Saturday, July 20, 2013

TEGURAN.

Menegur, aku rasa tak salah. Dan sememangnya tak pernah salah ! Dan tujuan kita menegur, untuk ada nya perubahan ke arah kebaikan. Tapi, sebelum nak menegur, tengok jugak lah siapa yang kau nak tegur. Then, baru fikir bagaimana berdasarkan situasi. Dan kepada si penegur tu pulak, the reaction that you get is based on how you do it ! kalau kau mula2 tegur dengan cara lembut, lembut jugak lah cara orang tu memberi tindak balas. kau bagi dengan cara ambek senapang, pejam mata, then kau tembak dush dush dush, jangan tanya kenapa laa kan kiri kanan depan belakang kau penuh dengan bom ! hahahaa.

Dan sepanjang aku menegur, aku rasa aku tak menghina / menunding / menghukum orang yang sepatutnya itu tugas Allah. contoh, orang tu warna rambut - tak belajar ilmu agama, dapat dosa, masuk neraka. Dan yang lebih teruk,  hanya nak bergurau pun, dikatakan 'orang jahiliah' ? entah la. aku rasa hina gila kot. tapi takpe, aku terima. mungkin aku ada jahilnya. tapi aku rasa tak perlu kot nak hina sampai nak samakan dengan jahiliah. sebelum nak samakan dengan sesuatu tu, better pergi baca dulu maksudnya. aku kalau dengan kawan2, nak menegur pun aku tak berani, kadang2 aku lebih memilih berdiam diri. dan tak pernah pulak aku menghina2. hina ni maksudnya lebih kurang macam ni, 1 perkataan yang kau cakap tu, kau describe keseluruhan. maknanya kau tak perlu explain lebar2,diaorang memang dah tau keseluruhan. contoh kau cakap 'tak guna', then diaorang tau secara keseluruhan 'tak guna' tu apa untuk diri mereka.

Tak semua orang sempurna, aku pun ada buat salah. yelahh, dah semua orang tak sempurna. cuma kadang2 kita kena fikir begini, aku tahu ilmu2 agama, TAPI aku tak boleh sesuka hati nak menghina orang yang kurang ilmu agamanya. aku tahu ilmu2 duniawi, TAPI aku tak berhak nak menghina orang2 yang kurang ilmu duniawinya. aku punya harta, TAPI aku tak berhak nak mencaci orang2 yang tak punya harta. Dan jikalau benar kita punya kelebihan tersebut, mengajarlah / memberilah bukan dengan menghina.

hal ni, aku jadikan pengajaran, supaya aku pula tak melakukannya pada orang lain. dan aku terima teguran tersebut. yelahh, tak semua boleh terima siapa kita. tak semua selesa dengan diri kita. dan mungkin itu kelemahan kau. manusia tak sempurna.

#btw, tengs sangat kat roomate aku & lain2, masih boleh terima kegilaan yang melanda aku ! hahahaa. dan tengs kerana turut serta bersama2 menggila ! daebakkk ! opsss, daebak tak leh cakap, perkataan tu terlalu COOL. :D

No comments:

lalalaa :)