Monday, December 24, 2012

PUTERI KU SAYANG :)

My fav song ! tak tau kenapa.. maybe liriknya.. aku kalau dengar lagu, aku dengar rentak bahagian korus, then aku hayati lirik.. tapi untuk lagu ni aku suka rentak korus & liriknya.. sentiasa mengingatkan aku agar sentiasa menjaga maruah diri sebagai muslimah.. insyaAllah.. banyak pengajaran sebenarnya dalam lirik ni.. amat2 membantu dalam membina motivasi & semangat dalam diri.. so, enjoy ! ;)
( 1 )
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

( ulang 1 )

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

( ulang 1 )

Saturday, December 22, 2012

SEM 5 !

Alhamdulillah.. mood belajar sedang berkumpul & meresap dalam diri ! 
vrommm vrooommmm vroommmm...
sem ni agak berat sikit..
ada 4 final..
financial acc 3, tax, audit, n management acc..
2 daripada 4 subject tu ramai orang repeat !
tak tau laa camne nak hadapi !
wat masa sekarang, duit untuk beli buku pun lebih kurang rm300 !
warrrggghhhhh..
ptptn, sila lah masuk cepat !
poli agak berbeza dgn u, kami dapat ptptn lambat..
sadis kan???
redha je laaa..
sem ni kne pegang jawatan..
taktau laa macam mana pengurusan masa nanti..
sebab aku memang malas nak pegang jawatan !
bukan bermakna aku pasif,
tapi aku lebih suka menyertai berbanding menganjurkan..
but, it's okay, aku anggap ini 1 cabaran :)
but now,
aku rindu saat2 praktikal !
waaaaaa..
memang i lup mapa glup laaa..
hahahahahaaa..
sampai termimpi2 !
tapi takpe, 
1 hari nanti akan ku jejakkan kaki ku ini disana..
chewahhhh..
hahahahaa..
i think maybe i will..
sebab aku pun ade project nak kene wat..
so aku pilih mapa sebagai salah satu tempat,
yang bakal aku wat survey..
serius, tak sabar gile !
hahahahahaaa..
rindu semua !
pastu kalau nak cakap pasal rumah sewa..
aku sangat sangat sangat double triple suka dan puas hati !
walaupun bilik kecik,
tapi selesa sangat3 !
ruangan bilik je kecik, tapi yang lain2 semua besar dan luas !
bilik air, okeyh !
dapur okeyh !
halaman rumah okeyh..
tempat sidai baju okeyh..
perkakas perabut peralatan rumah semua okeyh !
buat masa sekarang, tiada nyamuk yang menggigit..
tiada tikus yang memeluk kaki, yang mengokak maggi !
semua kipas siling !
i loike !
tidur pun selesa..
aku suka sangat..
hope semuanya berjalan dengan lancar !
mudah2an..
aminnnn...

p/s : hope mapa ada kerja part-time di bahagian acc dept ! hahahahaa.. time cuti boleh kerja sana.. "kalau lahhh ada"
 
 

Tuesday, December 18, 2012

TODAY

Sekarang taktau nape, aku dah mula rasa nak mematang kan diri sendiri..
aku nak belajar utamakan diri aku sendiri..
kalau boleh elakkan selfish..
akan cuba berfikiran positif..
apa2 yang berlaku,
pahit, sedih, kecewa..
try untuk tukar kepada bentuk positif..
try to stand alone..


*reminder for my self only !

Sunday, December 9, 2012

MAPA GLOVES LAST DAY

PERMULAAN..
bulan-bulan permulaan aku kat MAPA,
aku rasa lonely, takde geng..
then, jumpa Guba..
mula sekepalaa dan menggila dan mula kenal sifat masing2..
then, berkenalan dengan pekerja2 akaun MAPA..
okeyh la, mula2 aku nak cerita pasal 1st impression about them ! kihkihkih..
kita mulakan dengan manager account !

En.Yunus, muka nampak garang ! macam kacukan berjenis2 kacuk ! hahahaa.. gurau2..
beliau sangat tegas ! memang takut dengan beliau.. lepastu ternampak gambar beliau dulu2,
bermisai ! sesungguhnya beliau tampak lebih kemas handsome dan macho jika tidak bermisai !
lama2 kenal, friendly jugak En.Yunus nihh.. maybe En.Yunus garang bersebab, sebabnye? nak jaga pekerja2nya dari dibuli oleh department2 yang lain.. sebab aku rasa department lain takut dengan department acc pun sebab ade En.Yunus.. kan?? hahahahaa

En.Risaudin a.k.a En.Din.. ni supervisor department acc.. rendah2 sikit, tapi still lagi tinggi dari aku.. comel2 bolat2.. hahahaa.. aku rasa En.Din lagi comel macam sekarang daripada En.Din kurus.. dan dia sesuai tak bermisai, baru nampak muda.. hohohoo.. Mula-mula En.Din ni diam je.. tak banyak cakap.. aku tak pernah nampak muka die berkerut.. cool je orangnye.. datang laa 1000 masalah pun, die handke macam makan roti je.. hahahaa.. lama2 kenal, serius, kelakar gila ! haa, aku ade 1 persamaan dengan En.Din.. persamaan?? jeng3.. hobi ! kumpul duit..

