Thursday, May 31, 2012

PEPATAH

"emmm, fikir2..."
Assalamu'alaikum !
hari ni nak cakap pasal pepatah..
"fikir dulu sebelum buat"..
yeahhh..
marilahh bersama2 kita berfikir seperti yang di atas !
kalo saye silap wat keje,
ayah mesti cakap,
"cuba laa fikir guna akal, Tuhan dah bagi akal tu guna lahh ! "
tanggggg !!!!
backup sound dalam otak.. hahahaa.. mata ke atas !
kalo silap lagi,
menyebabkan kecederaan atau pecah mane2 benda ke,
ayah akan cakap,
"cuba la fikir dulu sebelum buat, bende ni tak boleh letak sini, nanti jatuh,
bende ni xleh letak sini, nanti tumpah, gubna lahhh akal yang Tuhan bagi tu !!! "
TANGGGGG!!!!
lagi sekali, mata ke atas !
hahahahahaaa..
kadang2 ada betulnya jugak..
bukan setakat barang2an je..
setiap apa yang kita lakukan,
mesti kena fikir dulu sebelum buat..
kadang2 perkara tu boleh memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..
dan kadang2 ianya juga boleh dijadikan buah mulut orang !
tapi ada sesetangah perkara,
dah abeh pikiaq dah nih !
tapi tak yakin,
risau kena kutuk sana sini,
contoh nak sedekah RM10,000..
nanti makcik2 cakap menunjuk2..
riak takbur ujub semuanyalah !!!
kalau kes cenggini,
abaikan je apa manusia fikir,
kita fokus pada Allah je..
duk kalut takut apa deme fikir pasai paa..
kat Tuhan tak takut lak..
kalau kita dah abeh fikir,
rasa benda tu betui,
niat kita betui,
teruskan !
memberi kesan pada masa hadapan,
jika ape kita buat tu betui,
Allah akan tunjukkan kebenaran..
tapi kalau kita nak buat menda jahat,
toksah laaa...
fikir la makbapak,
keluarga..
semuanya lahh..
okeyh?
fikir naaa..

p/s : pesanan akhir ini buat pemandu, fikirlah pemandu2 yang lain yang berada di jalan raya ye..
bawa keta jangan nak menggila, ohhh, aq dah lambat.. apa, jalan tu hang punya ka?? lambat tu hang punya pasai.. len kali bangun laa awai.. duk hon2 orang ! benci tau x ! terutama lori besaq2 tuu..


Wednesday, May 30, 2012

KENTUT

Assalamu'alaikum !
hari ni bunyi entry agak berbau sedikit kan?
hahahahaa..
actually dapat 1 maklumat dari adik..
situasi? di suatu tempat yg dirahsiakan...
ttttuuuuutttttt.... (bunyi)
(berbau sikit2)
(dari manusia yg dirahsiakan)
adik : hahahahahahaa..
aku : kmu pasai paa eda gelak??
adik : kmu tau tak, kentut ni bagus.. hahaa
aku : gile.. pesal lak?
adik : ustazah cakap, kentut boleh memutuskan saraf2 kanser !
aku : yele tu..
adik : betul.. tu ustazah cakap kat kitaorg suh terima kasih kat orang yang kentut tuu..

p/s : sooo,
kalau orang sebelah anda kentut,
jangan ragu2,
jangan gusar2,
katakan terima kasih !
anda telah menyelamatkan nyawa manusia yang menghidu kentut anda !
walaupun ianya agak berbau !
lagi berbau,
lagi banyak urat2 saraf kanser yang terputus !
hahahahaa..
selamat mencuba..

