Saturday, September 14, 2013

BUAT RAKAN2, APATAH LAGI SAHABAT :)

Dalam hubungan jenis ini,
aku tak boleh nak all out.
aku hanya seorang kawan / sahabat,
yang tak berapa nak berharta,
yang tak berapa nak romantis2 gituu,
aku tak reti nak ucap kata2 magis !
terima kasih, aku sayang hang, minta maaf,
memang kau takkan dengar perkataan ni keluar dari mulut aku,
atau pun aku tulis untuk kau.
melainkan kita dah berjauhan !
kejam kan?
hahahahaaa.
memang aku kejam !
entah laa.
orang kata, rugi kalau tak buat tu semua.
tapi,
aku ni spesis manusia yang malu yang amat !
so, harap korang2 semua mengerti akan kekuranganku ini.
dan aku,
aku tak mampu nak bagi apa yang kau HENDAK / MAHU kan,
aku cuma mampu berikan apa yang kau perlu :)
aku pun, bukannya golongan berharta.
duit yang aku guna sekarang,
hasil duit ptptn yg aku jimat2kan,
dan hasil duit aku kerja dengan ayah.
tapi,
aku memberi sedaya yang aku mampu.
dan, aku amat2 menghormati korang2 semua.
mungkin aku tak faham korang,
tapi aku cuba untuk memahaminya.
bagi aku,
dalam hubungan ni,
ada beberapa perkara yg penting,
yang sangat2 aku ambil kira,
menghormati, memahami, mempercayai & memaafkan,
and benda ni mesti berlaku antara kedua2 pihak.
baik aku, mahupun korang.
amat2 penting !
dan tipu lahhh kalau aku katakan,
aku tak kesah kehilangan.
memori tu tetap ada, kan?

#p/s : general bebehhh. but still, untuk anda yg rasa itu diri anda <3 span="">

Monday, September 2, 2013

AYAH & EMAK :')

ayah dan ibu, ayah dan ibu, itu lah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari..

lirik lagu yang berputar dalam minda sewaktu menaiki motor, pulang ke rumah sewa.
sayu hati.
tiap kali tengok urat2 yang timbul di tubuh mereka.
sebak !

aku anak yang serba kekurangan.
sangat2 serba kekurangan.
tapi aku tahu,
mak ayah aku juga bukan ibu ayah yang sempurna,
mereka serba kekurangan.
aku cuma berharap, dengan kehadiran aku dan adik2,
dapat menyempurnakan hidup mereka yang bersisa.

dan satu yang aku pegang,
seburuk2, sejahat2 & yg sewaktu dengannya, seorang ibu bapa tu,
mereka tetap ibu bapa kita,
yang wajib kita turuti patuhi setiap arahan dan tutur kata mereka.
(kecuali kalau salah disisi agama.)
kalau difikir2kan,
dari kecik hingga besar,
setiap salah laku kita, buruknya kita,
mak ayah tetap sabar dan tempuhinya.
almaklumlah, setiap kesalahan yang anak lakukan,
orang takkan kata anak yang salah,
tapi ibu bapanya yang dipersalahkan.

setiap apa yang aku dan adik2 nak,
jarang ditolak,
semua dituruti !
pengorbanan mereka memang tak mampu aku bayar.
memang aku takkan mampu !
hanya doa yg aku kirim kan disetiap sujudku.

cuma sejak kebelakangan ni,
aku terfikir,
mak ayah aku bukannya muda,
mereka takkan sentiasa muda.
mereka dah tak mampu dan tak berdaya,
walaupun mulutnya masih mengatakan mereka mampu.
itulah ibu ayah,
yang kadangkala 'menipu' untuk membahagiakan hati anak2 mereka.

sejak kebelakangan ni,
aku acap kali terdengar cerita2 sayu pilu,
dari rakan2 yang kehilangan mak ayah.
cuma aku terfikir,
mampukah aku hidup tanpa mereka??
aku tak cukup kuat lagi nak hadapi dugaan tu !
aku tak mampu nak jaga keluarga tanpa mereka.
aku tak kuat.
tolong tunggu !
tunggu aku kuat untuk hadapi situasi itu suatu hari nanti.
tolong tunggu !
beri ruang untuk aku berbakti kepada mak ayah.
biarkan mereka merasa setitik kebahagian dari aku.
aku tahu, kebahagiaan yg aku beri,
takkan pernah sebanyak yang mereka berikan pada kami.
terima kasihhh.

lalalaa :)