Wednesday, December 18, 2013

SMASH SIKIT ! ! !

apasal haa?? bila aku bising pasal benda2 yg semuanya naik disebabkan vote tu, "faham2 je laa kan".
mereka2 yang " faham2 je laa kan", duk fikir lain dari yang aku cakapkan tu.

contohnya,
dah pinjam tu bayar lahh.
dah guna pkhidmatan tu, bayar lahh.
aku rasa macam,
ape ke ceteknye pemikiran kau??
kenapa kau fikir macam tu??
ni mesti,
kalau kau kat tempat aku, kau akan buat macam tu kan??
HAHAHAHAHAAA.
silap besooo la beb.
kau ingat,
yang bukan sama kepala dengan kau, maksud aku yang bukan sama "faham2 je laa kan",
MESTI diantara manusia yang,
dan pinjam ptptn, tapi tak bayooo??

silap besoooo..
silappp !
aku masih tahu halal haram.
dah pinjam duit orang, tambah2 duit kerajaan,
wajib akan aku bayar balik,
duit kerajaan, dalam tu ada duit rakyat,
gilaa kau taknak bayar??
aku taknak ilmu aku ni,
hasil dari pinjaman wang yg tidak dibayar.
sebab aku tahu mana halal mana haram la,
aku tak berapa nak setuju dengan "faham2 je laa kan".
perkhidmatan2 sume ni,
nak naik berapa??
naik laaa!
selagi aku guna, aku bayar !
walaupun sampai rabak poket aku.
ahhh, lantak.
aku taknak guna perkhidmatan yang tak berkat,
sebab tak bayar.
sesengkek2 aku, aku bayar.
tapi masalahnya,
yang diatas,
yang tak sengkek tu,
tak fikir ke org2 bawah yg sengkek ni??
dan aku tau,
ada rakan2 aku,
yg ibubapanya mungkin sebahagian dari "faham2 je laa kan".
aku tak kata ibubapa kau pun sama teruk.
if dorang buat kerja betul,
semua orang sayang,
dont worry k.

#p/s : ada yang kata, keyboard warrior, boleh laa. kau try laa lawan, kau orang bawah, lawan orang atas. kau ingat kau boleh menang?? HAHAHAHAA.. aku dah tengok dengan mata kepala sendiri. tak percaya? kau cuba lahhh, kau cuba, kau rasa, then kau sendiri akan sedar!

Saturday, December 14, 2013

TAYANG MUKA TAK BERTEMPAT

aku berada di jalan besar yang lurus,
dan ada simpang tida di depan, 

aku nak belok kanan,
ade motor di hadapan aku,
dua orang diatas motor tersebut,
kedua2nya adalah perempuan,
dan ada helmet pada mereka berdua,
tapi helmet tersebut bukan dikepala,
tapi di tangan mereka,
mereka pun nak belok ke kanan,
ada kereta di jalan yg bertentangan,
tapi jauuuhhhh lagi..
so, dengan kelajuan motosikal di hadapan aku,
aku dah analisis terlebih dahulu,
aku membuat kesimpulan,
mereka akan belok ke kanan tanpa berhenti,
then aku pun lajukan sedikit motor aku,
nak follow gak laa kan,
buat apa nak bazir masa,
tiba- tiba !
boleh pulak moto tu berhenti mengejut !
eeeeee~ aku laaaa, rasa nak sondol je..
then, dia tunggu kereta yg jauh tu lepas, 
ada pulak lg 1 moto dr arah bertentangan,
jauuuhhh lagi,
dia pi tunggu gakkkk~
sambil tersenyum2 simpul,
tutup2 muka,
konon nak bagitau laa yg dia tengah maluuu..
dengan sapa dia buat mcm tu?
rupa2nya, ada mamat berhenti gak kat simpang tiga tuu..
duk senyum2 bagai tak ingat dunia !

kau nak duduk senyum2 kat situ sehari dua, lantak hang laaa..
tapi bagi laa laluan kat aku yg dah berhenti mengejut kat belakang hang niii..
haduihhhh..
budak2 zaman sekarang niii..
memang diakui, muka cantik..

bukan nak kata aku jeles ke hape..
tapi perangai tu,
nak tayang2 muka,
siap sanggup bukak helmet bagai..
kang eksiden terseret muka kau kat jalan,
baru kau tau~
muka cun2 duk tayang2 tak bertempat,
salah tempatnye dik nak tayang2 kat jalan raya ni.
then, bila masuk kat kwsn perumahan,
dia pakai helmet tu..
aku sampai sekarang,
tak faham2 motif dorang.
serius !

Friday, December 13, 2013

HaHa, hahahahahaa

aku jumpa HaHa,
waktu majlis perkahwinan dia,
bersama 2 lagi rakan yg lain,
HaHa tak pendek sangat rupanya,
lebih tinggi dari aku.
hahahahahaa
aku mintak izin untuk bergambar dengan dia,
dia bawa kami ke suatu tempat,
pemandangan yang agak cantik,
kami berborak2.
HaHa tidak fasih berbahasa melayu, jadi kami berborak menggunakan bahasa Inggeris,
dan kadang2 menggunakan bahasa pergerakan tubuh badan.
dia seorang yg peramah.
dan hensem + comel orangnya.
walaupun sekadar mimpi,
tapi aku rasa macam realiti !
hahahahahaa
tak tahu kenapa.
mungkin sebab aku selalu tengok runningman berulang kali.
dan aksi HaHa amat mencuit hati.
mungkin?
hahahahaa.
anyway, tahniah sebab dah kawen,
sory tak bawa hadiah time u kawen.
walaupun dalam mimpi.
hahahahaa

Thursday, December 12, 2013

PEMIKIRAN EXPRESS KE SEMPIT??