Tuesday, May 29, 2012

TENANG

Alhamdulillah..
sudah pun berbincang serba sedikit dengan keluarga masing2..
kelihatannya, untuk menjadi yang halal agak lambat..
untuk ada ikatan InsyaAllah lg 2 tahun..
oleh yang demikian..
batas2 akan dijaga dengan rapi dan ketat !
lagi lama masa yg diambil,
semakin dekat pula diri dengan dosa !
mungkin nak beri masa pada kami untuk membuat persediaan..
dan serba sedikit info persediaan dah diberikan..
tak kesah lahhh..
dah direstui pun bersyukur..
hehehehee..
emmm,
nampak gayanya mcm kene sambung degree..
harapan diletakkan terlalu tinggi..
tapi tak pe..
mak nak tengok anak sulungnya ni genggam ijazah dulu gamaknya..
mak, kalau ain dapat ijazah, viva 1 ! hahahahaa
bukan taknak amek ijazah..
memikirkan PTPTN yang bakal dibayar tu haa..
tapi memikirkan harapan mak..
InsyaAllah ain cuba..
ada rezeki Allah nak bagi, ada la tuu..
i will try my best !
untuk yang anda pulak..
terima kasih..
tenangnya rasa hati dapat keluar sesama..
sory laa..
baju yang comel2 sikit tak tahu letak mana..

dengan cik "jer...t" kecil pulak tumbuh..!
dengan muka berminyak..
beg pulak tertompok2 ape ntah..
ain lak tak reti nak berhias..
bedak baby pun dah hilang kat muke asyik dilap2 je !
tapi anda tak kesah..
senyum je..
layan ain seperti biasa..
terima ain seadanya..
bab makan,
sory again ye anda..
ain tak berkongsi air liur !
hahahahaaa..
tapi anda bekas2 makanan ain pun nak anda makan !
ain pulak yang terasa nak muntah..
hahahahahaaa..
anyway,
ain tau ain tak romantik... *sayuuu*
simpan semua keromantikkan tersebut utk yang halal..
so kalau anda nak romantik2,
jadilahh yang halal !
hohohohohoo..
lg beberapa minggu dah nak balik kelantan lak die..
wuwuwuwuu..
sayuuu..
takpelahhh..
pergilah berjihad..
tetapkan niat dihati..
InsyaAllah..
Allah akan permudahkan segala urusan..
chaiyokkkk3 !
takbir !
wahahahahaa..
semangat lebih !
tingkatkan prestasi anda !


p/s : mak cakap, tak kira laa lama mana pun kita tunggu, kalau dah jodoh, Allah permudahkan segala urusan.. Aminnnn..

Thursday, May 24, 2012

KISAH HIDUP LAMA !

beberapa bulan yang lalu. my adik ade mention pasal "diari lama", tapi, still tak dapat catch up yang mana satu?? hahahahaaa.. memang takut gile lahhh dalam hati ! yelahhh ! dah nama pun "diari". terbayang2 difikiran, "apalaa yang aku tulis dalam diari tuu??" jangan laa yang bukan2 ! hahahaa. sebab ada kes sebelum ni, diari darjah 6 kena baca ! hahahaaa. ayatnye jangan cakap laaa. diri sendiri pun tak percaya bahawa tangan ini lahh yang mencoretkan segala2nya ! hahahaa.. malu gilaa. berbalik pula kepada diari yang mereka baca baru2 ini, baru sebentar tadi saya dapat baca isi kandungannya ! fuhhh. nasib baik isi kandungannya agak matang. lebih kurang 7 bulan kandungan kot? sebelum ni baru 3 bulan je matangnye.. so, ayat memang pecah perut kalau baca balik ! hahahahaa.. Alhamdulillah laa.. bersyukur.. kepada mereka2 yang telah membaca diari tersebut, kalau ada terkutuk atau luahan perasaan marah kepada diri anda.. padan muka laa ye ! sape suh baca diari orang !!! kahkahkah.. rasakan..

p/s : pengalaman mematangkan fikiran.. yang buruk dijadikan pengajaran agar tak terjebak semula dan sentiasa beringat2. yang baik di jadikan teladan.. dan sentiasa muhasabahkan diri :)

Tuesday, May 22, 2012

KAHKAHKAH !

