Assamualaikum.
Alhamdulillah hari ni berkesempatan nak berblog. Padahal banyak je masa. Hahaa. Kali ni nak sambung pasal pengalaman aku yang patah tulang ni. Aku tak spesifikkan tulang apa sebab bukan patah 1, tapi dua. Tangan kiri dan kaki kiri aku ni yg patah. Tangan kat bahagian pergelangan, kaki kat tulang kering tu.
Patah tulang ni memang sakit. Terutama bila kau nak bergerak. Macam yang aku cerita kat entry yang lepas. Berapa banyak kali aku menangis sebab nak buat pergerakan. Tambahan pula aku ni perempuan, memang tu je lahh kerja aku. Menangis. Hahaa. Dan lagi 1, menjerit. Hahaa.
Seriously sangatlahh terseksa. Aku tau, kecederaan aku ni tak berapa nak serius. Ada yang lagi serius dari ni, yang koma, yang cedera organ dalaman, yang kena masuk besi tu. Tapi still, terseksa. Mental aku terseksa. Rata2 yang patah tulang ni (kes yg x serius) akan patah dibahagian pinggang kebawah, takpun, pinggang ke atas. So, bagi pinggang ke bawah, boleh bersilat guna tongkat untuk bergerak. Bagi yang patah pinggang dan ke atas, kaki masih sihat untuk bergerak. Tapi aku???? Nak pkai tongkat tak boleh. Berkerusi roda tu pun, memang nak kena dukung untuk duduk atas tu. Even nak duduk sebab dah penat berbaring pun aku dah tak mampu, kena minta bantusn orang lain. Serius, aku frust gilaa.
Aku bertambah frust bila aku ni menyusahkan mak aku. Minggu pertama tu, tiap2 hari, tengah malam dan maghrib aku akan nangis sebab sakit. Terutama kaki, sebab kedudukan kaki tak betul. So bila mak aku nak betulkan, aku akan menjerit, sebab sakit yang amat. Ok, maybe laa tak sakit sangat. Tapi aku ni jenis tak tahan sakit, so memang aku akan jerit dan menangis. Paling seksa bila dorang nak alihkan aku dari katil ke kerusi roda. Maaflahh kepada jiran2 andai suara aku yg merdu ni dah mengganggu ketenteraman. Memang aku menjerit. Mak aku pun frust, sebab dia taktau aku nak kaki aku ni dalam keadaan macam mana. Aku pun sebenarnya taktau kaki aku nak macam mana. Kalau tangan aku ni elok dan tak bersimen, memang aku dah buat sendiri. Faham tak perasaan aku macam mana?? Aku frust dan menangis lagi dan lagi.
Bab toilet. Aku memang tak pergi toilet. Segala2nya diatas katil dengan menggunakan pampers! Sapa yang cuci?? Mak aku. Sebab aku tak mampu nak tukar sendiri dengan sebelah tangan sahaja. Aku tak mampu. Bab makan, gagah lagi laa guna sudu. Air guna straw.
Minggu pertama tu memang aku akan menangis tanpa sebab. Aku menangis sebab aku nak nangis. Macam ada satu beban dalam hati ni, yang hanya boleh dilepaskan dengan menangis. So if korang berada dalam situasi yg sama macam aku ni, just menangis je k. Lepas nangis, akan rasa lega sikit dan rasa bersemangat nak sembuh. Kadang2 aku nangis sebab tengok orang sekeliling aku berjalan, baru lepas mandi, makan dengan tenang, tido dengan tenang, dapat pegang2 kucing, tapi aku tak dapat buat macam tu. Sedihhh. Serius sedihhh.
Dan kalau boleh waktu2 ni, orang2 rapat dengan aku memang tak boleh sakitkan hati ni. Alhamdulillah. Family aku memang jaga aku betul2. Terutama emosi. Layankan je semuanya. Kalau aku nangis, dorang bagi kata2 semangat (mak aku) ataupun kata2 yang panas dan menyentap jiwa (adik2 aku). Ayah aku?? Belikan makanan kesukaan aku. Hahaa. Tolonglahh. Doakan aku makin kurussss. Hahaa. Serius, orang2 yang rapat memang memainkan peranan yang penting.
