Monday, December 24, 2012

PUTERI KU SAYANG :)

My fav song ! tak tau kenapa.. maybe liriknya.. aku kalau dengar lagu, aku dengar rentak bahagian korus, then aku hayati lirik.. tapi untuk lagu ni aku suka rentak korus & liriknya.. sentiasa mengingatkan aku agar sentiasa menjaga maruah diri sebagai muslimah.. insyaAllah.. banyak pengajaran sebenarnya dalam lirik ni.. amat2 membantu dalam membina motivasi & semangat dalam diri.. so, enjoy ! ;)
( 1 )
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

( ulang 1 )

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

( ulang 1 )

Saturday, December 22, 2012

SEM 5 !

Alhamdulillah.. mood belajar sedang berkumpul & meresap dalam diri ! 
vrommm vrooommmm vroommmm...
sem ni agak berat sikit..
ada 4 final..
financial acc 3, tax, audit, n management acc..
2 daripada 4 subject tu ramai orang repeat !
tak tau laa camne nak hadapi !
wat masa sekarang, duit untuk beli buku pun lebih kurang rm300 !
warrrggghhhhh..
ptptn, sila lah masuk cepat !
poli agak berbeza dgn u, kami dapat ptptn lambat..
sadis kan???
redha je laaa..
sem ni kne pegang jawatan..
taktau laa macam mana pengurusan masa nanti..
sebab aku memang malas nak pegang jawatan !
bukan bermakna aku pasif,
tapi aku lebih suka menyertai berbanding menganjurkan..
but, it's okay, aku anggap ini 1 cabaran :)
but now,
aku rindu saat2 praktikal !
waaaaaa..
memang i lup mapa glup laaa..
hahahahahaaa..
sampai termimpi2 !
tapi takpe, 
1 hari nanti akan ku jejakkan kaki ku ini disana..
chewahhhh..
hahahahaa..
i think maybe i will..
sebab aku pun ade project nak kene wat..
so aku pilih mapa sebagai salah satu tempat,
yang bakal aku wat survey..
serius, tak sabar gile !
hahahahahaaa..
rindu semua !
pastu kalau nak cakap pasal rumah sewa..
aku sangat sangat sangat double triple suka dan puas hati !
walaupun bilik kecik,
tapi selesa sangat3 !
ruangan bilik je kecik, tapi yang lain2 semua besar dan luas !
bilik air, okeyh !
dapur okeyh !
halaman rumah okeyh..
tempat sidai baju okeyh..
perkakas perabut peralatan rumah semua okeyh !
buat masa sekarang, tiada nyamuk yang menggigit..
tiada tikus yang memeluk kaki, yang mengokak maggi !
semua kipas siling !
i loike !
tidur pun selesa..
aku suka sangat..
hope semuanya berjalan dengan lancar !
mudah2an..
aminnnn...

p/s : hope mapa ada kerja part-time di bahagian acc dept ! hahahahaa.. time cuti boleh kerja sana.. "kalau lahhh ada"
 
 

Tuesday, December 18, 2012

TODAY

Sekarang taktau nape, aku dah mula rasa nak mematang kan diri sendiri..
aku nak belajar utamakan diri aku sendiri..
kalau boleh elakkan selfish..
akan cuba berfikiran positif..
apa2 yang berlaku,
pahit, sedih, kecewa..
try untuk tukar kepada bentuk positif..
try to stand alone..


*reminder for my self only !

Sunday, December 9, 2012

MAPA GLOVES LAST DAY

PERMULAAN..
bulan-bulan permulaan aku kat MAPA,
aku rasa lonely, takde geng..
then, jumpa Guba..
mula sekepalaa dan menggila dan mula kenal sifat masing2..
then, berkenalan dengan pekerja2 akaun MAPA..
okeyh la, mula2 aku nak cerita pasal 1st impression about them ! kihkihkih..
kita mulakan dengan manager account !

En.Yunus, muka nampak garang ! macam kacukan berjenis2 kacuk ! hahahaa.. gurau2..
beliau sangat tegas ! memang takut dengan beliau.. lepastu ternampak gambar beliau dulu2,
bermisai ! sesungguhnya beliau tampak lebih kemas handsome dan macho jika tidak bermisai !
lama2 kenal, friendly jugak En.Yunus nihh.. maybe En.Yunus garang bersebab, sebabnye? nak jaga pekerja2nya dari dibuli oleh department2 yang lain.. sebab aku rasa department lain takut dengan department acc pun sebab ade En.Yunus.. kan?? hahahahaa

En.Risaudin a.k.a En.Din.. ni supervisor department acc.. rendah2 sikit, tapi still lagi tinggi dari aku.. comel2 bolat2.. hahahaa.. aku rasa En.Din lagi comel macam sekarang daripada En.Din kurus.. dan dia sesuai tak bermisai, baru nampak muda.. hohohoo.. Mula-mula En.Din ni diam je.. tak banyak cakap.. aku tak pernah nampak muka die berkerut.. cool je orangnye.. datang laa 1000 masalah pun, die handke macam makan roti je.. hahahaa.. lama2 kenal, serius, kelakar gila ! haa, aku ade 1 persamaan dengan En.Din.. persamaan?? jeng3.. hobi ! kumpul duit..