Assalamu'alaikum !
hehee..
actually semalam ada terlihat 1 video ni..
tangan ni teringin sangat2 nak tekan share !
hahahaa..
tapi terbantut laa pulak niat tersebut..
sebab nampak ayah tengah online..
kang tak pasal2 ayah tanye kang !
apa nak jawab??
tegetaq2 lak kang..
mana tak nya..
video pasal kawin awal !
hahahaa..
ada yang kata..
share je laa..
pasal agama kan..
memang laa..
tapi dalam situasi saya skrg ni...
tidakkkk bolehhhh..
hahahaa..
so, baru tadi dapat share kan !
fuhhhh..
hahahahahahaa..
lega hati teman ni haa kome oiii...
nak tahu mak balas ape??
"betul le tu...tp kena abis blaja dulu ya...amboiiii..."
hahahaa..
mak kalau boleh nak saya sambung ijazah..
sbb hari tu die baca surat khabar..
tentang anugerah naib conselor tuu..
mungkin mak teringin nak saya jadi sebegitu..
InsyaAllah mak..
ain akan usaha kalau dapat biasiswa mak..
kalau tak dapat mak..
ain tak sambung mak..
PTPTN banyak nak bayar mak..
kihkihkih..
actually,sebagai anak,
yang sudah menjalinkan hubungan yang serius dengan seorang lelaki..
tak tahu macam mana nak explain..
nak kawin bukan sebab gatal ke miang ke..
tapi bila dah sayang..
pelbagai dosa2 kecil mahupun besar yang bakal dilakukan oleh pasangan2 yang sedang bercinta !
SMS, MMS dan pelbagai lg teknologi2 terkini banyak menyumbangkan zina hati !
tambahan pula sekarang ni kita berada di dunia akhir zaman..
dengan pahala yang tak seberapa..
dengan dosa yang menimbun banyaknya..
tidaklah pula saya sanggup menambahkan dosa saya lagi..
perkahwinan merupakan salah satu caranya..
untuk mengurangkan dosa,
menambahkan pahala !
yaaa...
penghalangnya adalah faktor belajar..
dan mungkin juga umur..
tak salahkan kalau nikah gantung?
tapi masalahnya pula,
kebanyakan ibubapa tidak tahu tentang istilah nikah gantung..
di Indonesia,
rata2 mengamalkan pernikahan ini..
mereka dinikahkan seawal 12 tahun !
ini kisah benar !
tapi mereka dibenarkan bergaul bebas dengan sesiapa..
sehingga mereka merasa puas..
dan bersedia untuk hidup sebumbung dengan lelaki yang menikahi mereka..
ini bagi mengelakkan berlakunya anak luar nikah..
tapi berlainan pula di negara kita..
kebanyakan ibubapa menggalakkan anak2 mereka kawin lambat..
mereka hanya melihat keburukan perkahwinan dari kebaikannya..
mungkin juga mereka tidak arif dengan perasaan..
atau pergaulan masa kini yang tidak sama seperti dahulu..
ada juga ibubapa yang terlalu memilih !
"kami nak menantu ade kete besoo"
"kami nak menantu dai keluarga datuk2"
pehhhh..
sape yang nak kawin sebenarnya ni???
hahahahaa..
untuk mengetahui lebih lanjut video tersebut..

sekian,
wasalam !

