Friday, July 26, 2013

DATANG DARI HATI

Sahur tadi sambil tengok tv,
skrin memaparkan Black Mentor menyanyi,
menyanyikan bait2 lirik lagu Buat Sang Puteri,
diiringi petikkan gitar dari Edrie Hashim,
bagi aku,
ianya gabungan yang sangat mempesonakan.
aku tak tahu kenapa,
banyak guitarist dalam M'sia ni, tapi,
dari dulu aku perhati cara Edrie Hashim main gitar,
mngkin petikkannya datang dari hati,
hasilnya, sangat mempersonakan jiwa !
moral of the value,
bila kita buat sesuatu dengan hati dan jiwa,
sangat indah hasilnya walaupun tak 100% kebabommm gituu,
tapi sangat indah,
tak terlalu over,
tak terlalu simple.
ok, aku rasa ayat aku yg over mengalahkan retisss gituu.. hahahahaa..
hemm, 
dan part akhir lagu tu,
Black Mentor menyanyi tanpa diiringi muzik.
sangat merdu,
seolah2 suara beliau lah muziknya !
Buat Sang Puteri, superb <3 font="">

Saturday, July 20, 2013

TEGURAN.

Menegur, aku rasa tak salah. Dan sememangnya tak pernah salah ! Dan tujuan kita menegur, untuk ada nya perubahan ke arah kebaikan. Tapi, sebelum nak menegur, tengok jugak lah siapa yang kau nak tegur. Then, baru fikir bagaimana berdasarkan situasi. Dan kepada si penegur tu pulak, the reaction that you get is based on how you do it ! kalau kau mula2 tegur dengan cara lembut, lembut jugak lah cara orang tu memberi tindak balas. kau bagi dengan cara ambek senapang, pejam mata, then kau tembak dush dush dush, jangan tanya kenapa laa kan kiri kanan depan belakang kau penuh dengan bom ! hahahaa.

Dan sepanjang aku menegur, aku rasa aku tak menghina / menunding / menghukum orang yang sepatutnya itu tugas Allah. contoh, orang tu warna rambut - tak belajar ilmu agama, dapat dosa, masuk neraka. Dan yang lebih teruk,  hanya nak bergurau pun, dikatakan 'orang jahiliah' ? entah la. aku rasa hina gila kot. tapi takpe, aku terima. mungkin aku ada jahilnya. tapi aku rasa tak perlu kot nak hina sampai nak samakan dengan jahiliah. sebelum nak samakan dengan sesuatu tu, better pergi baca dulu maksudnya. aku kalau dengan kawan2, nak menegur pun aku tak berani, kadang2 aku lebih memilih berdiam diri. dan tak pernah pulak aku menghina2. hina ni maksudnya lebih kurang macam ni, 1 perkataan yang kau cakap tu, kau describe keseluruhan. maknanya kau tak perlu explain lebar2,diaorang memang dah tau keseluruhan. contoh kau cakap 'tak guna', then diaorang tau secara keseluruhan 'tak guna' tu apa untuk diri mereka.

Tak semua orang sempurna, aku pun ada buat salah. yelahh, dah semua orang tak sempurna. cuma kadang2 kita kena fikir begini, aku tahu ilmu2 agama, TAPI aku tak boleh sesuka hati nak menghina orang yang kurang ilmu agamanya. aku tahu ilmu2 duniawi, TAPI aku tak berhak nak menghina orang2 yang kurang ilmu duniawinya. aku punya harta, TAPI aku tak berhak nak mencaci orang2 yang tak punya harta. Dan jikalau benar kita punya kelebihan tersebut, mengajarlah / memberilah bukan dengan menghina.

hal ni, aku jadikan pengajaran, supaya aku pula tak melakukannya pada orang lain. dan aku terima teguran tersebut. yelahh, tak semua boleh terima siapa kita. tak semua selesa dengan diri kita. dan mungkin itu kelemahan kau. manusia tak sempurna.

#btw, tengs sangat kat roomate aku & lain2, masih boleh terima kegilaan yang melanda aku ! hahahaa. dan tengs kerana turut serta bersama2 menggila ! daebakkk ! opsss, daebak tak leh cakap, perkataan tu terlalu COOL. :D

Saturday, July 13, 2013

ABANG MOTOR

Kepada abang2 motor yang membawa motor sambil menghisap rokok, saya memohon jasa baik abang2 sekalian, nak hisap rokok, berhenti laa dulu abang2 oiii.. nak hisap rokok tu, ushaa2 laa belakang kot2 ada awek yang bawa motor kat belakang abang ke kan.. awek cun meletoppp pulak tu kan.. sekali abang buang abu rokok berterbangan begitu sahaja.. tup, kena muka awek tu.. hodoh dah.. tak kena muka, kena baju, berlubang baju kawan tuu.. kesian laa sikit.. macam saya, terasa2 macam abu tu masuk ke mata. pedihhh tau takkkk !!! rasa nak amek je rokok tu, jentik2 abu tu kat mata abang ! haaaa~ marah niiii.. nasib baik tahap kesabaran pada masa itu masih tebal !

*sabooo je laaa~

NILA NAN SETITIK

Sejak akhir2 ni, selalu jugak laa baca2 artikel dan post2 pasal si tudung labuh.
Ada positif, dan ada yang negatif.
yang berfikiran negatif, jom kita berfikiran positif jommm~
mereka memang bertudung labuh, tapi mereka tak sempura.
jangan kau pandang mereka umpama ustazah.
tudung labuh bukankah bagus?
mengikut perintah Allah dalam menutup aurat.
cuma, ya, kadangkala, mereka sebagai seorang manusia,
tak lepas dari melakukan salah dan silap.
cuma, boleh tak,
kalau apa2 sahaja kesalahan dan kesilapan yg mereka lakukan,
jangan tuding jari pada kelabuhan tudungnya.
tuding pada akhlaknya, sikapnya, perangainya.
boleh?
sama2 kita ubah pemikiran dari sudut tersebut.
ya, mereka ada melakukan kesalahan dari segi akhlaknya, sifatnya, dan perangainya.
tapi sekurang2nya mereka lakukan, amalkan perintah Allah.
Perintah Allah yg sememangnya WAJIB itu. kan?
jika nak dibandingkan dengan kita, termasuklah AKU !
aku sedar, tudung aku pun tidaklah selabuh mana.
akhlak, sifat dan perangai ku pun kadangkala tak lah sebaik mana.
akhlak, sifat perangai tak baik, dicampur tak menutup aurat.
dah DUA kesalahan yang kita dah lakukan.
sedangkan yang si tudung labuh dicampur dengan akhlak sifat perangai yg tak berapa baik,
baru melakukan SATU kesalahan.
kan?
jadi, yang buruknya terpalit pada kita semula jika dilihat pada cermin.
jadi, positifkan minda kita.
yang buruk, kita jadikan sempadan :)

dan buat si tudung labuh, marilah sama2 istiqomahkan diri okeyh ! dunia zaman sekarang, sesetengah orang melihat cara berpakaian menentukan tahap ketinggian ilmu agama. jadi anda dipandang tinggi kerana bertudung labuh, jadi, cuba jaga imej muslimah sebaik mungkin yaa :)

lalalaa :)