Saturday, May 31, 2014

IJAZAH

Sejujurnya, aku tak pernah terfikir pun nak sambung belajar ke peringkat ijazah.
Fokus aku lepas habis belajar,
cuma nak cari kerja untuk pengalaman.
Then, berhenti if dapat offer yang lebih baik.
Dapat laa ringankan beban mak ayah sikit.
Itu sahaja.

Tapi sekarang,
jasad aku dah ada di U, tujuan aku untuk belajar.
Dan itu kehidupan aku sampai 2016, maybe?

U dan poli, jauh bezaaaaaa~
Beza yang amatttt amatttttt berbezaaaaa~
kalau kat poli, mengeluh, kat sini aku supperrr dupperrr mengeluh !
hahahahaaa.
aku rasa menyesal sebab tak bersyukur masa belajar kat poli dulu.
aku rasa kehidupan Dip susah.
nak study susah. 
semuanya susah!
bila masuk U,
haaaaa... baru tahu nak bersyukur!

Sekarang minggu terakhir sebelum exam.
Kalau kat poli, ada study week.
Kat sini jangan harap lahhhh.
Even study day pun takde!
Dapat pensyarah yang rajin, esok nak final, hari ni still ada kelas.

Kalau kat poli, 5 final paper dah terasa berat, 
tu lahh yang paling berat nye pun!
tapi sini, 5 final paper, tu kira yang paling sikit!
6 final paper, tu dikira normal.
tak de subjek yg penilaian berterusan.
Semuanya ada final.
SEMUANYA!

Kalau nak cerita pasal pensyarah,
kat poli, anytime boleh pergi bilik pensyarah,
pergi kaunter cakap nak jumpe pensyarah sekian sekiannn,
terus dapat jumpa if pensyarah ada kat situ.
Sini?
Jangan nak mimpi lahh.
Nak cari bilik pensyarah pun punya lah susah!
Nak jumpa pensyarah kena buat appoinment.
kalau tak buat, memang kau takkan nampak muka dia,
sebab dia busy memanjang.

Dan untuk semester pertama aku,
aku tak target tinggi2 untuk result aku.
Aku sendiri pun tak dapat bayangan tentang result aku.
3.00 keatas pun aku dah bersyukur ya amat!

Redha dan pasrah je nihh.
tak sabar nak balik rumah!
Waaaaaa~

Saturday, March 1, 2014

TANDAS

aku taktau laa sama ada aku yang konfius ke,
atau dorang yang konfius ke,
aku rasa blok aku ni,
semua perempuan yang duduk,
ke aku tak perasaan ada lelaki yang duduk blok ni??
atau ade beberapa perempuan kat sini,
yang konfius yang dorang tu sebenarnye perempuan,
bukannye lelaki.
bilik air buruk macam nak roboh,
old style,
tak pe,
aku boleh terima lagi.
ni kotor.
benda yang boleh fikir,
macam tak boleh nak fikir.
"kalau buat macam ni, nanti tersumbat"
"kalau buat macam ni, nanti melimpah2 ke lantai"
nak kata under 18, tak jugakkkk.
ke ade sape2 kat blok ni under 18,
sila angkat kaki tinggi2,
kot2 laa ada pulak, yang main kabel2 letrik,
tu yng dapat masuk sini umur bawah 18 kan..
ape2 pun, tak kesah laa nak buat apa pun,
tapi tolong laa bersihkan lepas guna.
sumbat sana sini,
dah sumbat,
carik port lain lak..
tau hangpa2 semua pandai..
nak tunjuk pandai pon bertempat gak laaa..

Friday, February 14, 2014

SATU LANGKAH LAGI KE HADAPAN


Sekarang, aku berada di bilik.
Bersenang lenang.
Sebelum menunggu hari esok yang pastinya buat aku busy memanjang.

Nak dijadikan cerita,
aku dah masuk UUM.
Sambung belajar semula.
Masa nak pergi tu, aku tak rasa apa2.
Dalam perjalanan pergi, aku rasa happy,
sebab aku rasa macam sedang bercuti-cuti Malaysia.
Bila dah sampai, aku rasa macam, "ok, dah sampai.." masih blur2.
Bila mak ayah dah balik Ipoh,
ok, baru aku start rasa nervous.
Nak dijadikan cerita lagi,
sehari sebelum pergi UUM,
aku asma, so, pergi beli ubat,
entah kenapa, aku pilih ikan talipia masak taucu untuk jadi santapan tengah hari,
lepas tu aku makan ubat.
malam, badan aku gatal2, macam kena gegata, tapi laaagiiii teruk dari itu.
Pergi klinik, doktor cakap alergik.
Aku kena stop makan ubat asma, dan habiskan ubat alergik.

Nak dijadikan cerita lagiiii,
malam orientasi tu aku rasa macam asma.
Aku nak makan ubat tak boleh!!!!
sabauuu jo laaa.
Tahan je laa sakit tu sampai dia elok sendiri.