Member kau, yg result sem 1 2 3 cikai2 cakap,
wehhh, aku cadang kan, nanti aku nak sambung Master.

kau bising,
cakap, nak sambung Master, tapi result teruk ! tak berusaha !

Member kau yg sengkek yg duit dalam bank tak sampai 100 cakap,
wehhh, nanti kan, aku cadang, nak beli kapal terbang.
kau bising,
elehhh, cakap je lebih, buat nye tak.

beb, kau ingat benda tu, member kau cakap hari ni, esok boleh dapat??
tengok jenis benda jugak beb!
kalau setakat seringgit dua, dua tiga puloh ringgit.
kau nak bising macam tu, takpe gak.
nak benda2 yang jenis puloh ratus ribu ringgit,
then, kalau benda yg take time 4 5 tahun baru dapat,
dan kau jangka benda tu jadi dalam masa 2 3 tahun,
mana mau jadi beb !
cara kau  bising macam kau nak tengok benda tu jadi dalam setahun dua.
phuiiii sikit !

ok, puas !
sekarang aku nak berfikiran positif.
alaaa, kau cakap macam tu,
sebab kau dengki dia punya cita2, dia punya impian yg murni.
sedangkan kau, tak terfikir pun apa yg dia fikir.
tu kau jeles, then kau bising2.
atau mungkin dia berfikir terlebih dahulu berbanding kau,
then kau jeles,
whyyy dia fikir dulu, whyyy aku tak fikir terlebih dahulu sebelum dia??
hahahahahaa..
*ayat budak2 tak matang, aku tau*

btw, teng jugak kat kau,
kau bising2 tu,
mengingatkan kembali cita2 dan impian murni member kau tu.
boleh laa dia usaha pelan2 kearah cita2 dan impian tersebut.
mudah2an terlaksana hendak-Nya.

#siapa kau nak bising2 tentang impian dan cita2 orang lain?? nti kau sibuk duk usha cita2 & impian orang lain, kau punya cita2 & impian entah kemana pulak.. teringin pulak aku nak tengok impian kau, cita2 kau terlaksana dalam masa beberapa bulan ni.. hahahaa..

Friday, October 25, 2013

POSITIF :)

manusia tak sempurna.
aku pun tak sempurna,
sebab tu kadang2 aku cermin jugak diri aku ni haa.
sebab aku yakin, aku ada buat salah.
dan, bila mana ada manusia buat salah dengan kita,
aku jenis fikir
ADA TAK AKU PERNAH BUAT SALAH KAT ORANG LAIN, MACAM BUDAK NI BUAT KAT AKU???
dan aku percaya pada hukum karma,
aku percaya,
apa yang kita buat, kita akan dapat balik.
aku percaya, Allah akan balas segala perbuatan kita.
kita buat baik, kita dapat baik.
kita buat jahat, kita akan dapat jahat.
dan jangan kata,
TAK, AKU TAK PERNAH MENYAKITKAN SESIAPA.
sebab, ada masanya,
kita menyakitkan hati seseorang, tanpa kita sedar.
sebab tu, kadang2,
bila ada sesuatu yang menyakitkan hati aku,
otak aku ligat beroperasi,
mencari memori2 yang mana aku pernah menyakitkan hati orang lain tanpa aku sedar.
dan aku terima dengan hati terbuka.
anggap je lahh itu balasan Tuhan untuk kita di dunia.
aku terima.
Alhamdulillah.
aku bersyukur aku terima dugaan / ujian / balasan tersebut di dunia.
jangan gundah / risau / sedih.
Allah tak sanggup nak tengok kita terima balasan2 tersebut di akhirat kelak :)
balasan disana lebih memeritkan.
percayalah!

Saturday, October 19, 2013

BUAT SI KURUS TINGGI MACAM MODEL! HEHEE

Buat si kurus tinggi macam model, sape lagi???
pika a.k.a behi. a.k.a bahiyah a.k.a fiqah a.k.a kiah !
haaaa.. aku tau dia takkan baca post ni,
sebab dia jarang / kurang berblogger ni haa.
dia ni,
aku tau, mesti dia rasa aku tak sayang dia.
hahahaa.
memangggg. memang aku tak sayang hang !
aku tau, dia punya hati, yg kadang kala boleh baca hati aku.
sekarang mungkin hang tak rasa,

dan aku bukan jenis yg menyuarakan apa yg aku rasa kat sahabat2 aku.
tapi, tu lahhh.
aku tau hang boleh rasa,
hang boleh tahu.
maybe kadang2 cara aku,
buat hang rasa,
hang ni sapa laa sangat kan bagi aku..
dah laa kurus..
tinggi pulak tuu..
pastu kadang2, malam2,hang "krikkk3",
hahahaaa.
sape lahh hang kan!
hang kena sedar diri !
hahahahaa.
*ok, aku rasa ayat aku kejam sangat! hahahaa
tapi, aku taktau nak cakap macam mana.
aku harap hang rasa.
tu je. hehehee.
terima kasih utk setahun kita duk sama ni.

