Saturday, May 31, 2014

IJAZAH

Sejujurnya, aku tak pernah terfikir pun nak sambung belajar ke peringkat ijazah.
Fokus aku lepas habis belajar,
cuma nak cari kerja untuk pengalaman.
Then, berhenti if dapat offer yang lebih baik.
Dapat laa ringankan beban mak ayah sikit.
Itu sahaja.

Tapi sekarang,
jasad aku dah ada di U, tujuan aku untuk belajar.
Dan itu kehidupan aku sampai 2016, maybe?

U dan poli, jauh bezaaaaaa~
Beza yang amatttt amatttttt berbezaaaaa~
kalau kat poli, mengeluh, kat sini aku supperrr dupperrr mengeluh !
hahahahaaa.
aku rasa menyesal sebab tak bersyukur masa belajar kat poli dulu.
aku rasa kehidupan Dip susah.
nak study susah. 
semuanya susah!
bila masuk U,
haaaaa... baru tahu nak bersyukur!

Sekarang minggu terakhir sebelum exam.
Kalau kat poli, ada study week.
Kat sini jangan harap lahhhh.
Even study day pun takde!
Dapat pensyarah yang rajin, esok nak final, hari ni still ada kelas.

Kalau kat poli, 5 final paper dah terasa berat, 
tu lahh yang paling berat nye pun!
tapi sini, 5 final paper, tu kira yang paling sikit!
6 final paper, tu dikira normal.
tak de subjek yg penilaian berterusan.
Semuanya ada final.
SEMUANYA!

Kalau nak cerita pasal pensyarah,
kat poli, anytime boleh pergi bilik pensyarah,
pergi kaunter cakap nak jumpe pensyarah sekian sekiannn,
terus dapat jumpa if pensyarah ada kat situ.
Sini?
Jangan nak mimpi lahh.
Nak cari bilik pensyarah pun punya lah susah!
Nak jumpa pensyarah kena buat appoinment.
kalau tak buat, memang kau takkan nampak muka dia,
sebab dia busy memanjang.

Dan untuk semester pertama aku,
aku tak target tinggi2 untuk result aku.
Aku sendiri pun tak dapat bayangan tentang result aku.
3.00 keatas pun aku dah bersyukur ya amat!

Redha dan pasrah je nihh.
tak sabar nak balik rumah!
Waaaaaa~

lalalaa :)