Sunday, November 25, 2012

ADIK2KU

Kadang2, bukan kadang2 laa..
benda ni memang fakta pun..
cuma aku kadang2 terfikir..
yang sebenarnye..
CINTA TU NONSENSE !!!!
wahhhahahahahaaa!
mesti ade yang terkejut dengan statement yang aku BESAR kan tuu..
aku keluarkan statement camtu bukan sebab aku tengah frust..
actually aku nak sambung lagi, sebab cinta tu general sangatkan..
maksud aku cinta sebelum kahwin nie haa..
then cinta untuk budak2 bawah 18tahun..
bagi aku, cinta ni sesuai 18 tahun keatas..
paling koman pun 15 tahun laa..
tapi tak sepatutnye adik2 umur macam ni bercinta..
bukan sebab aku JELES !
sebab aku pernah alami benda tuu..
so aku rasa sangat tak patut..
time muda2 tu adik2 ni patut ENJOYYYY..
kemon lah dik oiii..
kauorang muda lagi beb..
aku tengok budak2 sekarang ni suka menuakan diri sendiri dengan benda2 orang tua..
HAHAHAHAHAAA..
tapi bukan aku nak cakap CINTA tu untuk orang tua pulakkk..
aishhh.. camne ek nak explain...??
sebenarnye nak cinta tu boleh..
tapi bagi pada yang lebih utama..
Allah, rasul, mak ayah, family..
cinta yang untuk bpasangan tu aku tak berapa nak galakkan..
just imagine keyh !
12 tahun, kapel, dah pegang2 tangan..
tu baru 12 tahun..
nanti dah kawin ape yang ade?
nothing !
bagi aku yang dah lalui mende2 macam tu,
sebab aku dah terjebak,
nak patah balik,
risiko hati aku nak pulih,
agak sukar..
tapi aku syukur, sebab jarak jauh..
tu aku laa..
untuk adik2 ni haa..
entah laa..
banyak sangat komitmen..
pastu belum tentu lagi orang tu jodoh deme2 ni..
kemonlahhh.. rasai dulu dunia penuh skandal dik..
hahahahahaaa.. menyetan pulak aku..

p/s : pasal aku, aku bawa dia gi jumpa emak :D tolong jangan mainkan hati aku ye !

Sunday, November 18, 2012

BANANA BOAT & VIPER

Assalamu'alaikum ! wahhhhh.. sungguh penatnye badan2 aku.. tetapi aku rasa berbaloi ! dapat luangkan masa dengan kengkawan yang giler ! cayalahhh beb ! untuk pengetahuan korang, kiteorang ni pergi bercuti dan bersantai2 di Teluk Batik.. syiiioookkkk ! walaupun dah banyak kali pergi pantai, tapi pengalaman kali ni lain sikit, sebab aku pergi dengan kawan2.. dan aku nak promote apartment Iwan Homestay kalau tak silap aku laa.. apartment die memang best gile.. aku rasa macam taknak balik.. aku rasa nak beli je apartment tu ! ade 3 bilik yang cantik2, ade semua kelengkapan, tiada bau yang kurang menyenangkan di bantal2, mempunyai 2 bilik air, mempunyai dapur yang boleh digunakan.. mempunyai 1 bilik yang ade air-cond.. ade swimming pool, tapi time aku pergi tengah diselenggarakan.. taktau nak cakap macam mana, tapi memang berbaloi sangat.. TAPI, apartment yang aku dapat tu tingkat lima, dan memang ade lift, tapi lift rosak, jadi kami melakukan senaman sikit.. hahahaa.. jadi kalau nak sewa tu, sebelum pergi pantai, korang letak laa barang2 yg berat siap2 kat bilik dulu,m then baru pergi pantai bawa apa yang perlu sahaja.. so, nanti xperlu laa angkat barang berat2 naik tangga.. then ade lagi satu masalah, tangga tempat kami lalu takdak lampu.. amat bahaya dan menyeramkan sikit bagi aku.. jadi, minta diselenggarakan la ye.. oh ye, tempat ni kat bukit permata..