#tak lupa juga, untuk semah, mok, nedy, mai, nanti ber "onion2" k. :) dah baca, jangan call2 ke, mesej2 ke.. wat lek k.. hahahaa..

Saturday, September 14, 2013

BUAT RAKAN2, APATAH LAGI SAHABAT :)

Dalam hubungan jenis ini,
aku tak boleh nak all out.
aku hanya seorang kawan / sahabat,
yang tak berapa nak berharta,
yang tak berapa nak romantis2 gituu,
aku tak reti nak ucap kata2 magis !
terima kasih, aku sayang hang, minta maaf,
memang kau takkan dengar perkataan ni keluar dari mulut aku,
atau pun aku tulis untuk kau.
melainkan kita dah berjauhan !
kejam kan?
hahahahaaa.
memang aku kejam !
entah laa.
orang kata, rugi kalau tak buat tu semua.
tapi,
aku ni spesis manusia yang malu yang amat !
so, harap korang2 semua mengerti akan kekuranganku ini.
dan aku,
aku tak mampu nak bagi apa yang kau HENDAK / MAHU kan,
aku cuma mampu berikan apa yang kau perlu :)
aku pun, bukannya golongan berharta.
duit yang aku guna sekarang,
hasil duit ptptn yg aku jimat2kan,
dan hasil duit aku kerja dengan ayah.
tapi,
aku memberi sedaya yang aku mampu.
dan, aku amat2 menghormati korang2 semua.
mungkin aku tak faham korang,
tapi aku cuba untuk memahaminya.
bagi aku,
dalam hubungan ni,
ada beberapa perkara yg penting,
yang sangat2 aku ambil kira,
menghormati, memahami, mempercayai & memaafkan,
and benda ni mesti berlaku antara kedua2 pihak.
baik aku, mahupun korang.
amat2 penting !
dan tipu lahhh kalau aku katakan,
aku tak kesah kehilangan.
memori tu tetap ada, kan?

#p/s : general bebehhh. but still, untuk anda yg rasa itu diri anda <3 span="">

Monday, September 2, 2013

AYAH & EMAK :')

ayah dan ibu, ayah dan ibu, itu lah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari..

lirik lagu yang berputar dalam minda sewaktu menaiki motor, pulang ke rumah sewa.
sayu hati.
tiap kali tengok urat2 yang timbul di tubuh mereka.
sebak !

aku anak yang serba kekurangan.
sangat2 serba kekurangan.
tapi aku tahu,
mak ayah aku juga bukan ibu ayah yang sempurna,
mereka serba kekurangan.
aku cuma berharap, dengan kehadiran aku dan adik2,
dapat menyempurnakan hidup mereka yang bersisa.

dan satu yang aku pegang,
seburuk2, sejahat2 & yg sewaktu dengannya, seorang ibu bapa tu,
mereka tetap ibu bapa kita,
yang wajib kita turuti patuhi setiap arahan dan tutur kata mereka.
(kecuali kalau salah disisi agama.)
kalau difikir2kan,
dari kecik hingga besar,
setiap salah laku kita, buruknya kita,
mak ayah tetap sabar dan tempuhinya.
almaklumlah, setiap kesalahan yang anak lakukan,
orang takkan kata anak yang salah,
tapi ibu bapanya yang dipersalahkan.

setiap apa yang aku dan adik2 nak,
jarang ditolak,
semua dituruti !
pengorbanan mereka memang tak mampu aku bayar.
memang aku takkan mampu !
hanya doa yg aku kirim kan disetiap sujudku.

cuma sejak kebelakangan ni,
aku terfikir,
mak ayah aku bukannya muda,
mereka takkan sentiasa muda.
mereka dah tak mampu dan tak berdaya,
walaupun mulutnya masih mengatakan mereka mampu.
itulah ibu ayah,
yang kadangkala 'menipu' untuk membahagiakan hati anak2 mereka.

sejak kebelakangan ni,
aku acap kali terdengar cerita2 sayu pilu,
dari rakan2 yang kehilangan mak ayah.
cuma aku terfikir,
mampukah aku hidup tanpa mereka??
aku tak cukup kuat lagi nak hadapi dugaan tu !
aku tak mampu nak jaga keluarga tanpa mereka.
aku tak kuat.
tolong tunggu !
tunggu aku kuat untuk hadapi situasi itu suatu hari nanti.
tolong tunggu !
beri ruang untuk aku berbakti kepada mak ayah.
biarkan mereka merasa setitik kebahagian dari aku.
aku tahu, kebahagiaan yg aku beri,
takkan pernah sebanyak yang mereka berikan pada kami.
terima kasihhh.