En.Mi lak, taktau nak komen apa pasal En.Mi.. yang pasti, En.Mi ni friendly, tanya je ape kau nak, semua dia boleh jawab ! ohh, lupe, En.Mi digelar 'Duta' department kami.. dan dia juga digelar romeo ! sebab ape ek? lupe laa.. maybe sebab rambut a.k.a k-pop rasenye ! hahahaa.. pesanan kepada En.Mi, jangan curang ! jangan botakkan kepala ! jangan lupa report kat ain kalau kak siti dah pregnant ! hahahahaa.. pastu jangan lupa copy paste kat ain apa yang patut ye..

pastu En.Mat lak, si penyelesai masalah.. hahahaa.. ade problem dengan IT? boleh minta nombor kat aku keyh ! hahahahaa.. En.Mat penuh dengan idea2 yang unik.. lepas tu, aku rasa die suka main game ! sebab aku tengok dari segi bunyi2an yang dihasilkan.. dari gerak geri dia melakonkan sesuatu pergerakan seperti berlari, berjalan dan bergerak seakan2 robot, seakan tengah bermain game ! hahahahaa.. banyak sengat aku berfikir nihhh.. tahap kritikal nihhh.. hahahaa..

 seterusnya kak siti nasuha a.k.a tiz nasuha.. kecik2 molek pendek2 sikit.. hohohoo.. 1st impression, kak siti macam tak selesa dengan aku.. ke perasaan aku je? hahahaa.. tapi tak kenal maka tak cinta ! kak siti ni peramah orangnye, kadang2 kelakar pun ade, macam2 idea yang die ade, ade je perkara yang boleh di pokpekpokpek dengan kak siti.. kak siti selalu berpokpek2 berlawan mulut dengan En.Mi, En.Mi pulak suka menyakat kak siti.. hahahaa.. dan kak siti di sokong oleh Kak Gauri, dan kadang2 di sokong oleh semua department acc, bersama2 bersatu menentang En.Mi.. memang seronok ar time tuuu.. En.Mi terkelu terkedu terkesima, semua ada.. hahahaa.. pastu, kak siti dah kawin.. hope cepat2 laa mengandung.. tak sabar nak tengok baby kak siti !

next is, Kak Gauri.. mula2 kena tegur, silap filing.. hohohoo.. garang wooo.. tapi lama2 kenal, tak laa garang pun sebenarnya.. kalau kena marah pun, memang patut pun, sebab salah sendiri kan.. pastu kak gauri suka bagi advice.. dan aku memang suka mendengarnya.. hahahaa.. macam seorang guru mengajar anak murid ! lepas tu, kak gauri warna kuku, aku suka tengok warna2 kat kuku dia.. sebab sebelum ni, aku ade cikgu indian, yang suka warna kuku.. macam2 warna dia letak.. so aku suka perhati.. hohohoo..

pastu kak santraa.. mula2 aku tengok kak santraa, diam je.. pendiam agaknya.. tapi tak laa pendiam sangat.. kak santraa suka kacau En.Mi.. pastu kak santraa pun boleh dikira problem solving jugak.. ada problem pasal kereta atau tanaman atau asignment berkenaan acc?? boleh hubungi beliau ! hahahaa.. idea kak santraa boleh dikira bernas jugak.. lepas tu aku selalu dengar caller ringtone kak santraa.. sampaikan ade 1 lagu tu memang aku hafal, walaupun bahasa tamil..