p/s : i love u makkkk

Monday, May 21, 2012

ALOLA ALOYA @ LOLA CARERRO

TADAAAA !!!
lalalalaa..
mempersembahkan... !!!
alola aloya a.k.a lola carerro... !!!
ia merupakan seekor kucing..
kucing jantan..
yang pada mulanya disangka betina..
berumur tak sampai setahun kucing..
berwarna putih alaa2 gebu2 kuchi2 gituu..
ada tompokan warna coklat2..
di tempat2 tertentuu..
mempunyai ekor, 
berkaki empat..
bermata dua..
dan berkuku tajam..
lagi? banyak sangat dah senarai ni...
kadang2 lola akan diserang sawannya..
berlari kesana kemari..
bagai nak gila..
penyakit ini hanya datang apa bila dia hendak membuang sesuatu dari perutnya melalui tempat tertentu..
mungkin dia mahu mengambik feeling !
hahahaa..
dia suka merasa dirinya hensem..
dan membuat gaya kacak !
seperti ini.....
dia juga akan mengioww2 sekira ternampak haiwan kegemarannya..
seperti cicak !
setelah kehadiran lola,
cicak2 dirumah kami kian pupus..
tiada lagi lipas, kumbang, ulat2 atau binatang2 perosak lagi..
semuanya akan dibelai2 oleh lola sehingga ke nafas yang terakhir !
setiap hari apabila aircond dibuka,
lola merupakan binatang pertama yang masuk tidur di bilik..
tempat kegemarannya ialah ditempat ayah tidur !
kadang kala,
sebelum tidur,
dia akan membuat "lovebite" pada kaki2 yang dia jumpa disepanjang perjalanan yang dia lalui di dalam bilik tanda kasihnya pada kami !
sungguh bahagia rasanya apabila digigit2 !
teringin sekali aku menggigit kembali !
seterusnya, lola suka curi2 minum air seperti ini..
mula2 tangan dicelupkan..
"emm, ssejuknya air ni"
bagi memastikan air tersebut tidak panas ! 
seterusnya...
minum !
jadi berhati2 dengan cawan anda !
next,
lola merupakan pengawal peribadi yang tak bertauliah !
sesiapa yang ingin ke dapur atau ke tandas,
pasti akan ditemani oleh lola..
perjalanan pergi dan pulang kami ditemani oleh lola..
ini membuatkan kami berasa
selamat, diperhati, dilindungi dan disayangi !
ahaks !
lola juga kadang kala rabun..
dia suka tengok tv secara dekat dan rapat !
kadang2 seperti ingin masuk ke dalam tv..
mungkin dia fikir orang dalam tv sedang bercakap dengannya..
lola juga sering membaca bersama2 kami..
seperti ini...
dan ini...
dia juga sering melakukan aksi2 seperti dirinya teraniaya..
seperti ini..
"ohhh.. kepala ku..."
antara kaedah tidur yang gemar dilakukan ialah...
emak kata mungkin lola mahu mengeringkan bulu dibahagian bawah badannya..
hmmm??
mungkin...
dan ini pula Lisa Lola..
partner kepada lolaa..
yang sering digigit2 oleh lola..
merupakan mainan kegemaran lola..
yaaa...
sentiasa tersenyum !

akhir kata.. sebusuk2 mana pun lola.. senakal2 mana pun lola.. lola tetap Romeo dihati kami ! hehehehee..

<3


Sunday, May 20, 2012

BIDANG YANG BERBEZA !

Assalamu'alaikum !
akhirnya..
bidang hidupku di dunia perakaunan !
Alhamdulillah..
mungkin rezeki saya di sini..
tingkatan 4 5, ambil aliran sains !
WOWWW !
ingat orang ambil bidang sains ni pandai2 ke?
saya tidak..
dalam kelas,
cuba memahami istilah2 sains..
ada jugak bertanya soalan..
tapi masih tak masuk2 otak..
hahahahaa..
mungkin otak ni mengatakan TIDAK untuk sains !
hahahaa..
lepas result SPM keluar..
bidang yang saya nak sangat2 !
veterina !
sebab??
saya nak merasa pegang harimau dan singa..
melencong sikit niat !
hahahaa..
tapi tak dapat..
poli pun mohon tak dapat..
semua tak dapat !
dapat SPA..
wahhh..
happy2..
die nak bg nurse,
yang tiada dalam senarai temuduga..
denagn lembutnya saya mengatakan tidak..
then, keluar rayuan politeknik dan uitm..
saya wat laa rayuan..
biar mak pilih bidang..
mak lebih memahami..
then,
mak suruh selitkan akaun dalam senarai tersebut..
Alhamdulillah dapat utk politeknik..
bidang akaun..
dari sains ke akaun..
payahhhh..
susahhh..
tak tahu apa2..
teruskan jua..
Alhamdulillah..
sikit demi sikit minat timbul..
dorongan dari keluarga dan yang tersayang..
membuat saya sampai ke tahap ini..
mampu bertahan sehingga kini..
walaupun zero tentang akaun,
dorongan2 dari mereka,
membuatkan saya terus berfikiran positif !
setiap perjalanan ada jatuh bangun..
turun naik..
itu semua takdir..
saya sudah berusaha sehabis daya..
dengan hasil usaha sendiri..
dengan bantuan dari Allah, keluarga, tersayang..
sahabat..
dan rakan2..
Alhamdulillah..
mungkin keputusan sem ini agak menurun..
tapi family masih mengukir senyuman..
berbangga dan gembira..
menerima seadanya..
tak kira apa jua keputusannya..
mereka tetap disamping saya..
untuk terus memberi sokongan !
TERIMA KASIH :')

Thursday, May 17, 2012

MOTIF PASANGAN?