Tu pasal erientasi.
Pasal kelas pulak,
jadual dah dapat, kawan 1 kos dah jumpa.
Tapiiii, jadual kami berbeza2 antara 1 sama lain.
Sedihhhh!!!
aku tengok gaya kat sini macam nak bagi senior campur junior.
tapi dari sudut jalinan persahabatan, macam kurang sikit.
contoh, kelas A kawan dengan orang A,
kelas B kawan dengan orang B.
bila dah habis sem, tak jumpe dah.
so baibaiii laa jawapnyer..
next sem, cari kawan baru pulak.

then, UUM ni besar gedabakkkk!
sangat sangatttt gedabakkkkk!!!
kalau kat poli, DK1, juz ada 1.
DK2, hanya ada 1.
tapi kat sini ada 6 DK.
ok, takpe lagi.
sebab aku fikir ada 6 je.
atpi silap besar.
 DK6 sahaja dah ada 30 bilik !
tu belum tengok DK yang lain2 lagi tuu..

oleh sebab kawasan terlalu besar,
kat sini memang disediakan bas.
tapi kelas aku semua jauh dari satu sama lain.
kalau ada gap, boleh lagi nak masuk kelas sharp on time.
tapi kelas yang takde gap  cemana??
nak tunggu bas lagi, nak berjalan g station bas tu pun dah take time !!

haishhh, entah laa, just wait and see je laa esok apa akan jadi.

Sunday, January 26, 2014

TERKENANG

syukur, dan berterima kasih..
sebab ada yang masih memahami diri aku,


aku yang tak suka mee.

aku yang suka coklat.

aku yang suka running man.

aku yang pemalas.

aku yang suka tidur.

aku yang selekeh serabai.

aku yang tak reti nak ucap kata-kata magik.

aku yang tak reti nak masak.

aku yang tak suka kongsi2.

aku yang suka ayam.

aku yang suka maggi sedap.

aku yang suka makan cempaka tulen je setiap hari.

aku yang suka teh ais.

aku yang ego terlebih.

aku yang kadang2 diam membungkam.

aku yang kadang2 cakap tak kena tempat.

aku yang kadang2 blur tak bertempat.

aku yang kuat touching.

aku yang buat lawak yang hambar.

aku yang suka jalan laju2.

aku yang layan karok berjam2.

tu yang aku tau tentang aku. tapi aku tau dorang terima semua diatas.
baik yang berdamping dari tingkatan 1 - tingkatan lima.
terutama yang berdamping dengan aku dari sem 1 sampai sem6.
aku ingat semua2nya, tersemat.
ada 1 situasi yang aku tak boleh lupa,
mereka ingat apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.
<3 font="">
aku yang kurang,
kadang2 tak reti hargai, kadang2 diam menyepi,
mungkin ego terlalu tinggi.
tapi, sekali aku rendahkannya, maknanya,
korang memang betoi2 melekat dalam hati,
sebagai sahabat. :)

Tuesday, January 21, 2014

MACAM-MACAMMMM

budak nerd?
lagi okey kot? sendiri-sendiri, tak amek kesah hal orang, tak amek pusing hal orang, jauh dari masalah orang.. hanya fikir tentang diri sendiri.. nerd2 pun, ilmu penuh di dada..


katak di bawah tempurung?
lagi okey kot? happy dengan kehidupan yang dia ada, cukup apa yang ada di bawah tempurung tu je.. hahahahaaa..

selfish?
okey, dan mungkin tak.. yang okeynya, hati sendiri terjaga.. yang tak okey nya, hati orang lain mungkin terasa.. haaa, kat situ yang tak okey nyer.. btw, apa yang dia nak, semua dapat, walaupun menyakitkan hati org lain.. haaa, yang tak okey nya, apa yang dia dapat, tak berkat.. hahahaa..

bendul?
okey gak kot? sebab dia dapat membahagiakan orang lain dengan kebendulan dia.. hahahaa.. dan dia tak tau orang sedang membendulkan dia.. membendulkan?? hahahahaa.. mohon paham sendiri laa kan.. so, bila bendul, dia cuma buat apa yang dia rasa betul, walaupun benda tu tak betul, tapi dia rasa betul, and at the same time, dia membahagiakan orang lain..

normal?
aku rasa aku kategori normal.. HAHAHAAA.. apa yg boleh aku cakap, banyak cabaran dan dugaan.. kadang2 aku rasa, jadi orang gila lagi best kot? hahahaa.. tak perlu nak berfikir bagai masalah demi masalah, dugaan demi dugaan.. apa2 pun, aku bersyukur, aku normal..syukurrr.. hehehee.. setiap perkara ada hikmah.. setiap perkara yang berlaku, Allah nak tunjukkan sesuatu.. redhaa atas segala yang berlaku, setelah berusaha..

ok, itu je, aku tak leh nak kreatifkan otak utk fikir kategori2 yg lain. k bubbbaii

lalalaa :)