En.Mi lak, taktau nak komen apa pasal En.Mi.. yang pasti, En.Mi ni friendly, tanya je ape kau nak, semua dia boleh jawab ! ohh, lupe, En.Mi digelar 'Duta' department kami.. dan dia juga digelar romeo ! sebab ape ek? lupe laa.. maybe sebab rambut a.k.a k-pop rasenye ! hahahaa.. pesanan kepada En.Mi, jangan curang ! jangan botakkan kepala ! jangan lupa report kat ain kalau kak siti dah pregnant ! hahahahaa.. pastu jangan lupa copy paste kat ain apa yang patut ye..

pastu En.Mat lak, si penyelesai masalah.. hahahaa.. ade problem dengan IT? boleh minta nombor kat aku keyh ! hahahahaa.. En.Mat penuh dengan idea2 yang unik.. lepas tu, aku rasa die suka main game ! sebab aku tengok dari segi bunyi2an yang dihasilkan.. dari gerak geri dia melakonkan sesuatu pergerakan seperti berlari, berjalan dan bergerak seakan2 robot, seakan tengah bermain game ! hahahahaa.. banyak sengat aku berfikir nihhh.. tahap kritikal nihhh.. hahahaa..

 seterusnya kak siti nasuha a.k.a tiz nasuha.. kecik2 molek pendek2 sikit.. hohohoo.. 1st impression, kak siti macam tak selesa dengan aku.. ke perasaan aku je? hahahaa.. tapi tak kenal maka tak cinta ! kak siti ni peramah orangnye, kadang2 kelakar pun ade, macam2 idea yang die ade, ade je perkara yang boleh di pokpekpokpek dengan kak siti.. kak siti selalu berpokpek2 berlawan mulut dengan En.Mi, En.Mi pulak suka menyakat kak siti.. hahahaa.. dan kak siti di sokong oleh Kak Gauri, dan kadang2 di sokong oleh semua department acc, bersama2 bersatu menentang En.Mi.. memang seronok ar time tuuu.. En.Mi terkelu terkedu terkesima, semua ada.. hahahaa.. pastu, kak siti dah kawin.. hope cepat2 laa mengandung.. tak sabar nak tengok baby kak siti !

next is, Kak Gauri.. mula2 kena tegur, silap filing.. hohohoo.. garang wooo.. tapi lama2 kenal, tak laa garang pun sebenarnya.. kalau kena marah pun, memang patut pun, sebab salah sendiri kan.. pastu kak gauri suka bagi advice.. dan aku memang suka mendengarnya.. hahahaa.. macam seorang guru mengajar anak murid ! lepas tu, kak gauri warna kuku, aku suka tengok warna2 kat kuku dia.. sebab sebelum ni, aku ade cikgu indian, yang suka warna kuku.. macam2 warna dia letak.. so aku suka perhati.. hohohoo..

pastu kak santraa.. mula2 aku tengok kak santraa, diam je.. pendiam agaknya.. tapi tak laa pendiam sangat.. kak santraa suka kacau En.Mi.. pastu kak santraa pun boleh dikira problem solving jugak.. ada problem pasal kereta atau tanaman atau asignment berkenaan acc?? boleh hubungi beliau ! hahahaa.. idea kak santraa boleh dikira bernas jugak.. lepas tu aku selalu dengar caller ringtone kak santraa.. sampaikan ade 1 lagu tu memang aku hafal, walaupun bahasa tamil..

tu pasal department aku, ni aku nak cerita sikit pasal departmen sebelah, deparment sales.. 1st sekali kak ana, terima kasih banyak2 sebab bgtau pasal MAPA.. kak ana ni merupakan kakak saudara aku.. baik orangnya.. ramah.. hope lepas ni hubungan silaturahim antara family aku n dia lebih akrab ! hehehee.. pastu En.Ram, baik orangnya.. tapi tak dapat sembang banyak, sebab department sebelah kan.. di pisahkan oleh almari.. lepas tu abg Deva.. haaa, abang Deva ni serius kelakar ! hahahaa.. ade je idea dia nak usik orang ! mempunyai janggut tapi tak mempunyai misai.. abang deva dulu masa muda2 handsome wooo.. dah tua, handsome 50% je laa.. hahahaa.. jangan marah je abang Deva.. pastu kak Jean, betul ke eja? takpe laa.. asalkan faham kan.. apa yang aku boleh ingat pasal kak Jean ialah, gelak dia, and cara dia panggil abang Deva 'gundu' ! hahahahaa.. pastu kak vithya, terima kasih sebab ajar ain n guba ye.. jasamu dikenang ! :)