Assalamu'alaikum !
sejak akhir2 ni, selalu jugak mata ni lihat,
budak2 "muda"
teramat muda..
ber "couple" ..
kadang terfikir,
apa motif mereka berpasangan ni?
sebab kalau dilihatkan dari segi luaran,
lelakinya, tidak menunjukkan ciri2 tanggungjawab,
adakah bersandarkan pada paras rupa?
ade setengah mukanya, 
faham2 sendiri lah kan..
kalau hensem?
dah tua berkedut sana sini juga..
tapi tak paa..
masih berfikiran positif..
mungkin hatinya baik..
sifatnya baik..
tapi bila dilihat lama2..
perangainya hampeh !
mungkin juga bersandar pada ke"gangster" an mereka?
hahahahaaa..
cetek sungguh pemikiran..
kemana sajalah ke "gangster" an mereka tu?
taksub sangat..
"wehhh koranggg... pakwe i kan.. die kan.. kumpulan tu kan.. u ade?"
dah tua, nak angkat tong gas pun belum tentu mampu kome oiii..!
kalau berdasarkan wang ringgit..
hey, helloooo..
tu duit parent..
time muda2 nak keluar dating pun parent bagi duit..
nanti dah kawin takkan parent die nak bagi duit lagi kan?
idakknye mau parent bagi duit dah komeee..

kesimpulannya..
motif berpasangan ni,
bagi saya lahh..
untuk membimbing kita ke jalan Allah..
untuk memimpin kita ke pintu syurga !
haaa.. nak tak masuk syurga??
jadi, fikir2lahh..
bagi perempuan,
kita mencari pasangan yang boleh mengimamkan kita..
yang bertanggungjawab..
so, kepada adik2 lelaki yang diluar tuu..
apalah sangat rambut pacak2.. berwarna warni bak pelangi..
pakai celak, tindik sana sini..
baju carik sana sini..
jalan geng ramai2..
hembus asap rokok..
cakap tengking2..
tak hormat orang tua..
bahasa kasar..
korang ingat korang habis hensem laaa...???
idak le pula saya terdetik dihati nak dengki2 aihhh..
sebab saya ni perempuan..
nak dengki apanya kan?
hahahaaa
ini pandangan saya sebagai seorang perempuan..
kalau laa saya bawa adik2 ni,
pergi tunjuk kat 10 orang makcik2 yang mempunyai anak perempuan,
sorang pun belum tentu nak tau..
renung2kan lahhh..
ye?
apa yang makcik2 nak?
nak yang sopan..
rupa takdek pun takpaa..
asalkan sopan..
bagi yang ada rupa tu, Alhamdulillah..
satu kelebihan buat anda..
yang berpelajaran laa kan kalau boleh..
tak tinggi pun tak apeee...
asalkan bertanggungjawab..
yang paling penting beriman orangnya..
tak cukup iman?
solat 5 waktu penuh?
puasa penuh?
haaa...
dah cukup syarat dah tuu..
iman boleh dipertingkatkan lagi kan dik?
mungkin ade setengah adik2 lelaki akan cakap..
"alahhh kak, saya bukan nak kawin lagi pun"
hellooo..
ade je kes budak umur 13 14 15 yang mengandung luar nikah ye adik2..
takkan dorang mengandung tiba2 je..
esok pagi bangun,
"ehhh.. dah mengandung laa.."
tak da ye adik..
melainkan Mariam saja yang Allah jadikan begitu..
so, persiapkan diri ye adik2..
dunia zaman sekarang ni semakin mencabar,
banyak dugaan dan godaan..
jadi, renung2kan dan selamat beramal :)
wasalam !
peace yawww ! :D

Wednesday, May 16, 2012

FOLLOW

HAHAHAHAAA..
saye sudah follow aida sofea punye blog !
habis laa kau aida..
akan ku baca semuanya !
WAHAHAHAHAHAA..
akan ku jadi reporter kepada emak..
dan akan ku bebelkan segala pendapatku,
ke telingamu !
WAHAHAHAAA..
cuak tak??