1st day sampai, kami ber'bbq' kat tepi pantai tu sambil bermandi-manda.. dan nak dijadikan cerita, aku dah lame usha banana boat, and aku memang nak sangat merasa naik banana boat.. so aku ajak laa deme2 ni naik.. harga just rm5.00sahaja.. mungkin ade yang kata mahal, tapi bagi aku, bukan selalu dapat pengalaman macam tuu.. banana boat tu, ade boat, yang tarik pelampung bentuk banana.. dan kami naik atas pelampung tu, die bawa jalan2 kat tengah laut, then bile sampai kat tepi laut, orang tu 'campak' kami semua! memang tak jangka langsung ! sebab aku dah cakap, jangan 'campak' ! ! ! hampeh betul ! tapi takpe, seronok jugak kene campak !

then, lepas tu aku terasa nak naik sidekick, tapi budak yang deal dengan aku tu cakap, baik amek viper ! (try cari kat google kalau nak tengok rupenye) then, aku cakap, okeyh laa kan.. ape salahnye cube.. tapi harga die mahal sikit rm10.00 seorang.. aku pelik jugak, nape mahal? lepas naik baru aku tau kenapa, sangat2 mencabar ! okeyh, nak cite pasal viper, boleh dinaiki 3 orang sahaja ! kalau dah kata 3, baik korang cukupkan 3 ! jangan sesekali terlintas nak naik 2 / 1 orang sahaja ! sebab nanti korang akan menyesal tak sudah ! mulanya aku nak naik dua orang dua orang, aku dengan maiy, mimi dengan adik die.. tapi last minit punye perbincangan, tukar lak, aku mimi and maiy naik viper, adik mimi naik boat.. so, aku maiy and mimi get ready atas viper tuu.. cakap dekat abang bawa boat tu, abang, bawa pelan2 tau ! taknak jatuh dalam laut.. mula2 memang pelan, bila boat dah start jalan, Ya Allah ! aku maiy and mimi memang melambung habis ! kau pegang la kuat mane sekalipun, kau tetap kena lambung ! masa tu dah boleh imagine macam mana perasaan bila nyawa dihujung tanduk ! seriously ! rasa nak tercabut jantung ! aku dah la ade lelah, memang aku rasa nak lelah time tu ! satu pantai dengar kami jerit2 ! malu, toksah nak cakap laa.. rase nak menyelam tak timbul2 dah ! rasa nak muntah sangat2 ! sumpahhh, memang aku taknak naik dah !

then malam,berjalan2 kat lumut.. syiokkk ! ade macam2lagi aku nak taip, tapi masa tk mengizinkan.. later aku edit entry nie, okeyh??? wasalam !

Friday, November 16, 2012

SAKIT HATI

aku tengah sakit hati sangat3 ! sangat tu kalau boleh nk double triple fourthple tenple hundredple !
sakit hati!!!!!
rasa macam nak tumbuk dinding sampai tembus !
ganas tak???
waaarrrgggghhhhh..
aku sangat lah sakit hati bila berhadapan orang yg cakap :

  • nak berubah,
  • taknak ulang kesilapan,
  • akan berusaha,
  • mintak maaf / sorry
tapi, dorang tak de usaha nak lakukan ! cakap je minta mmaf, sory, kau cakap laa sampai sawan pun, kalau kau still repeat the same mistake again and again and again, kalau boleh 'again' tu aku nak 'ple' kan die lebih dari millionple ! tak gune jugakkk. repeat yg ni sekali, tak guna jugakkkk ye kome2 sekalian.. aku dah tak sanggup nak hadap manusia macam nie ! yes, aku faham setiap orang ade kekurangan. aku pun ade. but atleast try laa berubah kan? bagi laa nampak usaha tu skit ! aku cukup tak larat nak hadap ! cukup2 laaa ! eeee ! tak faham aku ! takkan nak tunggu something bad happen baru nak sedar semua tu??? kemonnnn laaahhhhh.. bukan aku tak cube nak memahami, tapi kalau asyik aku je yang nak cuba memahami, yang berusaha nak memahami, tapi orang lain buat-buat lembu, pun tak gune jugakkkk...