dan last day aku kat sana, hanya ada En.Mi dan kak siti je :( wuwuwu.. memang sedih nak tinggalkan MAPA.. banyak kenangan.. tapi aku taknak nangis2 masa last day.. aku taknak everything just tamat macam tu je.. kita semua still boleh contact2 kan? FB kan ade.. huhuhuhuu.. Sebak ! rasa nak kerja situ buat selamanya ! waaaa 1 kalau laa boleh ! hmm.. tu je laa kot.. nanti nak buat reunion lah ! :D wajib join aaaa.. sape tak join, ain potong gaji ! hahahahaa.. tq 4 everything :)

Saturday, December 8, 2012

KALI KEDUA !

Aku tak tahu apa yang para lelaki inginkan dari seorang wanita..
aku memang tak faham !
nak sangat aku guna alat doraemon !
yang boleh baca minda orang, tapi aku nak lagi advance !
aku nak baca hati seseorang tu..
aku nak tahu sangat niat seseorang lelaki terhadap seorang wanita..
bukannye ape, aku dah terkena buat kali KEDUA !
alasannya, BERGURAU..
kemonnnlahhhh.. alasan tu terlalu cikai you know, cikai !
aku tau aku ni balajar tak laa tinggi mana pun..
tapi jangan laa anggap aku ni bodoh sangat..
nak kata aku queen control, aku tak kesah sangat kau bergaul dengan wanita yang lain..
tapi ayat yang kau gunakan tu, sangat macam tak macam kawan !
faham tak???
boleh nampak sangat niat kau !
aku punye laaa gerammmmm !!!
rasa nak DUSHHHH3 !
EEEEEEEEE!!!!!!
ikutkan hati, nak je aku khabarkan satu dunia tentang kau !
geram tau tak, geram !
kepada yang mengenali diri,
tolong laa hempuk kepala aku sampai aku hilang ingatan !
aku taknak ingat pasal dia, kalau boleh taknak kenal !
dugaan... dugaan... DUGAAN.....
SABAR AIN SABAR !
Allah dah bukak mata aku, tapi hati aku still tak berganjak !
kenapaaaa??? whyyyyyy???
sedihhhhh...

P/S : kepada rakan perempuan aku, tq kerana masih ingat aku, terima kasih kerana semangat setiakawan mu, atau mungkin sebab semangat2 yang lain.. hahahahaa.. terima kasih tak tikam aku, terima kasih sebab memahami hati seorang wanita :) hanya Allah yang mampu balas..

Friday, December 7, 2012

SEHARI SEBELUM

Sehari sebelum tamat praktikal.. 
hari ni laa tuuu.. hari Jumaat, 7/12/2012..
sesungguhnya aku amat tidak mahu tamat !
aku penat belajar..
boleh tak time aku taknak belajar, aku boleh bekerja..
bile aku boring kerja, aku nak belajar..
boleh takkkk???
macam tak je kan???
nak jugakkkk macam tuuu !
waaaarrrrgggghhhhh !
dan aku tak tau macam mana nak ngadap hari esok !
sangat2 tidak tahu !
boleh tak kalau hari last tak de 'banjir'?
boleh tak kalau hari last muka semua happy?
aku bukannya nak pergi mati..
waaaarrrgggghhhhh !
haaa !
cakap pasal mati, korang terasa ape2 tak petang tadi??
ape yang aku perasan petang tadi, aku ni cun ! kahkahkah !
takkk3, ni serius, petang tadi kat ofis hujan ais berbatu2 !
pastu aku dan k.siti dengar air kat atap mengalir2..
dah laa sebelum ni aku dengoo citye pasal hantu mandi kat situ !
seram aku !
pastu atap tu terus bocor !
langit kat luar gelap gelita !
dah laa hari ni hari jumaat..
aku risau kiamat !
melalut kan pemikiran aku???
tapi serius, aku rasa macam malaikat maut berada dimana2..
fuhhhhhh..
 *tergantung*

p/s: kenapa mesti besok???

