Tuesday, December 6, 2016

BEBAS DARI SIMEN

Asaalamualaikum!

4/12/2016 genap 3 bulan aku kemalangan. Dan bersimen kaki dan tangan.

6/12/2016 semua simen2 dah tiada kat mana2 anggota tubuh badan ni. Sumpah, lega gila! Hahaa.

Antara patah tangan dan patah kaki, patah tangan lebih cepat sembuh (perbandingan antara jenis patah yg sama, macam aku ni, patah tebu je). Tangan aku ni dalam sebulan lebih je bersimen. Kaki? Tiga bulan kauuuu..! Bulan pertama full bersimen. Bulan ke 2 dan ke 3, separuh je, dan ade tapak untuk aku menapak.

Untuk bagi cepat sembuh, tips2 yang aku dapat dari doktor, buatlah ape2 yg boleh lancarkan perjalanan darah ke bahagian yg sakit tu. Contohnya, tuam dengan air panas, urut2 sikit, banyakkan pergerakan secara perlahan dikawasan berhampiran dengan tempat sakit tuu.

Dari segi mental, mmg kena kuat. Bulan pertama mmg rabak! Haha! Bulan ke 2 mcm boleh terima dah. Bulan ke 3 aku positifkan otak aku ni yang semua masalah dalam dunia ni memang akan selesai, cuma masa je yg menentukannya. So, kita just imagine yg saat tu akan tiba, dan kita akan bahagia. Hahahahaa. Nampak mcm ntah pape je, but its work you know. I do it every time, masa kat u, trutama minggu yg nak dekat exam.

So now, boleh start semula aktiviti2 setiap hari dengan normal.

lalalaa :)