Saturday, September 14, 2013

BUAT RAKAN2, APATAH LAGI SAHABAT :)

Dalam hubungan jenis ini,
aku tak boleh nak all out.
aku hanya seorang kawan / sahabat,
yang tak berapa nak berharta,
yang tak berapa nak romantis2 gituu,
aku tak reti nak ucap kata2 magis !
terima kasih, aku sayang hang, minta maaf,
memang kau takkan dengar perkataan ni keluar dari mulut aku,
atau pun aku tulis untuk kau.
melainkan kita dah berjauhan !
kejam kan?
hahahahaaa.
memang aku kejam !
entah laa.
orang kata, rugi kalau tak buat tu semua.
tapi,
aku ni spesis manusia yang malu yang amat !
so, harap korang2 semua mengerti akan kekuranganku ini.
dan aku,
aku tak mampu nak bagi apa yang kau HENDAK / MAHU kan,
aku cuma mampu berikan apa yang kau perlu :)
aku pun, bukannya golongan berharta.
duit yang aku guna sekarang,
hasil duit ptptn yg aku jimat2kan,
dan hasil duit aku kerja dengan ayah.
tapi,
aku memberi sedaya yang aku mampu.
dan, aku amat2 menghormati korang2 semua.
mungkin aku tak faham korang,
tapi aku cuba untuk memahaminya.
bagi aku,
dalam hubungan ni,
ada beberapa perkara yg penting,
yang sangat2 aku ambil kira,
menghormati, memahami, mempercayai & memaafkan,
and benda ni mesti berlaku antara kedua2 pihak.
baik aku, mahupun korang.
amat2 penting !
dan tipu lahhh kalau aku katakan,
aku tak kesah kehilangan.
memori tu tetap ada, kan?

#p/s : general bebehhh. but still, untuk anda yg rasa itu diri anda <3 span="">

No comments:

lalalaa :)