Tuesday, December 6, 2016

BEBAS DARI SIMEN

Asaalamualaikum!

4/12/2016 genap 3 bulan aku kemalangan. Dan bersimen kaki dan tangan.

6/12/2016 semua simen2 dah tiada kat mana2 anggota tubuh badan ni. Sumpah, lega gila! Hahaa.

Antara patah tangan dan patah kaki, patah tangan lebih cepat sembuh (perbandingan antara jenis patah yg sama, macam aku ni, patah tebu je). Tangan aku ni dalam sebulan lebih je bersimen. Kaki? Tiga bulan kauuuu..! Bulan pertama full bersimen. Bulan ke 2 dan ke 3, separuh je, dan ade tapak untuk aku menapak.

Untuk bagi cepat sembuh, tips2 yang aku dapat dari doktor, buatlah ape2 yg boleh lancarkan perjalanan darah ke bahagian yg sakit tu. Contohnya, tuam dengan air panas, urut2 sikit, banyakkan pergerakan secara perlahan dikawasan berhampiran dengan tempat sakit tuu.

Dari segi mental, mmg kena kuat. Bulan pertama mmg rabak! Haha! Bulan ke 2 mcm boleh terima dah. Bulan ke 3 aku positifkan otak aku ni yang semua masalah dalam dunia ni memang akan selesai, cuma masa je yg menentukannya. So, kita just imagine yg saat tu akan tiba, dan kita akan bahagia. Hahahahaa. Nampak mcm ntah pape je, but its work you know. I do it every time, masa kat u, trutama minggu yg nak dekat exam.

So now, boleh start semula aktiviti2 setiap hari dengan normal.

Sunday, November 13, 2016

Fikir balik

Hargai apa yg kau ada.
Apa yang kau ada, sesuatu yang takkan boleh diganti.
So jaga.

Baru aku betul2 rasa nak hargai tubuh badan.
Tubuh badan ni kalau rosak, kau tak boleh nak ganti.
Kaki tangan palsu sekali pun, takkan sama dengan yang asal.
Serius. Memang tak sama.
Lain benda yang manusia buat nak dibandingkan dengan Pencipta buat.
Sempurna.

Bagi yg berada dalam situasi aku ni.
Patah tangan kaki.
Takde apa yg kau boleh buat.
Semua ni akan elok.
Cuma mengambil masa.
So berhenti berharap untuk cepat sembuh dalam seminggu dua.
Memang tak akan berlaku.
Cuma kita boleh ikhtiar usahakan dari segi pemakanan, doa, ubat2an dan lain2.
Yakin ada hikmahnya.

Bagi sesiapa yg rasa down dengan kehidupan dorang.
Fikir semula.
Kau boleh ubah tak perkara tu?
If boleh, ubah.
Benda selagi boleh ubah, boleh elak, boleh tukar, boleh ganti, boleh buang, dan boleh yang sewaktu dengannya, so teruskan.
Benda boleh settle.

Macam aku, situasi aku memang masa je yang mampu mengubahnya. So just wait, dan teruskan berusaha dan cari ikhtiar2 yang lain supaya cepat sembuh. So korang, xpayah nak down sgt dengan kehidupan korang. Benda yang korang hadap tu boleh settle kan, xpayah nak down beriya sangat. Hahaa. Sekian.

Thursday, November 3, 2016

Just wondering

I'm just wondering, about people around the world. Kita punya kehidupan yang berbeza. Minat yang berbeza. Permasalahan yang berbeza.

Aku, pada masa ini sedang terbaring dengan tangan dan kaki yang patah. Ya, aku sedang melalui satu ujian kehidupan.

Dan pada masa ini aku hanya mampu scroll media sosial yg ada dalam handphone aku ni. Melihat kehidupan yang orang lain kongsikan di media sosial ni. Dan aku terfikir tetang post ini.

Aku terfikir, apa yg kau, kau, kau dan mereka semua rasa? Rasa tentang kehidupan masing2. Bahagia? Sedih? Kecewa?

Dan aku scroll lagi. Amati satu persatu. Wanita sedang bermakeup. Lelaki sedang makan. Lelaki menyelamatkan haiwan. Wanita sedang memasak. Apa yang mereka sedang fikirkan tentang aktiviti mereka? Berbaloikah masa yang mereka sedang gunakan? Apakah tujuan hidup mereka? Aku tertanya2.

Dan ini membuat aku rasa bersyukur. Dengan ujian ini membuat aku berfikir seperti ini. Membuat aku menanamkan azam yang baru. To be a better version of me bila aku dah pulih nanti! Hargailahh lima perkara yang kita ada. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.

Saturday, October 22, 2016

Tolong

Aku harap sangat, Tuhan permudahkan urusan penyembuhan kaki dan tangan aku ni. Kadang2 aku rasa penat. Penat sebab jadi beban pada orang2 sekeliling aku.

Mungkin luaran aku nampak ok. Tapi hati aku kadang2 sedih. Banyak perkara yang aku tak mampu nak buat.

Tolong aku Tuhan. Sembuhkanlahh kaki dan tangan aku ini.

Wednesday, October 12, 2016

HIKMAH

Alhamdulillah.

Emosi dah stabil semula. Kaki dah mula boleh terima benda baru yang melekat kat dia. Haha.

Anyway, bila jadi macam ni, baru la reti nak hargai masa. Barulahh terfikir nak buat lebih banyak perkara berfaedah. Haha. Sebelum ni asyik nak tidooo je. Baru lahh reti nak hargai nyawa. Dan yang paling penting, baru lahh nak sematkan dalam lubuk hati paling dalam untuk dekat lagi dengan Pencipta.

Hikmah dia yang aku nampak, mungkin aku tak sesuai ditempat praktikal aku sekarang di bahagian audit. Dan di beri peluang untuk tidoo sepuas2nya seperti yang aku nak sebelum2 nii. Hamekkk kauuu. Tido sampai lebam! Hahaa. Dan aku dapat penempatan praktikal di tempat baru dekat je dengan rumah, bahagian akaun. Syukur sangat2. Memang bidang yang aku minat gilaaa. Ot lama2 pun aku sanggup! Hahaa.

Ok. Tu je kot. Ohh lupa, lari topik sikit. Aku mimpi 1st love aku. Hahaa. 1st love apenyer, cinta monyet je nii, tu pun monyet betepuk sebelah tangan. Kahkahh. Aku taktauu laa camna leh mimpi diaaa. Aku doakan hang berjaya dunia akhirat naa.

lalalaa :)