Friday, August 16, 2013

minngu ni

haiiii~ assalamu'alaikum ! :D
berada dihadapan laptop, berbekalkan keyboard..
ketik ketik ketik bunyik keyboard !
jari taip laju2..
over gilerr kau kiahhh ! 
hahahahaa..
dapat imagine tak betapa excitednyer aku sekarang???
hahahahaa..
dah rasa macam alaa2 ofis gituuu..
hahahaaa..
ape2 pun, aku selamat sampai dan bahagia di rumah sekarang !
dapat berjumpa dengan kesayangan, Lola themokkk themokkk..
dah nak masuk seminggu setengah jugak laa tak bercanda dengan Lola..
sungguh rindu !
dan minggu ni, minggu yg aku rasakan amat busy,
dan amat menggunakan otak ni haa utk berfikir..
dah tumpul dah otak ni haa..
asyik mengadap katil bantal2 busuk tu haa..
mula2, agak stress dengan keadaan yg agak busy..
lama kelamaan, bila fikir2 balik..
kalau tak buat, diri sendiri yg rugi..
kalau ditangguh2, nanti kena hadap..
kalau tak buat sekarang, akan datang kerja jadi makin melambak..
dan muncul lah secara tiba2 kerajinan dalam diri..
 hanya nak remindkan diri sendiri,
ain, kau dah sem akhir..
buat yg terbaik k..
ni yang terakhir ok !
akhir !
:D

Friday, July 26, 2013

DATANG DARI HATI

Sahur tadi sambil tengok tv,
skrin memaparkan Black Mentor menyanyi,
menyanyikan bait2 lirik lagu Buat Sang Puteri,
diiringi petikkan gitar dari Edrie Hashim,
bagi aku,
ianya gabungan yang sangat mempesonakan.
aku tak tahu kenapa,
banyak guitarist dalam M'sia ni, tapi,
dari dulu aku perhati cara Edrie Hashim main gitar,
mngkin petikkannya datang dari hati,
hasilnya, sangat mempersonakan jiwa !
moral of the value,
bila kita buat sesuatu dengan hati dan jiwa,
sangat indah hasilnya walaupun tak 100% kebabommm gituu,
tapi sangat indah,
tak terlalu over,
tak terlalu simple.
ok, aku rasa ayat aku yg over mengalahkan retisss gituu.. hahahahaa..
hemm, 
dan part akhir lagu tu,
Black Mentor menyanyi tanpa diiringi muzik.
sangat merdu,
seolah2 suara beliau lah muziknya !
Buat Sang Puteri, superb <3 font="">

Saturday, July 20, 2013

TEGURAN.

Menegur, aku rasa tak salah. Dan sememangnya tak pernah salah ! Dan tujuan kita menegur, untuk ada nya perubahan ke arah kebaikan. Tapi, sebelum nak menegur, tengok jugak lah siapa yang kau nak tegur. Then, baru fikir bagaimana berdasarkan situasi. Dan kepada si penegur tu pulak, the reaction that you get is based on how you do it ! kalau kau mula2 tegur dengan cara lembut, lembut jugak lah cara orang tu memberi tindak balas. kau bagi dengan cara ambek senapang, pejam mata, then kau tembak dush dush dush, jangan tanya kenapa laa kan kiri kanan depan belakang kau penuh dengan bom ! hahahaa.

Dan sepanjang aku menegur, aku rasa aku tak menghina / menunding / menghukum orang yang sepatutnya itu tugas Allah. contoh, orang tu warna rambut - tak belajar ilmu agama, dapat dosa, masuk neraka. Dan yang lebih teruk,  hanya nak bergurau pun, dikatakan 'orang jahiliah' ? entah la. aku rasa hina gila kot. tapi takpe, aku terima. mungkin aku ada jahilnya. tapi aku rasa tak perlu kot nak hina sampai nak samakan dengan jahiliah. sebelum nak samakan dengan sesuatu tu, better pergi baca dulu maksudnya. aku kalau dengan kawan2, nak menegur pun aku tak berani, kadang2 aku lebih memilih berdiam diri. dan tak pernah pulak aku menghina2. hina ni maksudnya lebih kurang macam ni, 1 perkataan yang kau cakap tu, kau describe keseluruhan. maknanya kau tak perlu explain lebar2,diaorang memang dah tau keseluruhan. contoh kau cakap 'tak guna', then diaorang tau secara keseluruhan 'tak guna' tu apa untuk diri mereka.

Tak semua orang sempurna, aku pun ada buat salah. yelahh, dah semua orang tak sempurna. cuma kadang2 kita kena fikir begini, aku tahu ilmu2 agama, TAPI aku tak boleh sesuka hati nak menghina orang yang kurang ilmu agamanya. aku tahu ilmu2 duniawi, TAPI aku tak berhak nak menghina orang2 yang kurang ilmu duniawinya. aku punya harta, TAPI aku tak berhak nak mencaci orang2 yang tak punya harta. Dan jikalau benar kita punya kelebihan tersebut, mengajarlah / memberilah bukan dengan menghina.

hal ni, aku jadikan pengajaran, supaya aku pula tak melakukannya pada orang lain. dan aku terima teguran tersebut. yelahh, tak semua boleh terima siapa kita. tak semua selesa dengan diri kita. dan mungkin itu kelemahan kau. manusia tak sempurna.