Sunday, November 25, 2012

ADIK2KU

Kadang2, bukan kadang2 laa..
benda ni memang fakta pun..
cuma aku kadang2 terfikir..
yang sebenarnye..
CINTA TU NONSENSE !!!!
wahhhahahahahaaa!
mesti ade yang terkejut dengan statement yang aku BESAR kan tuu..
aku keluarkan statement camtu bukan sebab aku tengah frust..
actually aku nak sambung lagi, sebab cinta tu general sangatkan..
maksud aku cinta sebelum kahwin nie haa..
then cinta untuk budak2 bawah 18tahun..
bagi aku, cinta ni sesuai 18 tahun keatas..
paling koman pun 15 tahun laa..
tapi tak sepatutnye adik2 umur macam ni bercinta..
bukan sebab aku JELES !
sebab aku pernah alami benda tuu..
so aku rasa sangat tak patut..
time muda2 tu adik2 ni patut ENJOYYYY..
kemon lah dik oiii..
kauorang muda lagi beb..
aku tengok budak2 sekarang ni suka menuakan diri sendiri dengan benda2 orang tua..
HAHAHAHAHAAA..
tapi bukan aku nak cakap CINTA tu untuk orang tua pulakkk..
aishhh.. camne ek nak explain...??
sebenarnye nak cinta tu boleh..
tapi bagi pada yang lebih utama..
Allah, rasul, mak ayah, family..
cinta yang untuk bpasangan tu aku tak berapa nak galakkan..
just imagine keyh !
12 tahun, kapel, dah pegang2 tangan..
tu baru 12 tahun..
nanti dah kawin ape yang ade?
nothing !
bagi aku yang dah lalui mende2 macam tu,
sebab aku dah terjebak,
nak patah balik,
risiko hati aku nak pulih,
agak sukar..
tapi aku syukur, sebab jarak jauh..
tu aku laa..
untuk adik2 ni haa..
entah laa..
banyak sangat komitmen..
pastu belum tentu lagi orang tu jodoh deme2 ni..
kemonlahhh.. rasai dulu dunia penuh skandal dik..
hahahahahaaa.. menyetan pulak aku..

p/s : pasal aku, aku bawa dia gi jumpa emak :D tolong jangan mainkan hati aku ye !

Sunday, November 18, 2012

BANANA BOAT & VIPER

Assalamu'alaikum ! wahhhhh.. sungguh penatnye badan2 aku.. tetapi aku rasa berbaloi ! dapat luangkan masa dengan kengkawan yang giler ! cayalahhh beb ! untuk pengetahuan korang, kiteorang ni pergi bercuti dan bersantai2 di Teluk Batik.. syiiioookkkk ! walaupun dah banyak kali pergi pantai, tapi pengalaman kali ni lain sikit, sebab aku pergi dengan kawan2.. dan aku nak promote apartment Iwan Homestay kalau tak silap aku laa.. apartment die memang best gile.. aku rasa macam taknak balik.. aku rasa nak beli je apartment tu ! ade 3 bilik yang cantik2, ade semua kelengkapan, tiada bau yang kurang menyenangkan di bantal2, mempunyai 2 bilik air, mempunyai dapur yang boleh digunakan.. mempunyai 1 bilik yang ade air-cond.. ade swimming pool, tapi time aku pergi tengah diselenggarakan.. taktau nak cakap macam mana, tapi memang berbaloi sangat.. TAPI, apartment yang aku dapat tu tingkat lima, dan memang ade lift, tapi lift rosak, jadi kami melakukan senaman sikit.. hahahaa.. jadi kalau nak sewa tu, sebelum pergi pantai, korang letak laa barang2 yg berat siap2 kat bilik dulu,m then baru pergi pantai bawa apa yang perlu sahaja.. so, nanti xperlu laa angkat barang berat2 naik tangga.. then ade lagi satu masalah, tangga tempat kami lalu takdak lampu.. amat bahaya dan menyeramkan sikit bagi aku.. jadi, minta diselenggarakan la ye.. oh ye, tempat ni kat bukit permata..

1st day sampai, kami ber'bbq' kat tepi pantai tu sambil bermandi-manda.. dan nak dijadikan cerita, aku dah lame usha banana boat, and aku memang nak sangat merasa naik banana boat.. so aku ajak laa deme2 ni naik.. harga just rm5.00sahaja.. mungkin ade yang kata mahal, tapi bagi aku, bukan selalu dapat pengalaman macam tuu.. banana boat tu, ade boat, yang tarik pelampung bentuk banana.. dan kami naik atas pelampung tu, die bawa jalan2 kat tengah laut, then bile sampai kat tepi laut, orang tu 'campak' kami semua! memang tak jangka langsung ! sebab aku dah cakap, jangan 'campak' ! ! ! hampeh betul ! tapi takpe, seronok jugak kene campak !