entry ini ditulis dengan penuh jujur dan tulus dari hati yg membara2 nie, hope dapat kurangkan sikit rasa sakit tuu ! okeyh ! puas hati ! tapi nak back to normal, mmg kau kene lalui situasi tak normal aku dulu keyh ! amekkk kau, hadap lahhhh.. selamat menghadap :)

Monday, November 12, 2012

KERETA ATAS JALAN.

Assalamu'alaikum !
kepada yang bawa kereta,
yang jiwanya ada sivik mahu pun tidak.
yang ada sivik mungkin setuju dengan apa yang bakal aku kongsikan.
yang takda sivik,
mohon terasa :DD
actually semalam time aku baru balik kerja,
aku ikut jalan depan tesco,
yang kanannya tesco laa kan.
then,
jalan ade 3 lorong, kan?
yang kiri untuk belok kiri laa kan?
ofcourse laa kiri kan?
then aku amek line tengah sebab aku nak terus.
kalau amek line kanan untuk belok kanan.
kan?
then, ade sebuah kereta merah ni,
selamberrr nyorrr je parking situ,
kat atas jalan raya,
line kiri,
betul2 sebelah aku,
dah laa lampu merah time tuu !
kereta belakang aku lak nak ke kiri,
so kereta tu block jalan die..
untuk pengetahuan kauorang2 semua,
dalam kereta tuu ade orang !
dan aku yakin orangnye reti bawa kereta !
lelaki pulak tuu.
dan melayu !
sungguh laa sedih dan malu tengok keadaan tersebut.
dan mungkin orang tu pun tempias malu aku ni,
die pun keluar dari kereta dan buat2 macam kereta tu bukan dia punya !
aku tengok Ya Allah !
geram betul !!!!
memang takberbudi bahasa betul !!!
so, aku kekanankan kereta aku,
dan bagi ruang kat kereta belakang aku jalan.
dan aku memang tengok kawwww2 gilerrr muka lelaki tuu,
dan die buat2 tak pandang !
tau pulak malu !
dan ada lagi 1 kes !
kat parking tesco,
die biar je kereta die kat atas jalan diantara parking2 tersebut !
so orang nak keluarkan kereta jadi susah,
nak buat macam tu boleh,
tapi pastikan ade orang yang menunggu didalam kereta,
dan pastikan orang yang menunggu tu pulak reti memandu,
senang nak alihkan kereta !
actually banyak mende lagi nak diluahkan.
tapi dah lupe..
hahahahaaa..
okeyh !
ambil iktibar ok..
wasalam.

Saturday, November 10, 2012

MEMANG AKU KESAH !

selagi kau tak rasa hasil kerja kau diciplak,
kau takkan faham aku.
mungkin sekarang kau akan rasa,
lantaklah orang nak ciplak pun,
bukannye sakit,
tak payah laa nak kedekut ilmu,
ilmu kena la kongsi2 !
aku faham statement tersebut.
aku amat faham !
ada beza antara kongsi ilmu dengan tiru.
ada beza antara berkongsi idea dengan, kita bincang, kau buat, aku amek kerja kau dan aku tiru.
ada beza !
mungkin bagi orang yang dah biasa buat,
maybe mereka tak reti nak beza kan.
sebab tu laa terkeluarnya statement2 tersebut.
kau terasa?
lantak kau.
aku punya terasa kau tak rasa.
mungkin ade yg tak kesah sangat pasal hal ni.
tapi aku kesah !
dengan bende ni laa yang akan bagi aku diploma.
dengan diploma laa aku akan cari kerja,
dan dengan kerja aku dapat duit,
dan aku harap duit aku tu halal,
tanpa sebarang keraguan.
now, baru aku faham kenapa artis tak bagi beli dvd cetak rompak.
bukan nak bajet aku ni artis.
jauhhh laaa sangattttt.. *sengaaauuuu.
tapi situasi mereka tu aku faham.
just imagine,
kau dah buat kerja bertungkus-lumus,
sanggup tak tidur,
berkorban macam2,
then ade yg datang,
just ambil and copypaste !
itu sangat tidak baik dan sangat tidak bagussss !
kalau nak buat panduan,
it's okeyh.
no hal..!
tapi cakap nak buat rujukan,
padahal copypaste.
sangat tak originality !

