Saturday, July 13, 2013

NILA NAN SETITIK

Sejak akhir2 ni, selalu jugak laa baca2 artikel dan post2 pasal si tudung labuh.
Ada positif, dan ada yang negatif.
yang berfikiran negatif, jom kita berfikiran positif jommm~
mereka memang bertudung labuh, tapi mereka tak sempura.
jangan kau pandang mereka umpama ustazah.
tudung labuh bukankah bagus?
mengikut perintah Allah dalam menutup aurat.
cuma, ya, kadangkala, mereka sebagai seorang manusia,
tak lepas dari melakukan salah dan silap.
cuma, boleh tak,
kalau apa2 sahaja kesalahan dan kesilapan yg mereka lakukan,
jangan tuding jari pada kelabuhan tudungnya.
tuding pada akhlaknya, sikapnya, perangainya.
boleh?
sama2 kita ubah pemikiran dari sudut tersebut.
ya, mereka ada melakukan kesalahan dari segi akhlaknya, sifatnya, dan perangainya.
tapi sekurang2nya mereka lakukan, amalkan perintah Allah.
Perintah Allah yg sememangnya WAJIB itu. kan?
jika nak dibandingkan dengan kita, termasuklah AKU !
aku sedar, tudung aku pun tidaklah selabuh mana.
akhlak, sifat dan perangai ku pun kadangkala tak lah sebaik mana.
akhlak, sifat perangai tak baik, dicampur tak menutup aurat.
dah DUA kesalahan yang kita dah lakukan.
sedangkan yang si tudung labuh dicampur dengan akhlak sifat perangai yg tak berapa baik,
baru melakukan SATU kesalahan.
kan?
jadi, yang buruknya terpalit pada kita semula jika dilihat pada cermin.
jadi, positifkan minda kita.
yang buruk, kita jadikan sempadan :)

dan buat si tudung labuh, marilah sama2 istiqomahkan diri okeyh ! dunia zaman sekarang, sesetengah orang melihat cara berpakaian menentukan tahap ketinggian ilmu agama. jadi anda dipandang tinggi kerana bertudung labuh, jadi, cuba jaga imej muslimah sebaik mungkin yaa :)

No comments:

lalalaa :)