then, lepas tu aku terasa nak naik sidekick, tapi budak yang deal dengan aku tu cakap, baik amek viper ! (try cari kat google kalau nak tengok rupenye) then, aku cakap, okeyh laa kan.. ape salahnye cube.. tapi harga die mahal sikit rm10.00 seorang.. aku pelik jugak, nape mahal? lepas naik baru aku tau kenapa, sangat2 mencabar ! okeyh, nak cite pasal viper, boleh dinaiki 3 orang sahaja ! kalau dah kata 3, baik korang cukupkan 3 ! jangan sesekali terlintas nak naik 2 / 1 orang sahaja ! sebab nanti korang akan menyesal tak sudah ! mulanya aku nak naik dua orang dua orang, aku dengan maiy, mimi dengan adik die.. tapi last minit punye perbincangan, tukar lak, aku mimi and maiy naik viper, adik mimi naik boat.. so, aku maiy and mimi get ready atas viper tuu.. cakap dekat abang bawa boat tu, abang, bawa pelan2 tau ! taknak jatuh dalam laut.. mula2 memang pelan, bila boat dah start jalan, Ya Allah ! aku maiy and mimi memang melambung habis ! kau pegang la kuat mane sekalipun, kau tetap kena lambung ! masa tu dah boleh imagine macam mana perasaan bila nyawa dihujung tanduk ! seriously ! rasa nak tercabut jantung ! aku dah la ade lelah, memang aku rasa nak lelah time tu ! satu pantai dengar kami jerit2 ! malu, toksah nak cakap laa.. rase nak menyelam tak timbul2 dah ! rasa nak muntah sangat2 ! sumpahhh, memang aku taknak naik dah !

then malam,berjalan2 kat lumut.. syiokkk ! ade macam2lagi aku nak taip, tapi masa tk mengizinkan.. later aku edit entry nie, okeyh??? wasalam !

Friday, November 16, 2012

SAKIT HATI

aku tengah sakit hati sangat3 ! sangat tu kalau boleh nk double triple fourthple tenple hundredple !
sakit hati!!!!!
rasa macam nak tumbuk dinding sampai tembus !
ganas tak???
waaarrrgggghhhhh..
aku sangat lah sakit hati bila berhadapan orang yg cakap :

  • nak berubah,
  • taknak ulang kesilapan,
  • akan berusaha,
  • mintak maaf / sorry
tapi, dorang tak de usaha nak lakukan ! cakap je minta mmaf, sory, kau cakap laa sampai sawan pun, kalau kau still repeat the same mistake again and again and again, kalau boleh 'again' tu aku nak 'ple' kan die lebih dari millionple ! tak gune jugakkk. repeat yg ni sekali, tak guna jugakkkk ye kome2 sekalian.. aku dah tak sanggup nak hadap manusia macam nie ! yes, aku faham setiap orang ade kekurangan. aku pun ade. but atleast try laa berubah kan? bagi laa nampak usaha tu skit ! aku cukup tak larat nak hadap ! cukup2 laaa ! eeee ! tak faham aku ! takkan nak tunggu something bad happen baru nak sedar semua tu??? kemonnnn laaahhhhh.. bukan aku tak cube nak memahami, tapi kalau asyik aku je yang nak cuba memahami, yang berusaha nak memahami, tapi orang lain buat-buat lembu, pun tak gune jugakkkk...


entry ini ditulis dengan penuh jujur dan tulus dari hati yg membara2 nie, hope dapat kurangkan sikit rasa sakit tuu ! okeyh ! puas hati ! tapi nak back to normal, mmg kau kene lalui situasi tak normal aku dulu keyh ! amekkk kau, hadap lahhhh.. selamat menghadap :)

Monday, November 12, 2012

KERETA ATAS JALAN.

Assalamu'alaikum !
kepada yang bawa kereta,
yang jiwanya ada sivik mahu pun tidak.
yang ada sivik mungkin setuju dengan apa yang bakal aku kongsikan.
yang takda sivik,
mohon terasa :DD
actually semalam time aku baru balik kerja,
aku ikut jalan depan tesco,
yang kanannya tesco laa kan.
then,
jalan ade 3 lorong, kan?
yang kiri untuk belok kiri laa kan?
ofcourse laa kiri kan?
then aku amek line tengah sebab aku nak terus.
kalau amek line kanan untuk belok kanan.
kan?
then, ade sebuah kereta merah ni,
selamberrr nyorrr je parking situ,
kat atas jalan raya,
line kiri,
betul2 sebelah aku,
dah laa lampu merah time tuu !
kereta belakang aku lak nak ke kiri,
so kereta tu block jalan die..
untuk pengetahuan kauorang2 semua,
dalam kereta tuu ade orang !
dan aku yakin orangnye reti bawa kereta !
lelaki pulak tuu.
dan melayu !
sungguh laa sedih dan malu tengok keadaan tersebut.
dan mungkin orang tu pun tempias malu aku ni,
die pun keluar dari kereta dan buat2 macam kereta tu bukan dia punya !
aku tengok Ya Allah !
geram betul !!!!
memang takberbudi bahasa betul !!!
so, aku kekanankan kereta aku,
dan bagi ruang kat kereta belakang aku jalan.
dan aku memang tengok kawwww2 gilerrr muka lelaki tuu,
dan die buat2 tak pandang !
tau pulak malu !
dan ada lagi 1 kes !
kat parking tesco,
die biar je kereta die kat atas jalan diantara parking2 tersebut !
so orang nak keluarkan kereta jadi susah,
nak buat macam tu boleh,
tapi pastikan ade orang yang menunggu didalam kereta,
dan pastikan orang yang menunggu tu pulak reti memandu,
senang nak alihkan kereta !
actually banyak mende lagi nak diluahkan.
tapi dah lupe..
hahahahaaa..
okeyh !
ambil iktibar ok..
wasalam.