#btw, tengs sangat kat roomate aku & lain2, masih boleh terima kegilaan yang melanda aku ! hahahaa. dan tengs kerana turut serta bersama2 menggila ! daebakkk ! opsss, daebak tak leh cakap, perkataan tu terlalu COOL. :D

Saturday, July 13, 2013

ABANG MOTOR

Kepada abang2 motor yang membawa motor sambil menghisap rokok, saya memohon jasa baik abang2 sekalian, nak hisap rokok, berhenti laa dulu abang2 oiii.. nak hisap rokok tu, ushaa2 laa belakang kot2 ada awek yang bawa motor kat belakang abang ke kan.. awek cun meletoppp pulak tu kan.. sekali abang buang abu rokok berterbangan begitu sahaja.. tup, kena muka awek tu.. hodoh dah.. tak kena muka, kena baju, berlubang baju kawan tuu.. kesian laa sikit.. macam saya, terasa2 macam abu tu masuk ke mata. pedihhh tau takkkk !!! rasa nak amek je rokok tu, jentik2 abu tu kat mata abang ! haaaa~ marah niiii.. nasib baik tahap kesabaran pada masa itu masih tebal !

*sabooo je laaa~

NILA NAN SETITIK

Sejak akhir2 ni, selalu jugak laa baca2 artikel dan post2 pasal si tudung labuh.
Ada positif, dan ada yang negatif.
yang berfikiran negatif, jom kita berfikiran positif jommm~
mereka memang bertudung labuh, tapi mereka tak sempura.
jangan kau pandang mereka umpama ustazah.
tudung labuh bukankah bagus?
mengikut perintah Allah dalam menutup aurat.
cuma, ya, kadangkala, mereka sebagai seorang manusia,
tak lepas dari melakukan salah dan silap.
cuma, boleh tak,
kalau apa2 sahaja kesalahan dan kesilapan yg mereka lakukan,
jangan tuding jari pada kelabuhan tudungnya.
tuding pada akhlaknya, sikapnya, perangainya.
boleh?
sama2 kita ubah pemikiran dari sudut tersebut.
ya, mereka ada melakukan kesalahan dari segi akhlaknya, sifatnya, dan perangainya.
tapi sekurang2nya mereka lakukan, amalkan perintah Allah.
Perintah Allah yg sememangnya WAJIB itu. kan?
jika nak dibandingkan dengan kita, termasuklah AKU !
aku sedar, tudung aku pun tidaklah selabuh mana.
akhlak, sifat dan perangai ku pun kadangkala tak lah sebaik mana.
akhlak, sifat perangai tak baik, dicampur tak menutup aurat.
dah DUA kesalahan yang kita dah lakukan.
sedangkan yang si tudung labuh dicampur dengan akhlak sifat perangai yg tak berapa baik,
baru melakukan SATU kesalahan.
kan?
jadi, yang buruknya terpalit pada kita semula jika dilihat pada cermin.
jadi, positifkan minda kita.
yang buruk, kita jadikan sempadan :)

dan buat si tudung labuh, marilah sama2 istiqomahkan diri okeyh ! dunia zaman sekarang, sesetengah orang melihat cara berpakaian menentukan tahap ketinggian ilmu agama. jadi anda dipandang tinggi kerana bertudung labuh, jadi, cuba jaga imej muslimah sebaik mungkin yaa :)

Tuesday, June 18, 2013

APA YANG SUDAH SELESAI?

sebelum balik rumah sewa, ada beberapa perkara yang aku nak buat bersama2 orang yang paling penting dalam hidup ! hehehee.. sweet tak?? hahahaa.. semut dah datang dah nihhh ! kerja2 dengan family, done ! lepas ni bakal disambung oleh adik pulak sementara nak tunggu aku habis belajar.. dah makan nasi ayam & pizza & sup ayam buatan air tangan mak.. air tangan aku dari hari tu deme nak rasa, tak rasa2 lagi ! hahahaa.. minum air penah le..

then, berjalan2 satu keluarga, done ! berjalan2 ke kedai kucing, done ! berjalan2 berdua2an dengan mak, done ! berjalan2 kami adik beradik, done ! berjalan2 dengan teeetttttt, done ! yeahhhhh ! done ! tengok Running Man, yang ni tak selesai lagi, episod 148 & 150 tak tengok lagi.. shopping? 50% selesai ! kali ni aku tengok barang2 yang aku beli, agak bermanfaat kepada diri aku sendiri.. hahahaa.. 1 peningkatan yang bagus !

then, cerita2 yang aku nak tengok kat wayang dah tengok dah.. ade beberapa yg aku teringin nak tengok, tapi still tak keluar lagi.. takpe2, yang tu simpan untuk roomate.. karok pun tak sempat, simpan untuk karok bersama roomate ! funfair pun tak sempat, tu pun untuk roomate ! pehhhh ! memang membazir betoi aku nihhh.. hahahaa.. takpe2, kita set 1 aktiviti utk 1 minggu ! apa2 pun, bagi laluan exam MUET & bulan Ramadhan lepas dulu.. hehehee.. nak bertukar ke digi, tak selesai ! faktor kewangan dari pihak 1 lagi.. kalo tak memang aku nak tukar dah ! hemmpppphhh.. lepas raya kot aku tukar.. okeyhhh.. selamat tinggal cuti semester ! daaaa..