p/s : sory pada kawan yang aku selalu tiru masa sekolah. sekarang aku dah rasa situasi kau. mungkin dulu aku tak matang, tak dapat nak fikir. kalau sekarang ni situasi yg dulu, aku boleh terima, tapi aku tak boleh terima, bila masing2 dah besar panjang tapi still taktahu, taktahu tak apa, tapi aku rasa lebih banyak yg tahu tapi buat2 tak tahu.

Friday, November 2, 2012

FIKIRAN ORANG

Aku nak mulakan entry ini dengan menyatakan bahwasanya,
aku bukan kaki bodek,
serius, aku tak reti bodek2 !
mungkin kau tengok aku wat keje sana sini,
kau istilahkan aku bodek !
cuba faham konsep bodek tu dulu.
bodek tu macam menempek kat orang atasan,
konon buat kerja macam nak rakkk !
macam susahhh sangat !
padahal haprakkkkk !
aku geram okeyhhhh !
dan aku buat kerja kan?
kerja aku siap kan?
sampai dah takde kerja, aku pergi cari kerja.
dan ingin dinyatakan lagi,
aku bukan jenis duduk diam !
aku tak boleh !
kalau kat tempat kerja,
aku bukan jenis pasif.
mungkin mulut kadang2 ya, agak pasif,
tapi nak tengok tangan atau mata aku ni,
memang tak reti duk diam.
selagi ade benda atas meja, semua aku kacau2, belek2,
sampai meja aku clean & clear baru aku berhenti !
dan jangan salahkan aku kalau aku reti itu reti ini.
ingin dinyatakan lagi,
sifat ingin tahu dalam diri aku amat tinggi.
so, selagi aku tak reti sesuatu benda, 
aku akan buat sampai reti !
bagi kerja yg aku dah tahu dan faham,
aku akan buat sampai aku mahir dan boleh buat kerja dengan pantas !
dan ingin dinyatakan lagi,
aku amat benci membazir masa dengan duduk diam je,
aku akan buat kerja aku sepantas yang boleh.
sebab aku boleh bagi bantuan kat orang lain.
sebab aku tahu, kerja yang aku buat sekarang ni tak seberat kerja2 mereka.
so niat aku nak meringankan beban.
and in the sametime,
aku dapat menimba ilmu dan pengalaman !
so tolong berhenti fikir yang negatif2 pasal aku boleh?
aku buat kerja ikhlas !
aku nak minta balasan.
aku tak minta dipuji2.
dan bukan niat aku nak membangga2 diri.
nak berlagak2.
fahami istilah kedua perkataan tersebut okeyh !
diulangi, aku buat semua tu ikhlas.
kau fikir lahh ape kau nak fikir.
kau lemparkanlah fikiran2 negatif kau.
orang sekeliling ade otak, ade akal,
dorang boleh nilai sendiri.
dan nak diingatkan,
aku pun ada perasaan jugak.
mungkin kau nampak aku diam.
aku senyum.
sebab aku nak jaga perasaan kau.
dan kepada yg sudah baca,
jangan ditanya pada aku,
aku takkan jawab.
aku cuma harap,
fahami aku.  

* teringat pesanan seseorang, abaikan orang sebegini, sebenarnya mereka cemburu :) think okeyh. wasalam.

lalalaa :)