Ok. Cukuplahh setakat ni dulu. Nanti aku boring aku sambung balik. Untuk santapan mata, tataplahh gambar di bawah untuk senaman pipi dan mulut.
16 comments:
sabar ea awak saya pun girl dari 16.7 raya haritu exident smpai la skrng patah kaki tulang tibia kaki kiri , masuk besi . bulan ni je dh 3 bulan , tongkat pun dh boleh pakai sebelah je insyaallah dh boleh lepas terus nanti apa apa pun awak kene banyak bersabar mmg dugaan ni semua laki awak patah tangan susah nak buat apa apa tpi insyaallah semuanya akan sembuh . doa banyk banyak ya . 😊 semoga cepat sembuh
Mazleen blh hubungi saya kerana saya ingin tahu perkembangan dan pengalaman semasa patah kaki yg awak alami. Coz saya juga mengalami patah d bhgn yg sama 8 minggu lepas. Hubungi saya d laila3875@yahoo.com
Allah siksanya.. pengorbanan ibu tak ternilai sangat.
Ya Allah... siannya.. masa sakit ni la rasa sangat2 menghargai keluarga yang membantu kita kan. Sekarang dah ok dah?
saya faham sangat perasaan awak, saya pun pernah jaga suami yang patah tulang, suami exciden patah tulang pinggul.Pergerakan memang terbatas, berkerusi roda, sampaikan mandi dan buang hajat pun saya yang ururskan hampir 6 bulan terlantar, akhirnya suami berjalan semula...
Jangkaan doktor suami tidak boleh berjalan selama setahun,namun alhamdullilah saya bantu ikhtiar yang terbaik untuknya....
Allahuakbar..sy pon sedang menjaga suami..xcident..patah tulang pinggul..peha..fibia..tibula..dan arini ari ke 26 berpantang..moga terus diberi kekuatan utk jaga suami..anak2 dan baby baru lahir ni..
Bila baca cerita awak, baru terasa kita kena hargai orang sekeliling kita. Kerana orang akan teman kita nanti.
sy fhm sgt..sy dh bln ke 10..patah tgn,femur n tibia..bru lps jalani 2nd major operation..skit sgt nk lalui suma ni..msuk interlocking plating bone graft dn illizarov skli..nk tau gk pape tip yg blh cntum cpt klu sesapa sni blh share..
Wassup me 0174767430 suhaidi nma sy
saya patah buku lali sebulan dah bercantum.. minum bnyk susu insyallah ok.. tp bab emosi tu sama la
mmg xleh tahan sbb geram xbole buat sndr & kena tunggu org siapkan
20/12/2019 sy eksiden dan mengalami patah tulang kering kaki kiri,patah tulang pinggul kanan,patah lengan kiri,patah lengan tangan,siku kanan hancur,tisu dekat kepala lutut kaki kiri dan kanan koyak...sekarang masih sambung mc d rumah.35 hari berkampung d hospital.tolong doakan sy kuat dan cepat sembuh..mmg hidup sy 100% bergantung dgn pertolongan org tua sy.sedih?sumpah sedih tp sy x pernah menangis dpn ma saya...sbb kalau sy menangis,ma akan turut menangis.sy kena tunjuk sy kuat dpn mereka walaupun blkg tuhan je tau :(
Mcm mna keadaan kaki sis sekarang, dah sembuh ka? Sya pun baru eksiden patah kaki kiri
Saya macam akak jugak patah tangan kiri dengan kaki paha kiri. Sedih sangat bila kita tak dapat nak buat macam orang lain mampu duduk atas kerusi roda je. Lagi saya down bila ada yang buat semua ni bahan lawak siap panggil saya oku. Saya harap semoga saya cepat sembih. Amin
Saya pn sama dh tiga bulan patah kaki
saya nk tanya , slepas pembedahan tu bleh solat mcm dulu tk? sbb sy sakit kt lutut klau nk solat tnpa kerusi
SY pn bru patah kaki bahagian betis dan buku lali..KLU SY buat group wasap ada nk join X..kita blh kongsi² pengalaman ni tip..wasap sy 0143273881
Post a Comment