Monday, May 14, 2012

KERJA

Assalamu'alaikum !
baru dapat masa nak meng update entry !
fuhhhh...
orang cuti2 duk relaks..
jalan sini sana..
tapi lain pula dengan saya..
cuti tolong mak ayah niaga..
serius,
penat gila !
selalu hari ni kerja,esok cuti..
tapi kali ni,
nak dekat seminggu,
tiada cuti !
sebab pekerja2 ayah sakit..
so, saya la menggantikan mereka..
dapat merasai penat lelah ayah emak..
sehari saya dapat rm25 or rm30..
rasa duit tuu begitu bermakna !
hasil usaha titik peluh sendiri..
bagi yang tak tahu latar belakang keluarga..
yang hanya melihat kesenangan yang keluarga kami dapat,
disebalik kesenangan ada kesusahan..
kesenangan yang diperoleh, tidak terselit dari unsur2 haram..
sendiri faham laa ye..
orang sekitar yang melihat akan berkata,
elehh.. orang kaya..
kereta banyak, moto ada lori ada..
itu ada ini ada..
tapi tahukah dari mana datangnya semua tu?
dari hasil usaha penat lelah hujan panas yang terpaksa diharungi..
sesetengah orang mungkin tak merasa..
mereka kerja didalam bangunan..
tak merasa ditiup ribut..
tak merasa duit yang dikais dicuri orang..
tak merasa kenderaan rosak dalam perjalanan pergi mahupun pulang..
ada juga sesetengah orang gaji bulanan, tau mingguan..
sedangkan keluarga kami gaji harian..
sehari tak bekerja, tiadalah duit masuk..
walaupun mempunyai surat sakit dari hospital kerajaan sekali pun..
tiada gaji untuk kami !
yeahhh..
oleh itu,
duit gaji yang saya dapat dari mak dan ayah,
disimpan rapi..
akan ku semat di dalam bank !
hahahahahaa..
dengan bekerja,
badan menjadi semakin kurus !
peluh2 halus,
bukan halus lagi dah ! hahahaa..
mencurah2 umpama air terjun !
dek bahang api..
kiri kanan dan belakang !
tu baru api dunia.. Allahuakhbar !
nasib baik,
dengan khidmat deodoran,
tiada bau badan !
hehehee..
tak kesah lahhh...
mudah-mudahan,
rezeki sentiasa ada untuk keluarga kami !
aminnnn...

Monday, May 7, 2012

CUTI2

Assalamu'alaikum !
yes..
saye dapat cuti 2 bulan..
tapi tak tahu nak buat ape..
kadang2 tolong ayah niaga..
ayah bagi upah.. huhuhuu..
syok..
makan free.. 
transport free..
yang kedua..
main game !
ni memang kegemaran !
nak berjalan2 tak boleh sangat..
kereta epa pakai..
haduiii..
kebanyakan aktiviti yang saya lakukan ialah,
melayan lolaa..
bagi lola makn..
minum..
berak..
anyway,
cadang nak belajar masak..
tapi mak niaga..
kalau ley nak mak duk rumah 24jam !
hhehehehe..
semata2 nak ajar saye masak??
mesti mak hangin punye laa dengar permintaan ni !
hahahaaa..
tapi kene jugak buat macam tu !
nak macam tu jugak !
banyak yang nak belajar nie..
air tangan mak sodappp...
huhuhuu..
sebelum mengakhiri entry kali ni..
yeahhhh !
watch this !!!
gambar lolaa gedik !

 ni budak yang suke curik2 minum air orang !
hahahahaa..
terkantoiii...
 ni budak yang suke menganggu orang nak sidai baju !

ye.. itulah Lola Carero saye !
comey comey comey !

Saturday, May 5, 2012

KOMUNIKASI

Assalamu'alaikum !
hari ni nak cerita pasal komunikasi..
sebenarnya komunikasi saya agak FAILED..
hahahahaa..
serius !
terutama dengan orang yang tak berapa nak kenal..
terjumpa dengan senior seangkatan..
die nampak saya..
saya nampak die..
dengan pantas perhatian dikalihkan !
nampak tak??
mesti laa tak nampak !
hahahahaa..
bukan sekali dua buat macam tu..
banyak kali..
wuwuwuwuwuwu..
mesti die kata
"sombong gile aih minah nie.. kerek je.. baru junior"
pehhh..
makan dalam laa kan kalau die cakap camtuu..
serius..
tak reti nak tegur orang..
nak senyum,
tapi senyuman tak terukir..
ntah laa..
macam kene kunci..
so kepada anda2..
jumpa saya..
anda senyum dulu ye..
then baru saya senyum and tegur..
heheheheee..


p/s : sorry laa senior2..

lalalaa :)