Saturday, November 10, 2012

MEMANG AKU KESAH !

selagi kau tak rasa hasil kerja kau diciplak,
kau takkan faham aku.
mungkin sekarang kau akan rasa,
lantaklah orang nak ciplak pun,
bukannye sakit,
tak payah laa nak kedekut ilmu,
ilmu kena la kongsi2 !
aku faham statement tersebut.
aku amat faham !
ada beza antara kongsi ilmu dengan tiru.
ada beza antara berkongsi idea dengan, kita bincang, kau buat, aku amek kerja kau dan aku tiru.
ada beza !
mungkin bagi orang yang dah biasa buat,
maybe mereka tak reti nak beza kan.
sebab tu laa terkeluarnya statement2 tersebut.
kau terasa?
lantak kau.
aku punya terasa kau tak rasa.
mungkin ade yg tak kesah sangat pasal hal ni.
tapi aku kesah !
dengan bende ni laa yang akan bagi aku diploma.
dengan diploma laa aku akan cari kerja,
dan dengan kerja aku dapat duit,
dan aku harap duit aku tu halal,
tanpa sebarang keraguan.
now, baru aku faham kenapa artis tak bagi beli dvd cetak rompak.
bukan nak bajet aku ni artis.
jauhhh laaa sangattttt.. *sengaaauuuu.
tapi situasi mereka tu aku faham.
just imagine,
kau dah buat kerja bertungkus-lumus,
sanggup tak tidur,
berkorban macam2,
then ade yg datang,
just ambil and copypaste !
itu sangat tidak baik dan sangat tidak bagussss !
kalau nak buat panduan,
it's okeyh.
no hal..!
tapi cakap nak buat rujukan,
padahal copypaste.
sangat tak originality !

p/s : sory pada kawan yang aku selalu tiru masa sekolah. sekarang aku dah rasa situasi kau. mungkin dulu aku tak matang, tak dapat nak fikir. kalau sekarang ni situasi yg dulu, aku boleh terima, tapi aku tak boleh terima, bila masing2 dah besar panjang tapi still taktahu, taktahu tak apa, tapi aku rasa lebih banyak yg tahu tapi buat2 tak tahu.

Friday, November 2, 2012

FIKIRAN ORANG

Aku nak mulakan entry ini dengan menyatakan bahwasanya,
aku bukan kaki bodek,
serius, aku tak reti bodek2 !
mungkin kau tengok aku wat keje sana sini,
kau istilahkan aku bodek !
cuba faham konsep bodek tu dulu.
bodek tu macam menempek kat orang atasan,
konon buat kerja macam nak rakkk !
macam susahhh sangat !
padahal haprakkkkk !
aku geram okeyhhhh !
dan aku buat kerja kan?
kerja aku siap kan?
sampai dah takde kerja, aku pergi cari kerja.
dan ingin dinyatakan lagi,
aku bukan jenis duduk diam !
aku tak boleh !
kalau kat tempat kerja,
aku bukan jenis pasif.
mungkin mulut kadang2 ya, agak pasif,
tapi nak tengok tangan atau mata aku ni,
memang tak reti duk diam.
selagi ade benda atas meja, semua aku kacau2, belek2,
sampai meja aku clean & clear baru aku berhenti !
dan jangan salahkan aku kalau aku reti itu reti ini.
ingin dinyatakan lagi,
sifat ingin tahu dalam diri aku amat tinggi.
so, selagi aku tak reti sesuatu benda, 
aku akan buat sampai reti !
bagi kerja yg aku dah tahu dan faham,
aku akan buat sampai aku mahir dan boleh buat kerja dengan pantas !
dan ingin dinyatakan lagi,
aku amat benci membazir masa dengan duduk diam je,
aku akan buat kerja aku sepantas yang boleh.
sebab aku boleh bagi bantuan kat orang lain.
sebab aku tahu, kerja yang aku buat sekarang ni tak seberat kerja2 mereka.
so niat aku nak meringankan beban.
and in the sametime,
aku dapat menimba ilmu dan pengalaman !
so tolong berhenti fikir yang negatif2 pasal aku boleh?
aku buat kerja ikhlas !
aku nak minta balasan.
aku tak minta dipuji2.
dan bukan niat aku nak membangga2 diri.
nak berlagak2.
fahami istilah kedua perkataan tersebut okeyh !
diulangi, aku buat semua tu ikhlas.
kau fikir lahh ape kau nak fikir.
kau lemparkanlah fikiran2 negatif kau.
orang sekeliling ade otak, ade akal,
dorang boleh nilai sendiri.
dan nak diingatkan,
aku pun ada perasaan jugak.
mungkin kau nampak aku diam.
aku senyum.
sebab aku nak jaga perasaan kau.
dan kepada yg sudah baca,
jangan ditanya pada aku,
aku takkan jawab.
aku cuma harap,
fahami aku.  

