambah frust bila aku ni menyusahkan mak aku. Minggu pertama tu, tiap2 hari, tengah malam dan maghrib aku akan nangis sebab sakit. Terutama kaki, sebab kedudukan kaki tak betul. So bila mak aku nak betulkan, aku akan menjerit, sebab sakit yang amat. Ok, maybe laa tak sakit sangat. Tapi aku ni jenis tak tahan sakit, so memang aku akan jerit dan menangis. Paling seksa bila dorang nak alihkan aku dari katil ke kerusi roda. Maaflahh kepada jiran2 andai suara aku yg merdu ni dah mengganggu ketenteraman. Memang aku menjerit. Mak aku pun frust, sebab dia taktau aku nak kaki aku ni dalam keadaan macam mana. Aku pun sebenarnya taktau kaki aku nak macam mana. Kalau tangan aku ni elok dan tak bersimen, memang aku dah buat sendiri. Faham tak perasaan aku macam mana?? Aku frust dan menangis lagi dan lagi.

Bab toilet. Aku memang tak pergi toilet. Segala2nya diatas katil dengan menggunakan pampers! Sapa yang cuci?? Mak aku. Sebab aku tak mampu nak tukar sendiri dengan sebelah tangan sahaja. Aku tak mampu. Bab makan, gagah lagi laa guna sudu. Air guna straw.

Minggu pertama tu memang aku akan menangis tanpa sebab. Aku menangis sebab aku nak nangis. Macam ada satu beban dalam hati ni, yang hanya boleh dilepaskan dengan menangis. So if korang berada dalam situasi yg sama macam aku ni, just menangis je k. Lepas nangis, akan rasa lega sikit dan rasa bersemangat nak sembuh. Kadang2 aku nangis sebab tengok orang sekeliling aku berjalan, baru lepas mandi, makan dengan tenang, tido dengan tenang, dapat pegang2 kucing, tapi aku tak dapat buat macam tu. Sedihhh. Serius sedihhh.

Dan kalau boleh waktu2 ni, orang2 rapat dengan aku memang tak boleh sakitkan hati ni. Alhamdulillah. Family aku memang jaga aku betul2. Terutama emosi. Layankan je semuanya. Kalau aku nangis, dorang bagi kata2 semangat (mak aku) ataupun kata2 yang panas dan menyentap jiwa (adik2 aku). Ayah aku?? Belikan makanan kesukaan aku. Hahaa. Tolonglahh. Doakan aku makin kurussss. Hahaa. Serius, orang2 yang rapat memang memainkan peranan yang penting.

Ok. Cukuplahh setakat ni dulu. Nanti aku boring aku sambung balik. Untuk santapan mata, tataplahh gambar di bawah untuk senaman pipi dan mulut.

lalalaa :)