Monday, June 10, 2013

SEM6

tidoo bangun tidoo bangun, tak sedar nak dekat dah aku masuk sem6.. sem akhir aku kat poli tuu.. macam2 perancangan yang aku dah buat.. cuma aku risau, nanti aku takde kat rumah ni, risau beban family makin bertambah ke bahu mak ayah.. tapi itu lah kekuatan aku nanti untuk pastikan aku berjaya dan habiskan pelajaran aku kat poli dengan jayanya.. Inshaa Allah !

setiap sem aku letakkan azam yang berbeza, sem akhir ni memang berbeza.. ada beberapa perkara yang perlu aku lepaskan, untuk memberi ruang kepada yang lebih penting.. harap2 kos lepas aku kali ni berbaloi2.. dan harap mereka berjaya membahagiakan ibubapa mereka dengan result sem akhir.. inshaa Allah aku akan cuba bantu.. tapi harap mereka faham juga situasi aku, ada beberapa situasi yang aku kena bantu diri aku sendiri terlebih dahulu..

dan aku harap, dengan umur aku yang semakin dewasa, yang mencapai tahap "-an" ni haa, aku mampu bentuk diri aku kearah lebih baik.. menjadi hamba yg lebih baik.. kerana tujuan utama kita didunia sebagai hambaNya ialah mematuhi segala perintahNya.. yuppp, aku faham, tapi kadang kala terleka jugak.. kena selalu mengingatkan diri.. dan syukur, sem akhir ni aku tempuhi bersama bulan Ramadhan.. inshaa Allah apa yang aku rancang berjalan dengan lancar.. hanya mampu merancang, tapi allah lebih mengetahui apa yang terbaik :)

harap apa yang bakal aku tempuhi & bakal aku lakukan tiada halangan, melainkan ianya bercanggah dengan hukum agama, then u can stop me, i accept it ! dan MUET ! sungguh stresssssss ! (tak berapa nak stresss, sebab sekarang baru teringat! hahahaa) rasa taknak je buat ! rasa nak je tangguhkan ! tapi fikir2 balik, nak taknak, satu hari nanti aku kene hadap jugak kan? jadi aku hadap dengan hati terbuka ! :D come to mama ! 

dan sem akhir, aku melatih diri untuk menjadi diri aku yang sem 1 dulu.. hahahaa.. aku nak jadi budak nerd bolehhh?? nak jugakkkk! i dont care about what other people will think about me as long apa yang aku buat tak kacau sikit pun hal mereka! aku nerd, kau sakit ke beb? aku nerd kau rasa mcm kena gigit semut api? takkan? hahahaa.. over pulak aku.. tapi, tu lahhh.. aku nak jadi macam sem 1.. dalam otak dah terfikir apa yang nak bubuh dalam bagpack aku (alaaa2 bagpack Dora).. hemmphh.. ok, dah fikir dah ! nak pergi kemaskan bagpack sekarang ! shuuuuu~~~ *lari laju2 kat bag !

Sunday, June 9, 2013

SUBHANALLAH!!!

minggu ni aku berjalan lagi, ke Melaka pula.. nak kata berjalan tu tak juga, sebab aku mempunyai tujuan kesana sebenarnya ! dan bukan tentang kisah perjalanan aku merayap yang nak aku kongsikan, tapi kisah lain, yang buat aku rasa "wahhhhh..." haaa, sampai cenggitu sekali !

nak dijadikan cerita, perjalanan pulang ke Ipoh, singgah ke R&R mane entah, aku lupa, pergi surau.. mak solat dulu, tunggu mak habis baru aku pulak.. lebih selesa menggunakan telekung yang dibawa.. sebab tu kene beratur tunggu giliran.. lepas aku eda pulak..

masa tengah tunggu eda, aku duk kat penjuru, memerhati gelagat manusia.. dan aku lihat seorang adik ni, dia baru lepas habis solat.. taktahu kenapa, mata aku tertumpu kat dia! why?? why?? kenapa? nak kata jatuh cinta? ohhh, tidak tidak tidak ! aku masih mampu mengawal nafsu dan akal ku! aku terkesima lihat perbezaan tangan (bahagian jari-jemari) & lengannya ! perbezaan warna yg ketara ! nak kata berbelang, aku tau semua orang berbelang kan? aku pun ada juga bahagian yang berbelang..

tapi yang ini lain. tangannya warna coklat2, tapi lengannya putih ! rasa macam dia pi tukaq tangan diaa dengan tangan kawan diaa..! rasa nak pi kat dia pi tarik2 tangan diaa, nak tengok betoii kaa tak betoiii tu tangan diaa..! dan aku rasa sangatttt2.....tak tergambar perasaan aku masa tu.. rasa sesuatu perasaan yang lain.. dan perasaan malu akan diri sendiri.. malu yang amat...

