Sunday, November 13, 2016

Fikir balik

Hargai apa yg kau ada.
Apa yang kau ada, sesuatu yang takkan boleh diganti.
So jaga.

Baru aku betul2 rasa nak hargai tubuh badan.
Tubuh badan ni kalau rosak, kau tak boleh nak ganti.
Kaki tangan palsu sekali pun, takkan sama dengan yang asal.
Serius. Memang tak sama.
Lain benda yang manusia buat nak dibandingkan dengan Pencipta buat.
Sempurna.

Bagi yg berada dalam situasi aku ni.
Patah tangan kaki.
Takde apa yg kau boleh buat.
Semua ni akan elok.
Cuma mengambil masa.
So berhenti berharap untuk cepat sembuh dalam seminggu dua.
Memang tak akan berlaku.
Cuma kita boleh ikhtiar usahakan dari segi pemakanan, doa, ubat2an dan lain2.
Yakin ada hikmahnya.

Bagi sesiapa yg rasa down dengan kehidupan dorang.
Fikir semula.
Kau boleh ubah tak perkara tu?
If boleh, ubah.
Benda selagi boleh ubah, boleh elak, boleh tukar, boleh ganti, boleh buang, dan boleh yang sewaktu dengannya, so teruskan.
Benda boleh settle.

Macam aku, situasi aku memang masa je yang mampu mengubahnya. So just wait, dan teruskan berusaha dan cari ikhtiar2 yang lain supaya cepat sembuh. So korang, xpayah nak down sgt dengan kehidupan korang. Benda yang korang hadap tu boleh settle kan, xpayah nak down beriya sangat. Hahaa. Sekian.

Thursday, November 3, 2016

Just wondering

I'm just wondering, about people around the world. Kita punya kehidupan yang berbeza. Minat yang berbeza. Permasalahan yang berbeza.

Aku, pada masa ini sedang terbaring dengan tangan dan kaki yang patah. Ya, aku sedang melalui satu ujian kehidupan.

Dan pada masa ini aku hanya mampu scroll media sosial yg ada dalam handphone aku ni. Melihat kehidupan yang orang lain kongsikan di media sosial ni. Dan aku terfikir tetang post ini.

Aku terfikir, apa yg kau, kau, kau dan mereka semua rasa? Rasa tentang kehidupan masing2. Bahagia? Sedih? Kecewa?

Dan aku scroll lagi. Amati satu persatu. Wanita sedang bermakeup. Lelaki sedang makan. Lelaki menyelamatkan haiwan. Wanita sedang memasak. Apa yang mereka sedang fikirkan tentang aktiviti mereka? Berbaloikah masa yang mereka sedang gunakan? Apakah tujuan hidup mereka? Aku tertanya2.

Dan ini membuat aku rasa bersyukur. Dengan ujian ini membuat aku berfikir seperti ini. Membuat aku menanamkan azam yang baru. To be a better version of me bila aku dah pulih nanti! Hargailahh lima perkara yang kita ada. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.

lalalaa :)