* teringat pesanan seseorang, abaikan orang sebegini, sebenarnya mereka cemburu :) think okeyh. wasalam.

Tuesday, October 30, 2012

. . . .

malas nak update ! hahahahaa.
malas3 ! 
hari malas sedunia bagi dunia aku !
pastu aku nak cite, hati aku terasa sakit.
aku cakap lain, lain disampaikan.
nak tegur, tak sampai hati.
nak explain perkara sebenar, risau ada yang terasa.
so, better aku diam.
kadang2 rasa nak jadi bisu pun ade.
lepas tu nak cakap pasal kawin.
kalau diizinkan Allah memang aku nak kawin awal.
bukan sebab gatal, bukan sebab nafsu, bukan sebab risau dia pergi.
mungkin tu bakal tersenarai.
tapi sebab paling UTAMA.
aku sedar yang aku ni umat nabi dan hamba Allah diakhir zaman.
aku risau umur aku tak panjang.
aku risau aku tak sempat bertaubat.
sebab aku rasa, dosa aku dah banyak terkumpul dalam bidang cinta.
poyo tak aku?
poyo tak poyo aku tak kesah.
sape nak sponsor aku bina masjid bagitau ar.
hahahaaa.
pastu nak cakap pasal belajar.
aku tak sabar nak habis belajar.
tapi aku taknak masuk belajar.
aku nak praktikal sampai sem 6 dan tamat.
boleh tak??
aku rasa tak boleh.
tapi aku taktau nape aku nak jugak macam tu.
memang ayat mcm hape ntah aku ni !
pastu aku taktau aku nak sambung belajar ke tak.
ikutkan hati nak kerja, tapi rs nak belajar pun ada.
boleh tak aku nak dua2??
kerja sambil sambung ijazah.
macam tak boleh je kan?
tapi aku taktau nape, 
aku nak jugak macam tu !!!
bukannye ape, nak mak ayah duk rumah goyang kaki,
taknak tengok dorang susah2 dah,
kesian ! dan tak sampai hati.
pastu nak belikan rumah besar2, 
nak beli kereta alphard cadangnye.
betul ke aku eja?
macam tak je.
lantak lahhh.
aku nak jugak eja macam tu !
pastu aku nak cakap,
aku rindu ramai orang.
tapi aku taknak cakap.
sebab nanti kene ejek.
memang aku takkan cakap kat dorang !
hahahahahahaaa..
tapi.
em, 
takpelah.
nak cakap lagi.
aku bersyukur dengan gigi aku.
walau pun macam tu.
ngeeeee.
nak tengok boleh,
tapi jangan over sampai orang lain pun nak tengok !
hahahaa.
pastu muke aku ni,
dah lame aku tak jaga.
lantak situuu.
okeyh,mungkin ade orang akan cakap,
aku tak kesah pun.
takpe lah !
aku nak jugak update,
nak jugakkkk !!!!
okeyh,
tu je.
wasalam.

Saturday, October 20, 2012

KAK SITI KAWIN :D

Assalamu'alaikum !
wahhh.. makin lame makin banyak dengar cerita pasal kawin !
next is kak siti and kak santhraa !
time cuti seminggu untuk deepavali tu laa semuanya berlangsung !
aku taktau nape..
orang lain yg kawin,
tapi aku yang excited !
macam2 aku interview..
terutama kak siti..
dah tak terjawab rasenye dek soalan aku ! hahahaa..
dan kadang2 aku pulak yang seakan2 merasa debaran bagi pihak kak siti !
hahahahahaaa..
memang sangat mendebarkan !
maklumlaaa, hari yang paling bahagia..
kak siti and kak santhraa..
lepas ni ain panggil Madam tau ! kihkihkih
jangan lupe ambil gambar time honeymoon..
ain nak tengok !
i will waiting both of u to working back after a week or a few week pergi honeymoon !
wahahahahaaa !
congratulation !
semoga bahagia selalu hendakNya.. Aminnnn..