Tuesday, June 4, 2013

JALAN RAYA

memandu adalah salah 1 aktiviti yang boleh buat aku jadi gilaaa!
sakit jantung pun boleh jadi juga,
berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku memandu,
kebanyakan pemandu2 jalan raya,
sangatttttt sangattttt sangattttt mementingkan diri sendiri, 
dalam otak dorang macam dah set "ahh, lantak kau lahh, janji aku lepas, janji aku sampai ke destinasi aku"
ape?? dorang fikir aku ni takde destinasi ke hape??
dan lagi satu, bawa kereta, kalau boleh nak mengalahkan kura2 kelajuannya !
membazir masa!
bukan aku nak suh dorang g pecut lelaju pulakkk..
idok le ghupe tuu..
awak tu beli kereta, tapi kelajuan umpama basikal..
baik naik basikal je!
kalau memberi ruang kat orang belakang nak potong takpe gak..
ni kalau boleh tayar kanan kereta tu nak duk betul2 atas line putih tengah2 jalan tu haaa..
amboihhhh3..
dan aku paling kecewa sekali, ade satu hari tu, aku kat tempat parking,
ade kereta parking betul2 rapat dengan aku kat sebelah kiri,
ok takpe laa, atleast aku ade ruang belah kanan untuk keluar ,
dengan sisa2 ruang yg berkongsi dengan motor nye lagi tu, aku gigihkan juga keluar dari parking tuu,
then, aku baru keluar separuh, kena kedepankan sikit kereta kehadapan untuk membolehkan badan kereta sepenuhnya keluar dari parking tu,
then ada satu kereta ni, 
datang dari arah hadapan, memang bergayalahh kereta dia,
melayu, diulangi, melayu dan Islam,
dia tetiba masuk ke ruang yang ada kat depan aku tu,
sebab dia nak masuk parking aku!
bukan dia tak nampak aku nak keluar !
dan bukan dia tak nampak aku tak boleh undur lagi sebab kekurangan ruang disebelah kiri..
dan dia memang nampak aku tengah gigih mencari ruang untuk keluar !
depan kereta dia dan kereta aku memang rapat !
padahal, dia boleh je undur dulu, bagi ruang aku keluar, sebab belakang dia memang KOSONG !
takde kereta langsung !
apa lahhh salahnya bertimbang rasa sikit..
aku punya laa gerammmm, senyum kan aje lahh kat dia..
bagi malu sikit, aku yg muda ni boleh bertimbang rasa,
kenapa dia tak boleh?
macam mana nak hormat macam tu kalau mereka pun menunjukkan contoh yg tidak baik??
sangatttt sedihhh aku tengok perangai2 mereka ni..
tambah2 lagi buat taik sesama melayu, Islam pulak tuu!
entah laa,
susah sangat ke nak bertimbang rasa kat orang lain??
memberi laluan kepada orang lain??
dan pagi tadi, aku tengok ada orang bawa kereta memang macam tengah main game kereta !
cilokkk2 kiri kanan tanpa memberi signal !
kat area2 flyover medan gopeng tu, kan sesak area tu..
aku punya laa terkejut..
rasa nak hentak2 dahi kat honnn tu !
haaaa, gerammmmnyerrr..
dah laa aku takut nak tekan hon !
entah lahhh, aku betul2 tak faham perangai sesetengah pemandu,
serius tak faham !
macam tak pernah belajar undang2,
hilang semua adap2 dan tatasusila sopan santun budi bahasa !
semua tu macam tak wujud !
kereta besar2 cantik2, tapi sayangnya sikap dan pemikiran mereka tak secantik sebesar kereta mereka..
1 je konsep aku dalam memandu,
kita memudahkan perjalanan orang, memberi laluan pada orang, menghormati orang,
Inshaa Allah, kita pun akan dapat juga layanan seperti itu..
walaupun ada yang berfikiran,
kalau buat begitu,
lagi dipijak2 orang..
tapi, bagi aku tak..
dan tak rugi pun amalkan perkara2 begitu kan? :)

Friday, May 24, 2013

CUTI

cuti yang tak macam cuti.
aku mengaplikasikan apa yang aku belajar di rumah.
menguruskan kewangan keluarga sekarang.
hahahaa.
jenis aku, ada duit, bayar bayar bayar.
no more hold2 !
so duit yg dapat nanti,
no more kepada bil2 and sowhatevaaa tuuu!
dan tiada beli itu ini buat masa sekarang.
fokus untuk penyimpanan.
dan aku juga menjadi penasihat untuk pengurusan kewangan emak.
hahahaaa.
mak, simpan sini jgn simpan situ.
haaaa, tudiaaa.
dan aku juga membantu ayah mengisi borang LHDN.
selama 21 tahun ni,
ni laa 1st time aku nampak ayah aku isi.
maksud aku,
ayah aku memang isi setiap tahun,
tapi tahun ni baru aku sedar akan kewujudannya ! 
hahahaa.
ingatkan ayah bayar terus,
rupanya kena isi borang jugak.
dan aku juga menguruskan hal2 duit keluar masuk utk keluarga.
transaksinya semua dihujung jari aku.
bukti2 resit tersimpan rapi.
ok.
dah ready untuk alam perkerjaan kot??
hahahaa.
mudah2an..
aminnnnnn..

#minggu yang sibuk, bulan yang sibuk. hari2 aku sibuk. nak menyibuk? buat appointment dulu naaa.
selected person only get the exemption ! tettttt. *over!

Tuesday, May 14, 2013

KEBAHAGIAAN

tengok muka mak ayah,
kesian.
aku tau mereka penat.
aku tahu usia mereka makin lanjut.
aku tahu kudrat mereka berkurang,
menyukarkan mereka mencari rezeki.
aku tahu. :(
dan aku sedar,
siapa lagi nak bantu mereka cari rezeki,
kalau bukan kami adik beradik.
dan aku pun,
tak sampai hati nak tengok,
mak ayah bekerja pada usia mereka sekarang.
sayu hati.
sebak.
mungkin mereka tak nampak.
dan mungkin niat aku sebelum ni,
buat mereka sedih,
yelaaa,
umur muda2,
dah nak alihkan tanggungjawab mereka pada orang lain.
bila masanya untuk aku bersama mereka,
jika kewajipan aku dah beralih arah? kan?
dan sekarang aku mengerti.
aku terlalu memikirkan kebahagian aku sendiri,
hingga lupa kebahagian mak ayah.
sedangkan mereka dah berusaha memastikan aku bahagia,
dari dulu hingga kini.
dah berpuluh tahun lamanya.
dan pada usia mereka kini,
yang ajalnya bila2 boleh menjemput,
apalah salahnya aku memberi kebahagian pada mereka pula?
kan?
In shaa Allah.
tanggungjawab sebagai seorang anak,
akan aku tunaikan :)
In shaa Allah

