I'm just wondering, about people around the world. Kita punya kehidupan yang berbeza. Minat yang berbeza. Permasalahan yang berbeza.
Aku, pada masa ini sedang terbaring dengan tangan dan kaki yang patah. Ya, aku sedang melalui satu ujian kehidupan.
Dan pada masa ini aku hanya mampu scroll media sosial yg ada dalam handphone aku ni. Melihat kehidupan yang orang lain kongsikan di media sosial ni. Dan aku terfikir tetang post ini.
Aku terfikir, apa yg kau, kau, kau dan mereka semua rasa? Rasa tentang kehidupan masing2. Bahagia? Sedih? Kecewa?
Dan aku scroll lagi. Amati satu persatu. Wanita sedang bermakeup. Lelaki sedang makan. Lelaki menyelamatkan haiwan. Wanita sedang memasak. Apa yang mereka sedang fikirkan tentang aktiviti mereka? Berbaloikah masa yang mereka sedang gunakan? Apakah tujuan hidup mereka? Aku tertanya2.
Dan ini membuat aku rasa bersyukur. Dengan ujian ini membuat aku berfikir seperti ini. Membuat aku menanamkan azam yang baru. To be a better version of me bila aku dah pulih nanti! Hargailahh lima perkara yang kita ada. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.
No comments:
Post a Comment