Monday, October 8, 2012

MEMBERI & IKHLAS

Assalamu'alaikum !
Otw balik rumah, tangan asyik tekan button BD yang ade kat radio..
Bosan ! Semuanye iklan je ! tetiba terhenti kat radio IKIM..
Tajuk cerita pasal memberi & ikhlas..
lebih kurang macam tuu laa.. aku tak dapat nak pick up tajuk sebenar.. sebab dengar di pertengahan..
pasal memberi.. sebenarnye tak ramai yang suka memberi..
sebab? deme risau tak cukup.. sebab lagi? seme rasa rugi, tu hasil usaha deme.. sebab lagi? mereka tak tahu erti sebenar memberi yang begitu bermakna dan besar !
and, aku ade jugak terbaca, kita memberi, insyaAllah, akan dibalas berlebih2an oleh Allah..
tak didunia, diakhirat !
tapi jangan pulak niat dihati nak balasan..
kita kena ikhlas !
dan pasal ikhlas pulak yang aku belajar tadi,
ikhlas kadang2 tak datang terus pada kita..
mungkin dipermulaan kita akan rasa terpaksa dan tak berapa nak ikhlas..
tapi lama kelamaan bila dah biasa lakukan, insyaAllah tanpa disedari, dengan sendirinya kita akan ikhlas !
sama macam perubahan, orang cakap,
buat apa berubah jadi muslimah kalau tak ikhlas?
takkkk..
dari tak ikhlas tu laa..
kita paksa2kan jugak, lama2 kita terbiasa..
kalau nak tunggu ikhlas,
sampai bila??
dan hari ni aku berazam,
cuba untuk memaafkan setiap kesalahan yang dilakukan pada aku..
dan aku juga belajar untuk melupakan hal tersebut..
buka buku baru..
belajar untuk berfikiran positif..
belajar untuk bercakap yang baik2, mengelakkan membuat ketupat..
insyaAllah..
dan banyak senyum !
orang duk label aku muke nyombong..

dan kepada si anda, ain doakan anda dari jauh :) goodluck pada sesiapa yang amek exam tu ye :D aminnn..

Friday, October 5, 2012

LAGU YANG NEGATIF !

Otw pergi kerja,
sejam perjalanan tu,
radio je laa peneman aku..
macam2 lagu yang aku dah dengar kat radio tuu..
tapi ade 1 lagu ni yang aku cukup tak berkenan !
tajuknye 'sayang',
dengan tajuk punye le sweet muettt !
sekali dah dengar liriknye,
berbulu telinge aku !
hahahahaa !
'please, jangan bayangkan !'
bagi yang tak dapat tangkap lagi lagu yang aku maksudkan tuu..
mehh aku explain panjang dan lebor..
dalam lirik lagu tu,
lelaki tu mintak putus..
pehhh..
sesedap rasa je kan?
ingat hati perempuan ni mainan ke hape??
time nak mintak putus boleh pulak ber'sayang2'..
kalau aku laa..
lelaki mintak putus dengan cara camtu,
memang aku pangggg kan aje !
dan bagi pendapat aku,
nak buat lagu yang macam tu boleh..
tapi lagi bagus kalau penghujungnye ade nilai2 positif..
yang boleh memanipulasikan balik nilai2 negatif tuu..
tapi lagi bagus kalau lagu yang ade unsur2 negatif seperti lagu yang aku cakapkan tu tak wujud langsung !
dengan adanya lagu2 tersebut,
ianya dengan mudah mempengaruhi minda2 remaja..
almaklum laa..
remaja2 zaman sekarang ni kan suke dengar lagu kan..
lagu2 tu boleh menyentuh emosi seseorang..
contoh laa,
tengah sedih, dengar lagu sedih, makin bertambah sedih !
tengah gaduh, dengar lagu putus2, akan mendorong ke arah tersebut !
so, lepas ni kalau mereka2 nak memutuskan hubungan,
nyanyi je lagu tuu,
tak pun tuju2 lagu ke..
senang je kan?
kalau macam tu semakin banyak laa kes cerai berai antara pasangan kekasih/tunang/suami isteri..
dengan adenye lagu tersebut,
semakin hilang rasa bersyukur dan kasih sayang..
maybe ade yang tak setuju,
well, ini hanya pandangan beb..
chill lahhh..

p/s : suke lagu siti (duet) yang terbaru nie ! :D

lalalaa :)