Sunday, May 5, 2013

BAHAGIAN YANG NEGATIF

mungkin selama ini aku hanya fokus pada bahagian positif,
tapi tak juga aku lupakan bahagian negatif.
dan berdasarkan pengalaman orang2 sekeliling,
ada betulnya.
tak semua lelaki mampu memegang tanggungjawab.
ada yang lepas dapat,
lantak kau laa, pandai2 laa nak hidup berdikari.
aku tengok & dengar situasi macam tu rasa macam,
apakah???
rasa nak curah petrol, dan bakar !
hahahahaa.
peringkat awal,
bukan main manis bersayang2 !
dah lama,
dah tak nampak bayang !
gerammmm betul laa !
lagi 1 aku tak boleh terima,
setiap masalah diambil ringan !
"alaaa, rilek laa dulu"
hye dude, aku tak boleh rileks !
memang laa setiap masalah ada penyelesaian,
tapi penyelesaian tu datang dengan cara berusaha !
penyelesaian tak datang terkedek2 bergolek2 !
hadoiiiilaaaa..
aku jadi takut bila fikir semua tu.
tambahan pula tengok keadaan memang cenderung kearah itu.
biul otak aku fikir !

*mungkin solat istikharah membantu? mudah2an.. aminnnn

Tuesday, April 30, 2013

BEBERAPA PERKARA

entah kenapa,
malam ni tetiba teringat sejarah hidup.
aku memang tak minat bab2 sejarah nie !
memang tak sukaaa !
yang lepas kalau boleh biarkan lepas.
tapi ada beberapa perkara yang lepas,
aku tak boleh lupa.
yang kadang2 main cak2 pulak !
hahahaa.
ada beberapa perkara,
yang bila aku teringat,
aku senyum sengsorang !
1. perkara2 bodohhhh yang aku buat sepanjang hidup !
2. memori pedajal geng masa sekolah ! wahahaaa..
nak cerita, tapi rasa tak patut,
bukak story masa jumpa reramai la keyh ! hahahaa
3. tempat praktikal... MAPA ! waaaaa..
rindu laaa staff2 bahagian account..
dan tak lupa juga pada Mr.Ram & kak ana..
4. memori bersama orang2 yang aku sayang :)

aku bukan jenis cakap 'wehh, aku sayang ang laa' 'wehhh, aku rindu ko laa'
dan yang sewaktu dengannye lahhh !
aku jenis tunjuk !
aku tak mampu nak luahkan dengan berkata2
aku mampu luahkan dengan perlakuan.
kadang2.
setiap majlis perpisahan,
aku tak suka adegan2 menangis,
ataupun ucap selamat tinggal.
aku tak suka !
bukannya nak pergi mati !
haaaaa...
aku tak sukaaa !
so, untuk yang the next next next time,
kalau boleh aku taknak..
just enjoy our time..
sisa2 yang ada ni,
umpama harga emas 10tahun akan datang !
hahahaa..
hiperbola la pulak !
untuk yang masih mempunyai masa,
aku cuba kutip masa2 terluang,
dan cipta memori !
yang dah berlalu,
kenangan & pengalaman & nasihat,
sampai sekarang aku pegang,
aku ingat, tersimpan rapi !
walaupun jauh,
walaupun tak berkomunikasi,
hati aku tetap ingat.. :)

mood : rindu MAPA. mama & papa = MAPA. my big family ! rindu :')

Monday, April 29, 2013

PEPERIKSAAN KETIGA

Esok exam Financial Accounting 3.
ade 4 hari free sebelum exam FA sebenarnya.
tapi,
aku nie,
punyeee malasnyeeee,
aku nak study hari Ahad,
tup tup ahad petang aku demam.
haaaaaa...
salah sapa?? salah sapa??
diri sendiri, sendiri tanggung lahh kan.
kawan2 calling2 tanya ni macam mana, tu macam mana,
aku terkebil2 !
waaaaa. minta maaf sangat2.
sem ni sifat malas menguasai diri.
dorang tanya,
aku jawab guna ilmu yang ada kat otak je time tu,
kalau aku tak tau,
memang aku cakap taktau.
dan esok, pukul 11.15 exam.
dan aku redha.
dah macam2 aku makan,
nak bagi hilang / surut sikit demam ni haaa.
1st time aku telan 100plus sampai habis !
aku memang tak suke air tu,
rasa macam sabun,
tapi exam punya makan,
haaaa, makan, malas nak betul.
exam punya pasal,
aku telannnn.
siap beli redbull & nescafe,
nak melawan ubat yang mengantuk tuu.
mula2 100pluss, pastu nescafe,
tadi, redbull.
haaaa, mata membulat2 ni haaa.
hadappplah segala kertas bagai.

malam ni jadi burung hantu !

mood : yeayyyy ! menyeronokkan diri dengan belajar !

lalalaa :)