tu pasal department aku, ni aku nak cerita sikit pasal departmen sebelah, deparment sales.. 1st sekali kak ana, terima kasih banyak2 sebab bgtau pasal MAPA.. kak ana ni merupakan kakak saudara aku.. baik orangnya.. ramah.. hope lepas ni hubungan silaturahim antara family aku n dia lebih akrab ! hehehee.. pastu En.Ram, baik orangnya.. tapi tak dapat sembang banyak, sebab department sebelah kan.. di pisahkan oleh almari.. lepas tu abg Deva.. haaa, abang Deva ni serius kelakar ! hahahaa.. ade je idea dia nak usik orang ! mempunyai janggut tapi tak mempunyai misai.. abang deva dulu masa muda2 handsome wooo.. dah tua, handsome 50% je laa.. hahahaa.. jangan marah je abang Deva.. pastu kak Jean, betul ke eja? takpe laa.. asalkan faham kan.. apa yang aku boleh ingat pasal kak Jean ialah, gelak dia, and cara dia panggil abang Deva 'gundu' ! hahahahaa.. pastu kak vithya, terima kasih sebab ajar ain n guba ye.. jasamu dikenang ! :)

dan last day aku kat sana, hanya ada En.Mi dan kak siti je :( wuwuwu.. memang sedih nak tinggalkan MAPA.. banyak kenangan.. tapi aku taknak nangis2 masa last day.. aku taknak everything just tamat macam tu je.. kita semua still boleh contact2 kan? FB kan ade.. huhuhuhuu.. Sebak ! rasa nak kerja situ buat selamanya ! waaaa 1 kalau laa boleh ! hmm.. tu je laa kot.. nanti nak buat reunion lah ! :D wajib join aaaa.. sape tak join, ain potong gaji ! hahahahaa.. tq 4 everything :)

Saturday, December 8, 2012

KALI KEDUA !

Aku tak tahu apa yang para lelaki inginkan dari seorang wanita..
aku memang tak faham !
nak sangat aku guna alat doraemon !
yang boleh baca minda orang, tapi aku nak lagi advance !
aku nak baca hati seseorang tu..
aku nak tahu sangat niat seseorang lelaki terhadap seorang wanita..
bukannye ape, aku dah terkena buat kali KEDUA !
alasannya, BERGURAU..
kemonnnlahhhh.. alasan tu terlalu cikai you know, cikai !
aku tau aku ni balajar tak laa tinggi mana pun..
tapi jangan laa anggap aku ni bodoh sangat..
nak kata aku queen control, aku tak kesah sangat kau bergaul dengan wanita yang lain..
tapi ayat yang kau gunakan tu, sangat macam tak macam kawan !
faham tak???
boleh nampak sangat niat kau !
aku punye laaa gerammmmm !!!
rasa nak DUSHHHH3 !
EEEEEEEEE!!!!!!
ikutkan hati, nak je aku khabarkan satu dunia tentang kau !
geram tau tak, geram !
kepada yang mengenali diri,
tolong laa hempuk kepala aku sampai aku hilang ingatan !
aku taknak ingat pasal dia, kalau boleh taknak kenal !
dugaan... dugaan... DUGAAN.....
SABAR AIN SABAR !
Allah dah bukak mata aku, tapi hati aku still tak berganjak !
kenapaaaa??? whyyyyyy???
sedihhhhh...

P/S : kepada rakan perempuan aku, tq kerana masih ingat aku, terima kasih kerana semangat setiakawan mu, atau mungkin sebab semangat2 yang lain.. hahahahaa.. terima kasih tak tikam aku, terima kasih sebab memahami hati seorang wanita :) hanya Allah yang mampu balas..

Friday, December 7, 2012

SEHARI SEBELUM

Sehari sebelum tamat praktikal.. 
hari ni laa tuuu.. hari Jumaat, 7/12/2012..
sesungguhnya aku amat tidak mahu tamat !
aku penat belajar..
boleh tak time aku taknak belajar, aku boleh bekerja..
bile aku boring kerja, aku nak belajar..
boleh takkkk???
macam tak je kan???
nak jugakkkk macam tuuu !
waaaarrrrgggghhhhh !
dan aku tak tau macam mana nak ngadap hari esok !
sangat2 tidak tahu !
boleh tak kalau hari last tak de 'banjir'?
boleh tak kalau hari last muka semua happy?
aku bukannya nak pergi mati..
waaaarrrgggghhhhh !
haaa !
cakap pasal mati, korang terasa ape2 tak petang tadi??
ape yang aku perasan petang tadi, aku ni cun ! kahkahkah !
takkk3, ni serius, petang tadi kat ofis hujan ais berbatu2 !
pastu aku dan k.siti dengar air kat atap mengalir2..
dah laa sebelum ni aku dengoo citye pasal hantu mandi kat situ !
seram aku !
pastu atap tu terus bocor !
langit kat luar gelap gelita !
dah laa hari ni hari jumaat..
aku risau kiamat !
melalut kan pemikiran aku???
tapi serius, aku rasa macam malaikat maut berada dimana2..
fuhhhhhh..
 *tergantung*

p/s: kenapa mesti besok???

lalalaa :)